Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Sep-2008 00:20 Email | Share | Bookmark
Lain-lain Menu Ramadhan & Marina Apt,Kota Kinabalu

Bangunan Marina apt
view laut China Sel dr balkoni apt
swimming pool
bilik tidur
bilik tidur
dapur
ruang tamu + dining area
ruang tamu + dining area
view laut China Sel dr balkoni apt
view senja
Bangunan Marina apt
anak2 mandi-manda
anak2 mandi-manda
anak2 mandi-manda
anak2 mandi-manda
view laut China Sel dr pool
anak2 mandi-manda
view laut China Sel dr poo
cam flight ni nak langgar apt kan
zoom gambar flight dr pool
view laut China Sel
view laut China Sel
Syazrin di balkoni
anak2 depan kolam ikan
anak2 depan kolam ikan
anak2 depan mini pool
anak2 depan mini pool
ralit tengo ikan
kolam ikan
kolam ikan
posing dlm pool
kolam ikan
donut big apple
mkn durian kat sana
tiramisu belum potong
 
 
 


Dah beberapa entry tunjuk lauk berbuka. Kali ni nak kongsi pula makanan lain yg mudah disediakan sepanjang Ramadhan ni...
Tak puas makan tiramisu kek yg dibeli.....keesokkannya buat pula Tiramisu yg mudah ....guna biskut marie. Sebelum buat sempat chat dgn K.Ummi minta tips sbb dah buat sebelum ni tak berapa menjadi...biskut semua tenggelam..adunan cream cheese tak nak kembang. Tips dari K.Ummi jgn pukul lama bila masukkan whip cream. Tq K.Ummi kongsi resepi dan tips...
Oklah kali ni menjadi...puas hati. Bila dah beku .... tabur dgn coklat rice, rainbow rice dan cho chips...suka anak2 makan....mamapun suka jugak.....

Quote:

Tiramisu Ice Cream
Sumber; resepi asal dari Kak E dan dimodified oleh Niziela@MR. K.Ummi pula modified, mama copy aje..

Bahan:-
1 bungkus biskut marie perasa coklat - guna 3/4 bungkus
250 gm cream cheese
1 liter whipping cream - guna 1 kotak kecil 250 ml
(*ummi substitute 200 ml whipping cream + 150 ml fresh milk + 150 gm plain yogurt)
180 gm gula castor
3 sudu besar koko - bancuh pekat dengan air
serbuk koko untuk hiasan
*mama ikut cara k.Ummi substitute bahan sbb tak cukup whipping cream....adunan ni cukup utk cover 3/4 bungkus biskut.

Cara Menyedia:-
Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang jadi krim. Ketepikan. Kemudian celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun dalam bekas. Kemudian letakkan lapiskan dengan cream cheese tadi ke atas biskut. Ulangi proses melapis ini secara berselang seli sehingga 3 lapisan atau lebih pun xpa..Setelah habis, bahagian atas (lapisan cream cheese) disapu rata. Hiaskan dengan taburan serbuk koko di atasnya. Simpan dalam peti sejuk beku.
*yg mama buat; pukul cream cheese dg gula sampai kembang dulu. barulah masuk whip.pukul kejap. akhir masukkan susu pun pukul sekejap.






Masa beli roti rancang nak buat benda lain tapi malas pulak. Sebelum roti tamat tempoh buat yg paling mudah iaitu sosej roll. Idea buat sosej roll ni dtg masa ronda2 rumah MaDiha..... ...inilah sbbnya suka meronda rumah kawan2 bila tak tahu nak masak apa... Kebetulan anak2 mmg suka sosej jadi minta buat lagi.Guna roti rainbow so nampak comel sikit bila posing atas pinggan....
Quote:

SOSEJ ROLL
Sumber; FP Madiha.tq MaDiha..

Bahan2
10 btg sosej ayam/lembu (pastikan halal punya yer..) - rebus kejap & tos
10 keping roti gardenia - canai bagi nipis utk kurangkan resapan minyak masa menggoreng
2 s/b tepung gandum - bancuh dengan sikit air jadikan gam
2 biji telur
bread crumb secukupnya

Cara2
-ambil roti yg telah digelek nipis tadi & gulungkan sosej di dalamnya.
-gamkan tepi roti dengan tepung gandum yg dibancuh td supaya tak terbuka semasa menggoreng.buat hingga habis roti & sosej.
-pukul telur dengan sedikit garam. campurkan sekali dengan lebihan bancuhan tepung gandum tadi (supaya tak membazir dibuang gitu ajer.. ) Kacau rata2.
-panaskan minyak dlm kuali utk deep fry.celup sosej roll tadi dlm bancuhan telur..
angkat kemudian letak dlm bread crumb. biar seluruh roti diselaputi bread crumb. bolehlah digoreng hingga garing.. api sederhana, nanti roti cepat hangus.bila dah kekuningan angkat & tos. boleh dimakan begitu saja atau cicah dengan cili sos.

Pemandangan Sekitar Marina Apt, KK

Semasa berada 4 mlm di KK , kami sekeluarga tinggal di Marina Apt bersama dgn kawan Dr M dan Kak K yg sama2 konvoy dgn kami ke KK. Apt 3 bilik ni terletak hanya 5 minit jln kaki ke Pasar Filipina dan menghadap laut China Selatan. Ingatkan duduk apt kalau sempat nak masak2 sbb apt lengkap dgn rice cooker dll. Tapi dah pergi bercuti... dapur officerpun nak bercuti jugak..gantung periuk belanga buat seketika....
Apt ni selesa untuk keluarga besar dtg bercuti ke KK. Dari balkoni apt dpt lihat view laut membiru...indah sekali....


View senja dari balconi apt...


View laut dari swimming pool..


Seronok anak-anak dapat mandi-manda..bangun pagi2 dah minta mandi kolam..


Anak-anak geram nengok ikan dlm kolam depan apt...nasib baik tak ada yg minta berenang kat dlm tu......


Kolam Ikan.....ada sekor anak kura2...


Gambar yg sempat diambil semasa temankan anak2 mandi di swimming pool.Kapal terbang yg terbang rendah ni nampak macam nak langgar bangunan ...

Apa yg sempat dimakan semasa di KK....

Ini adalah antara makanan yg sempat posing sebelum dingap semasa berada di KK..


Akhirnya dpt juga makan donut big apple. Lebih kurang donut Sari Wangi di sini.


Mahal juga durian di KK, durian tepi jlnpun RM15 sekg lepas tawar tp isinya kuning elok mmg sedap.... Durian ni kawan kami yg sama2 pergi belanja.
Quote:
Award lagi......
1.friendship award dari Wawa...tq Wa atas tanda ingatan persahabatan..



2. I love your blog dari Aishah di Jepun...tq Aishah atas tanda ingatan..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net