Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Sep-2008 22:01 Email | Share | Bookmark
Selamat Menyambut 1 Syawal 1429 Masihi

Anak2 posing utk gambar raya
riang ria bila suruh aksi bebas
gaya duduk diam
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
RTB dgn TYT
Beramai2 di HICOM
Beramai2 di HICOM
 
 
 

**Buat semua pengunjung Fp Mamasya, sudilah ambil kad raya yg kat atas ni...... gantung di rumah masing2 ya...

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat sanak-saudara, sahabat handai, rakan sepejabat , kenalan Fp dan blog serta semua pengunjung mamasya fotopages tidak kira di mana berada.
Salam lebaran penuh ingatan serta maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa..tersalah bicara selama ini. Semoga lebaran disambut dengan penuh ceria dan bahagia bersama -sama...




Raya thn ni kami sekeluarga tak balik kg...sama seperti thn lepas....beraya bersama sahabat handai. Skrgpun kami dah mula menerima jemputan rumah terbuka dan beraya di rumah kenalan...mula terasa kemeriahan berhari raya.......
Sejak minggu pertama dah kedengaran detuman mercun sekeliling kg tempat kami tinggal. Bunyi mercun bermula lepas Maghrib dan bertambah gamat lepas Isyak. Anak2 sekadar suka tengok aja...mereka tak minat nak main mercun.
Semlm semasa pergi kedai ambil baju raya, tukang jahit masih sibuk menjahit baju....penuh baju raya bergantungan yg dah siap...yg belum siap pun byk lagi. Tukang jahit utk baju kurung di sini adalah dari Indonesia dan Filipina...lelakipun ada jadi tukang jahit. Manakala tukang jahit baju Melayu...atau kat sini panggil baju cara Melayu adalah org Pakistan. Harga upah jahit sepasang baju kurang biasa dan baju melayu adalah bnd15(RM36) ...murah juga upah jahit di sini. Lain-lain baju mahallah sikit.

Koleksi Biskut Raya

Beberapa hari lepas mula buat biskut raya... sempat siap beberapa jenis. Setiap biskut buat tak byk...1/2 atau 1 adunan sahaja...cukuplah satu bekas. Kalau rajin ingat nak buat 1-2 jenis biskut lagi sbb ada resepi yg dah berkenan tp tak tahulah jadi ke tidak.
Macam biasalah kalau baking biskut....bawa keluar oven dah ada yg menunggu utk food testing.....


Resepi dari buku biskut. Antara bahan; tpg hoen kwee,pandan esen&santan debu
Quote:


Samperit Marble
Sumber; Fp Masriyah

Bahan-Bahan
2 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
pewarna merah- guna warna pink
1 sudu vanila- tukar 1 st esen strawberry + 1 st esen mango
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter + gula dan telur sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum kastard dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan warna merah pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5.Cantumkan adunan merah dan biasa pastu masukkan dlm pam biskut.
6. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.

**Apa yg mama buat ;
1.adunan butter dan gandum dibahagikan 2 ;
- 1 bhg diletakkan 1 st warna pink dan 1 st strawberry esen- gaul rata
- 1 bhg diletakkan 1/2 st warna kuning dan 1 st mango esen- gaul rata
2.adunan merah dipam atas loyang. adunan kuning dipam sebelah warna merah.tekan sikit dibhg tgh agar bercantum. potong ikut ukuran yg disukai. tabur manik&coklat rice.
3.sapu loyang dgn sedikit marjerin.


Resepi dari Majalah Saji Sept 2008; madu, cornflakes,bijan,ceri,kismis,badam ganti dg kacang.


Resepi dari Majalah Saji Sept 2008; tat labu yg tak rupa labupun....

Quote:


Ada lagi lebihan inti tat, jadi buat tat gulung pula.

TAT GULUNG
Sumber; Fp K.Liza
**(dpt 170 biji ; 1/2 kg inti tat nenas)

Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..- beli yg dah siap
Inti;
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Quote:


BISKUT ALMOND LONDON
Sumber; Fp K.Liza

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.


Almond London utk anak-anak ; makeup sikit....letak lipstik....

-resepi biskut yg dari buku dan majalah belum sempat taip lagi....

Ucapan Selamat Hari Raya Dari Rakyat M'sia di Brunei

Sabtu minggu lepas semasa majlis berbuka puasa, Radio TV Brunei (RTB) mengadakan sesi rakaman ucapan selamat hari raya oleh rakyat M'sia di Brunei. Rakaman ni adalah utk siaran RTM tapi tak pasti bila siarannya. Semua yg hadir berbaju melayu dan kurung lengkap utk sesi ucapan raya......





** kad raya dari kawan-kawan sebhg dah digantung di bawah. yg lain2nya nanti akan gantung ya,belum sempat pi ambik lagi....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net