Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Aug-2008 10:24 Email | Share | Bookmark
Lasagna & Makaroni

Makaroni
sos putih
sos daging
lasagna belum tabur cheese
lasagna yg masa sebelum ni
baru masak
dah potongpun
makaroni
makaroni
lasagna


Entry jln2 mkn angin di Sabah break kejap....sambung kisah makan-makan di rumah pula....
Dah lama teringin nak buat lasagna...kulit lasagnapun dah berbulan2 beli tp tak buat2 jugak... nasib baik belum luput tarikh guna...Tangguh punya tangguh baru last week terajin buat.....
Suka betul abg Syamil makan.....3-4 hari lepas tu minta buat lagi...... Oleh kerana semua bahan masih ada...mamapun terasa nak makan lagi.... maka buatlah sekali lagi....dlm seminggu 2 kali makan lasagna......

Quote:
Lasagna
Sumber asal Resepi.net copy dr ; Fp MaDiha..tq MaDiha kongsi resepi...

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ guna yg dah siap parut

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus-kurangkan bawang putih sbb tak berapa suka bawang putih
1 biji Bawang Bombay, cincang halus-guna bawang besar biasa
500 gm Daging cincang
250 gm Tomato, kupas, parut - guna diced tomato with basil,garlic&oregano dlm tin
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air
3 blok kiub maggi lembu - guna sesudu besar serbuk pati ayam
1 s/k Oregano serbuk - tak letak sbb dah ada dlm diced tomato
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin -3 sb
50 gm Tepung gandum - 3 sb
400 cc Susu Cair Evaporated - guna fresh milk
100 cc Air
125 gm Keju Cheddar parut - guna 4 slice cheese
1 blok kiub maggi lembu- 1/2 sb serbuk pati ayam
¼ s/k serbuk lada putih - guna serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala- tak letakpun

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.
* guna lasagna instant tp rendam dlm air panas 10 min utk lembutkan sikit

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI/pati ayam, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu/pati ayam, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.kalau nak senang potong lasagna biarkan sejuk sedikit.
*susunan;kulit lasagna-sos daging-sos putih-kulit lasagna-sos daging-sos putih-kulit lasagna-sos putih-tabur cheese.






Makaroni Sos Lasagna

Waktu lunch hari ni tak masak sbb pagi dah masak byk nasi lemak....langsung utk lunch. Abg Syamil tak nak makan nasi pulak...cakap nak makan lasagna lagi....aduhai baru aja makan lasagna beberapa hari lepas nak makan lagi....
Teringat masih ada sos daging baki lasagna simpan dlm freezer sbb hari tu mmg buat lebih sbb plan nak makan dgn makaroni. Jadi masak sos putih utk tambahkan atas makaroni.
Sebelum ini ada buat makaroni bakar tp tak laku...mama kena perabihkan.. Tapi kali ni bila masak makaroni letak sos lasagna semua suka...

Quote:


Makaroni Sos Lasagna
Bahan;
1/2 paket makaroni- 250 gm
1/3 sos daging lasagna- ikut spt resepi di atas
1/2 sos putih - ikut spt resepi di atas
6 biji cendawan butang-potong tipis
60 gm mozarella cheese- boleh tambah kalau suka; gantikan 1-2 kpg slice cheese potong halus sbb mozarella ada sikit aja

Cara
1.Rebus makaroni dgn sedikit garam.bila empuk sejatkan.
2. Sediakan sos daging dan sos putih
3.Panaskan oven...suhu oven 180°C
4.Sediakan loyang atau caserole, isikan makaroni diikuti dgn sos daging,cendawan dan sos putih.
5.Akhir sekali taburkan cheese. bakar selama 20 min atau hingga sedikit kuning..


Quote:

Dapat Award lagi.... Terimakasih buat K.Leen, Shima dan K.Jie Jie yg sudi bagi award....

1.Friendship Award dari K.Leen dan Shima



Award ni nak kongsi dgn;
1. Aimah
2.K.Jie Jie
3. Hajar
4.Aishah Mama Aqil
5. Baayah
6.Nurfikas
7.Rahaniss
8.Ana cake lovers
9.Auntie Kal

2. Award berantai dr K.Jie Jie


These are the rules of the award ~

1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)
2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.
3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.
4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “Arte y Pico” blog, so everyone will know the origin of this award.

Award ni nak hadiahkan pula utk;

1.K.Liza - sifu masak kalau tak ada idea nak masak nengok aja Fp K.Liza....
2.Mak Lang- paling rajin baking....senang rujuk FP Mak Lang kalau nak buat kek ... brownies dll...
3.Shima - rajin masak pelbagai resepi dan hidangan Shima ada stail macam kat hotel....
4.Kak Lin - pandai masak dan suka tengok blog K.Lin yg cantik.....
5.Zaiy-jugak rajin masak dan sering kongsi citer dan gambar dari Dubai...


**Ada lagi homework dari Rozamy,Rinzura dan Ezza yg belum sempat buat....nanti akan cuba siapkan... mmg slow sikit kalau kena buat homework...kalau dpt hadiah laju aja ambik gantung kat rumah.. ...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net