Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Oct-2008 01:48 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 1-4 Syawal 1429

balik beraya,main basikal
Syazrin dgn kawan2
beraya di rumah kawan
beraya di rumah kawan
tetamu dtg beraya
tetamu dtg beraya
tetamu dtg beraya
tetamu dtg beraya
anak2 posing sebelum keluar beraya
anak2 posing sebelum keluar beraya
beraya di rumah kawan
beraya di rumah kawan
beraya di rumah kawan
anak2 posing sebelum keluar beraya
rendang dlm periuk
kuah mee kari dlm periuk
tetamu dtg beraya
 
 
 


Kami di Brunei beraya hari Khamis, lewat sehari dari M'sia. ...tak beraya serentak seperti thn lepas. Yang kurang seronok sikitnya bila dengar takbir raya dan menonton suasana raya di tv M'sia....dah terasa mood beraya....sedangkan di sini masih berpuasa.
Sepanjang 4 hari raya...hanya masak pada utk raya pertama dan keempat sahaja. Masak pun tak byk sbb tak buat rumah terbuka.....sekadar menjamu kawan2 yg dtg beraya. Masa hari raya pertama masak ringkas saja , buat rendang dan rebus lemang dgn ketupat segera , soto dan mee kari......gambar masa hidangpun lupa nak ambik.Hari raya kedua dan tiga beraya sakan,langsung dapur tak berasap.... Manakala Syawal ke 4 masak nasi rampai, kari ayam,bihun dan rebus ketupat segera.
Sepanjang raya selain meraikan teman yg dtg berkunjung...sempat juga beraya di rumah sahabat-handai dan memenuhi jemputan rumah terbuka.Pelbagai juadah yg dihidangkan semasa rumah terbuka di sini ... sama seperti menu beraya di Malaysia. Kebanyakkan rumah menghidangkan menu berat terutama nasi....yg popular set nasi lemak dan nasi beriani .. tu yg buat kenyang tak terhingga....




Quote:

Nasi Rampai Cahaya Syawal
Sumber; Majalah Rasa Sept 08

Bahan
960 gm beras basmathi-cuci rendam 20 min,toskan
1 liter air
125 gm marjerin
125 ml susu cair- guna fresh milk
1 ketul kiub ayam
1 biji bawang besar
8 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2.5 cm halia
1 st serbuk lada sulah;campur sama rempah beriani
1 sb rempah beriani;
1 ketul ayam; rebus dan carik2 halus
10 biji cendawan butang;belah dua-guna dlm tin
kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga&lawang
2 helai pandan simpul
1/2 st garam

hiasan
1/2 biji timun, 1/2 btg karot ; parot - tak letakpun
2 sb bawang goreng,daun sup,daun bawang dan kacang pis-hanya tabur bawang goreng dan kismis

Cara
1. Panaskan marjerin dlm periuk.tumis rempah campur dan daun pandan hingga wangi.
2.masukkan bahan kisar,bahan campuran. kacau hingga garing.
3.masukkan cendawan,ayam,kiub ayam,air,garam dan susu. masak hingga mendidih.
4.akhir masukkan beras,kacau dan tanak macam biasa
5.nasi masak...tabur dgn hiasan.


Riang ceria di Hari Aidilfitri


Tak byk gambar di ambil semasa raya...sibuk dgn acara makan-makan.... Sebahagian gambar di rumah dan gambar semasa beraya di rumah teman.Walaupun beraya dgn sahabat handai di sini...kemeriahan tetap dirasakan.
Lupa nak citer....kat sinipun sama budaya bagi duit raya spt di M'sia....anak-anakpun seronok bila sebut nak keluar beraya..... Dan sepanjang berhari raya di sini tak kira raya ke berapa biasanya semua yg lelaki kecik besar tua muda akan memakai berbaju melayu. Tapi hero2 mama yg berempat pakaikan juga baju biasa gilir-gilir...tak byk stok baju melayu.....


Syazrin dengan kawan2nya...


Beraya di rumah kawan....


Antara tetamu yg dtg beraya


Posing dulu sebelum keluar beraya .....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net