Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Sep-2008 22:16 Email | Share | Bookmark
Juadah 4 Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa 5 Ramadhan

Pesuruhjaya M'sia pun hadir
ramai2 sdg ambil makanan
mendengar tazkirah
doa beramai2
mendengar tazkirah
antara tetamu yg hadir
ramai2 sdg ambil makanan
ramai2 sdg ambil makanan
juadah yg disediakan
ramai2 sdg ambil makanan
ramai2 sdg ambil makanan
buka puasa dg bubur lambuk
buka puasa dg bubur lambuk
kaum wanita sdg jamu selera
sdg ambil bubur lambuk
doa beramai2
dah potongpun
belum potong keknya
kari udang
ikan stim
Kedua2 lauk kali ni adalah juadah berbuka minggu lepas. Ikan siakap sebelum ni dah masak sweet and sour. Jadi kali ni nak masak stim pula. Mula2 tengok resepi ikan stim... alahai pjg berjela pulak bahan2nya...terasa malas nak cuba tp bila baca satu2..semua bahan dah ada kat rumah...jadi terus masak....



Quote:
Ikan siakap kukus
Sumber Myresepi oleh Mat Gebu ; Resepi Khas dari Chef Florence Tan

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
* 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
* 1/2 camca teh garam
* 1/2 camca teh tepung jagung
* 1/2 camca teh lada sulah
* 3 camca besar jus limau kasturi*
* 1 1/2 camca besar minyak masak*
* 1 1/2 camca teh gula*
* 1/2 camca teh garam*
* 5 - 10 biji cili padi, dihiris*-guna 3 biji cili merah
* 2 batang serai, dihiris halus*
* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
* 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
* 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
* 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
* 1/2 camca teh tepung jagung*
* 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.



Sebelum ni masak lemak udang dgn nenas.Kali ni nak makan masak kari pula. Kalau kuah kari anak2 suka tak kira kari apa....


Quote:
Kari Udang Dgn Nenas
Bahan-bahan
1/2 kg udang
2 sb rempah kari- guna kari ikan dikacau dgn sedikit air
1 sb cili boh/cili kering blender
1 pkt santan debu (jadikan 5-6 cawan santan)
7 ulas bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia-tumbuk
1 sb kerisik
nenas 1/2 biji- potong bulat sed tipis
minyak utk menumis
sedikit rempah tumis;kayu manis,bunga cengkih dan lawang
garam secukup rasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak,masukkan rempah tumis.
2.kemudian bahan2 yg ditumbuk hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kacau dan masukkan santan dan garam.Kacau
3.Bila dah mendidih masukkan udang dan nenas.kemudian masukkan kerisik.
4.Kacau perlahan2 sehingga masak.


Tiramisu Cho Kek Yg dibeli



Selesai memasak utk berbuka pergi bakery beli roti dan bun utk anak2. Sambil nunggu nak bayar saja2 jamu mata dgn pelbagai kek dalam display cabinet.Bila dah jamu mata tu....mulalah kepingin ...terutama tiramisu cake....nampak sedap sgt sbb disalut penuh dgn cho.... Godaan betullah posa2 ni bila nengok kek letak coklat....


Tiramisu cho cake; lapisan cho cake; cheese,cho cake ,krim,cho ganache dan sebah luar dikelilingi dg sponge kek...yummy...


Majlis Berbuka Puasa 5 Ramadhan Di Suruhanjaya Tinggi M'sia

Ini pula majlis berbuka puasa yg diadakan pada hari sabtu lepas di Suruhanjaya Tinggi M'sia. Majlis berbuka yg diadakan setiap hari sabtu sepanjang Ramadhan ini dihadiri oleh rakyat M'sia yg berada di Brunei. Majlis dimulai dgn berbuka puasa dan selepas solat sunat terawih turut diadakan tazkirah.
Waktu berbuka dihidangkan dgn kurma dan bubur lambuk. Manakala selepas solat Maghrib juadah nasi dihidangkan dgn lauk daging, ayam kari, kari ikan masin dgn nenas,sayur campur,sambal belacan dgn ulam2, mee goreng mamak dan buah2an. Utk moreh dihidangkan kuih-muih dan minuman panas.


Hadirin wanita sedang mengambil nasi dan lauk-pauk...


Hadirin lelaki sedang mengambil nasi dan lauk-pauk...


Berbuka puasa dgn bubur lambuk


Hadirin sedang mendengar tazkirah.

kredit to Mr husben yg tolong ambil gambar2 ini....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net