Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Sep-2008 12:40 Email | Share | Bookmark
Rosemarry Chicken & Mushroom Soup&Jesselton Point

Pintu masuk Jesselton Pt
tempat mkn Jesselton Pt
jeti ke pulau2
tempat mkn Jesselton Pt
tempat mkn Jesselton Pt
pemadangan Jesselton Pt
jeti ke pulau2
jeti ke pulau2
anak2 posing
tunggu menu yg dipesan
bandar KK
bandar KK
kapal laut China selatan,kk
kapal laut China selatan,kk
kapal-kapal
kapal laut China selatan,kk
kapal laut China selatan
bandar KK
sekitar bandar KK
laut China selatan
laut China selatan
sekitar bandar KK
sekitar bandar KK
bandar KK
mushroom soup dlm periuk
mushroom soup
rosemarry chicken
rosemarry chicken
mushroom soup
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Rosemarry Chicken & Mushroom Soup ni adalah menu utk hari kedua puasa. Rosemarry chicken ni rasanya antara ayam paling glamer kat Fp sbb ramai dah buat... Tak tahan asyik jamu mata...nak juga jamu perut dgn ayam rosemarry ni....
Kebetulan abg Syamil...anak sulong minta ayam bakar buat berbuka. Masa pergi bazar Ramadhan dkt rumah ptg puasa pertama dia dah minta belikan ayam bakar tp tengok ayam yg tinggal hanya saiz yg kecil....jadi cakap kat abg nanti mama masak ayam bakar kat rumah.
Bila dpt rasa sendiri ayam rosemarry ini, mmg sedap rasa...patutlah ramai telah mencuba....... Yang lucunya masa potong ayam bawa keluarkan lemon dr perut ayam...anak2 tanya mama tu telur ayam ke; cakap kat anak...aaa ayam bertelur lemon...

Quote:

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana.tq Ana...

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato -
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah- tak letak
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..; mkn dgn nasi






Masa nengok roti kat kedai terbayangkan sedapnya makan cicah dgn mushroom soup... Lagipun dah lama tak mkn. Ada baca resepi kat myresepi yg ditulis sup ni ala2 sup Pizza Hut...bila rasa mmg betul sedap. Syafiqpun anak no 3 yg mula2 sekali mkn sup ni pun cakap macam kat pizza...habis semangkuk dan 1 1/2 keping roti dia mkn...
Mushroom soup memang sesuai buat bersahur bila tak selera nak mkn makanan lain.Sahur semalampun mama dan abg Syamil mkn sup saja...abg Syamil bertambah sup.....

Quote:
Mushroom soup
Sumber ; minami133 Myresepi

Bahan-bahan ( 6 org )
* 1 keping dada ayam
* 1500 ml air
* 500 ml susu segar(susu kotak)
* 1 ketul kiub ayam- guna 2 st serbuk pati ayam
* 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
* garam
* secubit ajinomoto -tak letak tp tambah 1 st lada hitam
* 1 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.
Tips dr Myresepi utk dpt sup yg elok
1.Utk elakkan tepung berketul; bancuh dgn air dulu @ ambil sebah campuran susu dan air ayam ; blender dg tepung barulah dicurah dlm air rebusan.
2. Perlahankan api supaya sup menjadi pekat dgn sekata.Bila sup nak pekat, terus tutup api.




Jesselton Point, Kota Kinabalu

Selepas jamu mata dgn ayam bakar dan sup kita jamu mata dgn gambar2 masa kat Jesselton Point dan sekitar bandar KK, Sabah....citer kat Sabah belum habis lagi.... Sayang rasanya gambar2 yg diambil tak dikongsi dgn semua.
Jesselton Point ni adalah feri terminal yg terletak di bandar Kota Kinabalu. Dari terminal ni boleh ambil bot ke pulau2 peranginan yg berdekatan dan ke Labuan. Di samping itu di sini ada deretan gerai2 yg menjual cendramata dan tempat makan yg menghadap laut.
Bawa anak2 makan kat sini sambil tengok bot tp masa tgh hari waktu kami pergi tak byk lagi gerai makan yg dibuka. Menurut penjual kat jeti tu ramai org pada sebelah ptg hingga mlm. Kalau makan sebelah ptg mmg nyaman sbb menghadap laut sambil melihat pemandangan sekitar...


Pintu gerbang masuk ke Jesselton Point.


Buah hati mama tengah tengok bot...


Posing di ferry terminal..


Bot-bot penumpang ke pulau2 peranginan...


Tempat makan mengadap laut......


Kapal-kapal berhampiran jeti


Tempat jln kaki menghadap Laut China Selatan di bandar KK


Dalam bandar KK berhadapan pasar Filifina


Antara menu yg dipesan masa di Jesselton.....bakso mee dan sup tulang...

Quote:
Dapat award berantai lagi, kali ni dari MaDiha, tq MaDiha.... .


These are the rules of the award ~

1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)
2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.
3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.
4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “Arte y Pico” blog, so everyone will know the origin of this award.

hari tu dah kongsi award ni dgn kawan2...kali ni nak simpan sorang2..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net