Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Aug-2008 12:10 Email | Share | Bookmark
Cuti2 K.Kinabalu- Pasar Filifina & Pasar Ikan Masin

Kapal2 di belakang pasar
gerai kerepek sebelah pasar
mutiara dll dlm pasar
gerai seafood
seafood yg siap dibakar
gerai seafood
mutiara dll dlm pasar
kraftangan,mutiara dll
mutiara dll dlm pasar
deretan kepak ayam dan seafood bakar
Pasar Ikan kering
bangunan belakang pasar filifina
pelbagai perhiasan dlm pasar
pelbagai perhiasan dlm pasar
perhiasan dlm pasar
hadapan pasar Filifina
belakang pasar
pemandangan belakang pasar waktu pagi,lengang
gerai air kelapa
bangunan Pasar Filifina
gerai ikan masin
gamat
lagi gamat
pelbagai jenis ikan kering
shark fin kering.
kapal2 berlabuh belakang pasar
kapal2 berlabuh belakang pasar
kapal2 berlabuh belakang pasar
kapal2 berlabuh belakang pasar
Sambung kisah percutian di Kota Kinabalu.... Kami berada di KK selama 4 mlm...jadi sempat ronda2 beberapa tempat tumpuan pelancongan di KK. Antara yg tak boleh miss kalau ke KK ialah Pasar Kraftangan@ Pasar Filifina yg terletak betul2 dlm bandar. Sederet jln yg sama dgn Pasar Filifina ialah Pasar Ikan Kering dan Pasar Basah. Ada satu lagi pasar sebelum pasar Filfina....lupa pulak nama, kat situ ada deretan gerai air kelapa muda, kerepek dan buah-buahan.
Quote:

Sedikit Info ttg Pasar Filifina @ Pasar Kraftangan;
1.Mula ditubuhkan sekitar awal 70 an di Kg Air
2.1978 dipindahkan ke tapak pembinaan tinggal yang terletak di antara Kompleks Sinsuran dan Plaza KK.
3.1980-an, dipindahkan ke bangunan UNHCR yang satu ketika dulu merupakan penempatan sementara untuk pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah sewaktu berlakunya perang di selatan Filipina pada tahun 70-an.
4.Di awal kewujudannya, kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Kemudian, dari semasa ke semasa, kraftangan tempatan dan juga beberapa negara lain telah mula dijual oleh peniaga-peniaga di sini.
Sumber dr; pasarkraftangan.netfirms.com

Pasar Filifina @ Pasar Kraftangan

2 kali ke Pasar Filifina sbb dkt dgn apt penginapan, hanya 5 minit jln kaki ke situ. Sekali pergi belah pagi dan sekali pergi belah ptg. Ingatkan nama pasar tu mmg Pasar Filifina tp nama sebenar yg tertulis di situ Pasar Kraftangan. Di depan pasar ada deretan tukang jahit lelaki yg memberi perkhidmatan membaiki pakaian, kali pertama tengok ada tukang2 jahit depan kedai gini biasanya tukang2 kasut kat depan kedai.
Pasar Filifina terkenal dengan tempat jualan mutiara dan kristal serta barangan kraftangan....rasanya ada berpuluh gerai dlm pasar ini dan padat dalamnya. Pasar ni dibuka pada waktu siang hingga lewat ptg. Menurut penjual disitu dlm sethn 2 kali mereka akan bertukar tempat gerai jualan mengikut undian yg dibuat.

Bila tengok mutiara dan kristal yg pelbagai design dgn gelang, rantai dan brooch...semua cantik2 belaka mmg boleh juling mata dibuatnya.. Semua berkenan di hati, sampai tak reti nak memilih... . Tapi tak adalah memborong sakan...
Di sini kena pandai tawar-menawar sbb harga yg diletakkan tinggi dan tak sama antara satu gerai wpun barang sama.

Terdapat mutiara air masin dan air tawar dijual di sini....ada jugak mutiara yg tak asli.Maklumat lanjut boleh rujuk sini;
1.Cara nak uji samada mutiara asli atau tidak boleh klik sini; Mengenal Mutiara Asli
2.Detail ttg mutiara boleh klik sini; Fakta Mutiara












Gadis ni sedang menyambung gelang mutiara mengikut permintaan pelanggan...


Belakang Pasar Filifina

Belakang Pasar Filifina ini ada kws lapang yg menghadap Laut China Selatan. Dari situ boleh lihat kapal dan perahu yg pelbagai rupa berlaboh dan lalu. Kalau sebelah pagi mmg kws ini lapang jadi tempat pejalan kaki dan orang memancing. Tapi bila belah petang hingga malam meriah dengan gerai-gerai jualan seafood dan kepak ayam bakar.Ramai jugak pengunjung di sini terutama sebelah malam.
Kepak ayam bakar mmg terkenal di KK...dijual dgn harga RM1.20-RM1.50 sekepak. Manakala pelbagai seafood yg dijual di gerai2 dah siap dibakar dan diletak dihujung meja tempat makan...tinggal pilih yg mana nak makan... Tempat bakar seafood dan kepak ayam di bahagian tepi dkt laut...berderetan penjual dok bakar...mmg berasap habis kalau lalu kat belakang....


Pemandangan belakang pasar; kapal-kapal berlabuh di laut China Selatan...










Pasar Ikan Masin

Pasar Ikan Masin ni terletak betul2 sebelah Pasar Filifina. Macam2 produk kering yg dijual spt gamat, ikan kering, ikan bilis, sotong dll. Brg yg dijual dah siap dibungkus dan letak harga.
Yang tak boleh lupa ada satu gerai tu, ingat nak beli ikan masin yg tipis macam kerpok tu..dah mkn sebelum ni mmg sedap.Harga tertulis di bungkusan RM6.50 satu... tawarlah sikit mintak 2 bungkus RM10..segan nak tawar byk sbb rasa dah murah. Tapi penjual gerai tu cakap....ambilah nak jual 3 bungkus RM10..... Alamak silap lah tawar 2 bungkus RM10 tadi... Nasib baik penjual tu baik hati bagi lagi murah dr harga yg diminta.... Tapi kat situ rata2 penjual siap offer harga murah dr yg tertulis. Mereka boleh tolong packing kan kalau beli byk.
Tertengok juga harga shark fin kering yg dijual....mula2 ingat salah tengok RM750 sebungkus....ingatkan RM75 ....tak puas hati tanya penjual betul tak harganya. Penjual itu cakap betul harganya RM750, pastu baru perasan pack shark fin sebelah lagi mahal(yg ni dah siap dipotong halus) RM775.....alamak mahalnya.... .








Pelbagai jenis gamat kering dgn range harga dari RM280-RM450 sekg, mahalnya...


Ni lagi mahal....shark fin kering harga RM750-775 sepeket....mahal betuiii....

***Entry kali ni byk pulak gambar...harap tak ada yg boring tengok...sekadar berkongsi citer dan pengalaman serta kenangan percutian keluarga. Ada lagi award dari kawan2 yg tak sempat nak update kali ini,akan update dlm entry akan dtg..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net