Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 21-Sep-2008 11:38 Email | Share | Bookmark
Menu Ramadhan

cream puff dah masak
jagung kukus
kari daging cicah capati
capati
cream puff belum masak
cream puff dlm oven
 
 
 
 
 
 
 
 


Entry kali nipun tak ada lauk-pauk sbb masak sempoi aja. Masak juga menu sampingan buat berbuka puasa seisi keluarga.

Buat cream puff .....resepi dah berzaman print tp baru rajin nak cuba.... Biasa mkn yg beli inti kastard saja...ni kelainan sikit sbb inti castard jagung, letak coklat sikit atasnya.... yummy...
Quote:
Cream Puff Jagung
Sumber , Zaliana, My Resepi

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur
* Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
*- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25 min; 180'C
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff






Bila masak kari daging teringin pulak nak mkn cicah dgn roti....dok fikir roti apa tak payah tunggu lama utk naik....teringat roti capati.... Lagipun baki tpg capati hari tu masih ada.Baik buat sebelum tpg tamat tempoh.
Masa berbuka puasa anak yg sulong dan kedua mkn capati,siap berlumba sapa makan paling byk dan keputusannya seri sbb mereka larat mkn 2 kpg sorang aja.... Sahurpun mereka berdua makan capati...... kali nipun seri juga sbb habis sekeping sorang...
Quote:
Capati
Sumber; Sajian Di Perantauan (Edisi Dua)

Bahan;
250 gm tepung capati @ tpg wheatmeal - ayak
175 ml (anggaran 1 cwn) air sejuk - tambah sikit kalau adunan kurang lembut
sedikit garam
* tambah 1 sb marjerin

Cara
1.Campurkan semua bahan di dlm mangkuk dan uli hingga jadi doh yg lembut.
2.Tutup mangkuk dgn kain lembab dan biarkan 1/2 jam
3.Panaskan kuali tebal di atas api sederhana.bila cukup panas perlahan kan api.
4.uli semula adunan dan bahagikan kpd beberapa ketul doh -bulatkan
5.Taburkan tpg atas pencanai. ambil seketul doh dan canaikan nipis.
6.angkat capati dan tepuk kedua2 belah utk buang tepung berlebihan.
7.letakkan atas kuali panas selama 1 min. setelah bah bawah bintik2 putih balikkan.
8.angkat capati dan layur atas api.ia akan mengembang beberapa saat.
*tak layur pun atas api...masak terus dlm kuali dan tekan bhg tepi capati bila capati mula mengembang.
9.letakkan dlm pinggan yg dilapik tuala kecil dan tutup dgn tuala agar capati sentiasa panas.makan sebaik sahaja masak.



Laksam

Bila tengok kawan2 tayang laksam beli kat PaRam....terliur dibuatnya. Kat Param sini mmg tak ada.Kalau sebelum bulan puasa adalah sesekali di pasar mlm org jual laksam.
Untuk resepi boleh klik kat link sebelah. Resepi ni guna air kapur....yg mudahnya kali ni guna kapur jenis debu spt gandum...tak payah buat air kapur.Campur kapor dalam tpg beras. Kukus atas dulang dan loyang besi.


Siap untuk dimkn...letak sambal baru sedap.


Dapat 14 btg semuanya.
Jagung Kukus
Anak yg kedua nak makan jagung kukus, yg lainpun suka juga jagung.Kalau beli sikit aja ...jadi kukus sendiri di rumah, puas mereka makan....


Kukus 1/2 kg jagung hingga masak. Guna jagung frozen aja. bila masak letak 1sk garam, 1- 1 1/2 sb butter dan 2 sb susu pkt.Kacau rata...sedap lemak manis...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net