Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Sep-2008 12:48 Email | Share | Bookmark
Puding Caramel, Lain2 Juadah&Majlis Berbuka Puasa 12 Ramadhan

Tetamu sedang mengambil juadah
abg Syamil&kawannya
tetamu menikmati juadah
Tetamu sedang mengambil juadah
Tetamu sedang mengambil juadah
Tetamu sedang mengambil juadah
Tetamu sedang mengambil juadah
 
 
 
 
 
 
 
Bermula 17 Sept anak-anak sudah mula cuti penggal dalam 2 minggu lebih hingga cuti raya 5 Okt. Faham-faham sajalah bila anak2 cuti sekolah, rumahpun riuh-rendah... ribut dibuatnya... .

Bercerita ttg anak-anak ada kisah lucu beberapa mlm lepas;
Syakim(anak no2) : Mama! bila habis puasa ? (dia dah mula puasa penuh Ramadhan ni)
Mama : Selesai bulan Ramadhan nanti.
Syakim : Bulan apa tu ?
Syafiq(anak no3) : Bulan sabit lah...(dgn confidentnya menyampuk... )
Mama :


Buat puding caramel utk berbuka puasa beberapa hari lepas. Puding caramel ni mudah dan ringkas bahan2nya. Bila makan sejuk yummynya...



Quote:


PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT
Sumber; Fp K.Liza...tq K.Liza.

Bahan A

1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes-mama guna 1sk coklat emulco

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu - mama guna madu

Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.

***mama hanya buat separuh adunan; guna semua bahan A shj dan 1 sb madu. Kacau dlm blender dan bahagi 2 adunan;
- 1/2 campur 1 sk vanila
- 1/2 campur 1 sk emulco
tapis dan kukus dlm loyang kecil berselang-seli.

Roti Cheese Goreng


Roti cheese goreng ambil idea dari roti sosej, ubah suai sikit. Enak makan panas masa cheese tgh cair....
Quote:

Roti Cheese Goreng
bahan
4 keping roti
2 keping slice cheese-potong 1/2
1 biji telur - pukul
3 sb susu segar
bread crumb secukupnya

Cara
1.Roti digelek nipis . Letakkan cheese di tgh.Lipat roti dan tekan sedikit.
2.Kacau susu dgn telur.
3.Celupkan roti kedlm adunan telur.
4.Celup roti dlm bread crump..pastikan roti dipenuhi breadcrumb
5.Goreng hingga kuning dgn api sederhana.
6.Bila masak potong 2.

Koleksi Mee Sepanjang Minggu Ini.... .

Minggu ini selain masak lauk ringkas dan nasi, jugak masak mee buat berbuka...saja2 tukar selera. Sekeluarga pula mmg suka makan mee. Biasanya sebelum masak mama 'discuss' dgn abg yg sulong mee apa dia nak makan atau mama cadangkan, biasa dia setuju dgn cadangan mama..


Kuetiaw ni favorit mama.....suka mkn dgn cili jeruk.


Mee kari kali ni tak byk lauk sbb stok dlm peti ais hampir habis; hanya letak ayam,fishball dan crab stick. Utk resepi klik kat link sebelah atau sini.


Dulu famili tak berapa suka bihun Singapore @ mihun Singapore tp bila dah beberapa kali mama masak....semua dah mula suka mkn....
Quote:
Bihun Singapore

Bahan
1 pkt bihun - rendam/celur sampai lembut
1 mangkuk ayam/crabstick/udang/fishball-campuran serba sikit
4 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia- tumbuk
1 sb lada hitam-tumbuk / serbuk- tambah kurang ikut pedas
1 sb serbuk perasa ayam-atau secukup rasa
garam ,minyak
sebtg karot -potong pjg halus
daun bawang, bawang goreng
telur dadar

Cara
1. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.Masukan lauk dan kacau rata.
2. Bila lauk masak masukkan carrot, kacau dan masukkan bihun
3. Masukkan garam,lada sulah dan sebuk perasa.Goreng sampai masak
4. Utk hidangan taburkan telur dadar,daun bawang dan bawang goreng


Majlis Berbuka Puasa 12 Ramadhan Di Suruhanjaya Tinggi M'sia

Majlis berbuka puasa kali ni ditaja oleh Suruhanjaya Tinggi M'sia. Minggu lepas ditaja oleh Persatuan Kebajikan Melayu SeMalaysia (PKMS). Majlis berbuka kali ni meriah sbb ramai org M'sia di sini yg hadir.
Masa berbuka dihidangkan dgn kurma,kuih-muih dan bubur kacang hijau. Manakala selepas solat Maghrib juadah nasi putih dihidangkan dgn lauk daging bakar + air asam, ayam kurma, asam pedas ikan merah, kerabu mangga,sambal belacan dgn ulam2, mee goreng,nasi beriani kambing + acar (sumbangan individu) dan buah2an. Utk moreh dihidangkan kuetiaw goreng, kuih-muih dan minuman panas.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net