Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Oct-2008 01:48 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 1-4 Syawal 1429

balik beraya,main basikal
Syazrin dgn kawan2
beraya di rumah kawan
beraya di rumah kawan
tetamu dtg beraya
tetamu dtg beraya
tetamu dtg beraya
tetamu dtg beraya
anak2 posing sebelum keluar beraya
anak2 posing sebelum keluar beraya
beraya di rumah kawan
beraya di rumah kawan
beraya di rumah kawan
anak2 posing sebelum keluar beraya
rendang dlm periuk
kuah mee kari dlm periuk
tetamu dtg beraya
 
 
 


Kami di Brunei beraya hari Khamis, lewat sehari dari M'sia. ...tak beraya serentak seperti thn lepas. Yang kurang seronok sikitnya bila dengar takbir raya dan menonton suasana raya di tv M'sia....dah terasa mood beraya....sedangkan di sini masih berpuasa.
Sepanjang 4 hari raya...hanya masak pada utk raya pertama dan keempat sahaja. Masak pun tak byk sbb tak buat rumah terbuka.....sekadar menjamu kawan2 yg dtg beraya. Masa hari raya pertama masak ringkas saja , buat rendang dan rebus lemang dgn ketupat segera , soto dan mee kari......gambar masa hidangpun lupa nak ambik.Hari raya kedua dan tiga beraya sakan,langsung dapur tak berasap.... Manakala Syawal ke 4 masak nasi rampai, kari ayam,bihun dan rebus ketupat segera.
Sepanjang raya selain meraikan teman yg dtg berkunjung...sempat juga beraya di rumah sahabat-handai dan memenuhi jemputan rumah terbuka.Pelbagai juadah yg dihidangkan semasa rumah terbuka di sini ... sama seperti menu beraya di Malaysia. Kebanyakkan rumah menghidangkan menu berat terutama nasi....yg popular set nasi lemak dan nasi beriani .. tu yg buat kenyang tak terhingga....




Quote:

Nasi Rampai Cahaya Syawal
Sumber; Majalah Rasa Sept 08

Bahan
960 gm beras basmathi-cuci rendam 20 min,toskan
1 liter air
125 gm marjerin
125 ml susu cair- guna fresh milk
1 ketul kiub ayam
1 biji bawang besar
8 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2.5 cm halia
1 st serbuk lada sulah;campur sama rempah beriani
1 sb rempah beriani;
1 ketul ayam; rebus dan carik2 halus
10 biji cendawan butang;belah dua-guna dlm tin
kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga&lawang
2 helai pandan simpul
1/2 st garam

hiasan
1/2 biji timun, 1/2 btg karot ; parot - tak letakpun
2 sb bawang goreng,daun sup,daun bawang dan kacang pis-hanya tabur bawang goreng dan kismis

Cara
1. Panaskan marjerin dlm periuk.tumis rempah campur dan daun pandan hingga wangi.
2.masukkan bahan kisar,bahan campuran. kacau hingga garing.
3.masukkan cendawan,ayam,kiub ayam,air,garam dan susu. masak hingga mendidih.
4.akhir masukkan beras,kacau dan tanak macam biasa
5.nasi masak...tabur dgn hiasan.


Riang ceria di Hari Aidilfitri


Tak byk gambar di ambil semasa raya...sibuk dgn acara makan-makan.... Sebahagian gambar di rumah dan gambar semasa beraya di rumah teman.Walaupun beraya dgn sahabat handai di sini...kemeriahan tetap dirasakan.
Lupa nak citer....kat sinipun sama budaya bagi duit raya spt di M'sia....anak-anakpun seronok bila sebut nak keluar beraya..... Dan sepanjang berhari raya di sini tak kira raya ke berapa biasanya semua yg lelaki kecik besar tua muda akan memakai berbaju melayu. Tapi hero2 mama yg berempat pakaikan juga baju biasa gilir-gilir...tak byk stok baju melayu.....


Syazrin dengan kawan2nya...


Beraya di rumah kawan....


Antara tetamu yg dtg beraya


Posing dulu sebelum keluar beraya .....

Salam Aidil Fitri buat Mamasya sekeluarga. Oh lambat sehari rupanya. Tak apalah, kemeriahan berhariraya tetap terasa kan? Banyak Mamasya memasak untuk tetamu. Yang paling gembira, mesti anak-anak sebab sibuk kumpul duit raya kan? Mon 6-Oct-2008 02:50
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
salam mamasya...selamat beraya hehehe...meriah juga tu...
kat sana budak2 seronok kumpul duit raya...kat sini takdelah budaya tu. mungkin sebab yg ramai kat sini pun student...poket pun nipis hehehe...
Mon 6-Oct-2008 03:04
Posted by:suzi  - [Link]
Salam lebaran diperantuan...
Sana lmbt sehari raya ye...takpelah,kemeriahan tetap dirasakan bersama..byk menu hari raya yg dimasak Ziela utk tetamu yg berkunjung..
Bila hari raya anak2 yg paling seronok..dpt pakai baju baru dan duit raya disamping jumpa kwan2...mama nya pun seronok juga dpt jumpa kenalan
Mon 6-Oct-2008 05:59
Posted by:dapurimpian@k.zai  - [Link]
SALAM LEBARAN MAMA...SERONOKX BERAYA TAHUN NIE??WALAUPUN LEWAT SEHARI... Mon 6-Oct-2008 06:12
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
salam aidilfitri zilah, kakmOn pun lum sempat nak wat umah terbuka, cuma saudara terdekat aje. Anak2 dah nak exam. Taktau ujung syawal nanti. Bila ada masa jemput lah kerumah ye. KakmOn masih sibuk ngan kek kawin ujung minggu nih Mon 6-Oct-2008 08:10
Posted by:kakmOn  - [Link]
Selamat Hari Raya mamasya skrga di Brunei..raya kt tmpat orang yer kali nie..sue skrng dah mcm terbiasa dah..anak2 pun tkder rasa raya mana pun kt sini..sama jer dng raya ker tidak..cuma bila raya ada kueh raya..itu jer yg diaorng tau.. ..tu pun sbb tahun nie , rezeki ada buat tempahan kueh skit..merasa gk ler apa itu raya..
Meriah jugak raya kt brunei..tk tahan plak tengok ketupat pulut tu posing mcm nk di ngap jer..
Mon 6-Oct-2008 08:21
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
salam aidil fitri..
wah byk makanan terhidang.. mesti akak bizikan di dapur malam raya tu. nasi rampai tu buat saya rasa nak makan, tapi tak boleh..hehe..kena masak sendiri..huwaaaa..
psstt..amboi syazrim tu pandai na nyakat anak dara
Mon 6-Oct-2008 08:55
Posted by:zaiy  - [Link]
"selamat hari raya ucapan di beri
ucapan ikhlas dari hati ke hati
setahun hanyalah sekali
moga bahagia di aidilftri ini..."

>> memang terasa kemeriahan bila dah berkumpul mcm ni...
Mon 6-Oct-2008 09:40
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
alamk..tgk menu terus rasa lapau..sb pose ari ni... beshnya ada ketupat pulut..sini kempunan mkn ketupat pulut aa..cicah air nesan nais rampai tu mcm gabungan naisk minyak dan nasik ayam kan..sedap nmpk..leh cuba gini..bykjugak akak maska pagi raya ek..sonok kan masak byk2 ada org dtg. Mon 6-Oct-2008 14:24
Posted by:ctnik
rindunya katketupat pulut...bilalah boleh makan ni... lambat ya brunei raya,hari khamis. Kami raya hari selasa..Ingatkan rabu sama mcm Msia..last2 x sempat masak pun pagi raya. Alhamdulillah kami pagiraya beraya di embassy, bolehlah jugak merasa mknn Melayu.. Mon 6-Oct-2008 15:28
Posted by:azian  - [Link]
segak dan kacak 4 org askar merah tu... Tue 7-Oct-2008 02:50
Posted by:Pabloiizetty ii_zetty@yahoo.com  - [Link]
Oooo kat Brunei lewat sehari erk raya nya? Padahal sebelah M'sia je kan? Tapi tak apalah.. tengok kat dalam gambar ni boleh nampak kemeriahan kat sana tak kurang macam kat M'sia..
Theme tahun ni 'merah' ke? Dari baju melayu smapailah ke baju casual.. merah semuanya.. hehehe.. merah sangatlah Mak Ngah!
Tue 7-Oct-2008 04:08
Posted by:Sabrina  - [Link]
Ada beraya hari Selasa (Dubai), Ada hari Rabu (Malaysia) dan ada hari Khamis (Brunei). Apa2 pun sambutan aidil fitri semarak diseluruh dunia Tue 7-Oct-2008 04:33
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
syok tu...dapat duit raye,...
raye sini tak semeriah raye kat mesia or brunai...very2 simple...open house pon simple2 je...
Tue 7-Oct-2008 04:37
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
salam mamasya, wah meriah nya hari raya disana..lewat sehari yea...

Bukan main seronok nur tengok syazrin tu bermain siap pegang2 bahu lagi tu...
bila raya begini kanak2 lah yg paling happy dan terasa kemeriahan nya.

Selamat Hari Raya Idilfitri buat mamasya sekeluarga serta maaf zahir batin jika
ada tersilap kata atau terkasar bahasa nur pohon ampun dan maaf yea...seri
sama 0-0.

Tue 7-Oct-2008 06:39
Posted by:nur  - [Link]
kat sana raya lewat sehari yer.. takperlah.. yg penting suasana raya tetap meriah walaupun berada di sana.. anak2 lah yg paling seronokkan.. dpt kumpul duit raya & jumpa kawan2 yg ramai...
byk juga ziela masak juadah raya.. kitorang pulak.. masak2 hingga raya ke3 jer.. masuk raya ke4 masing2 dah rindu nasi putih... masak ler nasi putih ngan lauk2 biasa jer
Tue 7-Oct-2008 08:29
Posted by:MaDiHa  - [Link]
lewat sehari x per..janji meriah....Brunei lak bih kurang mesia jer...so x der la janggal sgt..yg x der mak bapa jer..kan ma...

>>syok la bebudak tu dpt duit raye BND yer...berkepuk kalo bwk blk mesia nnti

p/s : geram sungguh dgn anak ma yg kecik tu...rasa nak picit2 jer pp dia
Tue 7-Oct-2008 09:45
Posted by:jasmeen  - [Link]
salam...kat bradford ni dah raya ke 3, brunei baru raya pertama ye...sedap menu2 mamasya masak tu
uitt, si syazrin tangkap anak dara mana tu
selamat hari raya buat mamasya sekeluarga
Tue 7-Oct-2008 09:50
Posted by:Hajar  - [Link]
salam mama...
wahhhh sedapnyerr juadah nasi rampai tuh!!
dah berhari2 pekene nasi kepal (nasi impit) mmg jemu
sonok tgk bdak2 ni kan x kira beraya kat mana sekalipun depa ni mmg sakan sungguh beraya nak2 jumpa gangs sekelapa
Tue 7-Oct-2008 12:13
Posted by:shima  - [Link]
slamat ari raya aidil fitri buat mamasya dan keluarga. Tue 7-Oct-2008 15:14
Posted by:zana hassan zanaz70@yahoo.com  - [Link]
salam mama...kami dah nak masuk raya ke-3...mama baru nak raya..apa2 pun tetap meriahkan...Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin Tue 7-Oct-2008 18:27
Posted by:nor  - [Link]
mak aiiiii..meriah nyer raya..............seronok tgk gambar the 4 boys..semua baju seragam..ketupatpulut tu bestnya... Wed 8-Oct-2008 13:01
Posted by:jo  - [Link]
>> keindahan dan kemeriahan aidilfitri...
>> pastinya banyak meninggalkan kenangan...
Wed 8-Oct-2008 18:12
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
CANTIKNYE SOFA BIRU ITEW

Thu 9-Oct-2008 12:31
Posted by:FazaRina(riNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
mamasya kenal ek abah saya... thanks ek ajak dierang pg openhouse rumah akak.. dierang baru lagi kat sana.. tak ramai kenalan... Mon 13-Oct-2008 00:23
Posted by:Tieha fatihah148@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.