Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Oct-2008 22:21 Email | Share | Bookmark
Biskut Raya Lagi

 
 
 
Buat biskut ni 2-3 hari sebelum raya. Semua bahan mmg dah siap beli....cuma tunggu mood rajin sikit nak membuatnya terutama biskut yg kena canai... tekap guna acuan... malas sikit nak buat... Kalau boleh semua biskut nak bulat2..gentel aja...tp jadi sama rupa pulak nanti biskut raya......
Antara biskut raya yg dibuat paling suka biskut Orange Galore, sedap biskut ni...rapuh dan macam biskut Arab sikit rasanya. Bahan dan buatnyapun mudah tak payah guna mixer, satu lagi ...gentel2 dah jadi bentuknya......


Quote:
ORANGE GALORE BISCUITS
Sumber : Cookies Cookbooks

bahan
A; 150 gm butter
B; 50gm caster sugar
1 tb susu segar
C; 150 gm tpg gandum
15 gm bijan - panggang dan mesin sampai halus
*tambah 1 sb esen oren..opps silap 1 st aje...
Bahan hiasan
100 gm caster sugar
100 gm almond strips-utk tangkai
pewarna hijau & pewarna oren

Cara
1.Panaskan butter dlm periuk dgn api perlahan hingga bertukar warna sedikit perang. Tambah bahan B. Kacau sehingga gula hancur, tutup api. masukkan bahan C , kacau dan uli hingga jadi doh.
*tunggu adunan suam sikit baru masukkan bahan C...kalau tidak panas nak nguli..tambah sedikit gandum kalau adunan lembik
2.Ambil 1/6 bah anggaran(60gm) warnakan hijau; ni utk daun sikit saja. selebihnya warnakan oren.
* dah edit sikit step no 2 ni agar jelas sikit caranya....
3.Buat bulat2 kecil dan gaul kedlm gula kaster. Ambil bah warna hijau bulat dan leperkan. Letak atas bah oren. Cucuk almond strip di tgh atas bah hijau.
4.Bakar dlm preheat oven 170'C selama 15-20 minit hingga masak. biarkan sejuk baru disimpan.

**Buat kawan2 yg bertanya ttg gula disalut dulu sebelum bakar; mmg buat ikut resepi, salut dulu gula sebelum bakar.Gula kat biskut tak hangit dan tak cair.Bila masak gula tu melekat elok kat biskut macam dlm gambar kat atas....masa makan gula tak berterabur..


Quote:
CHOCOLATE OREO COOKIES
Sumber : Cookies Cookbooks

bahan
A; 140 gm butter
90 gm brown sugar
50 gm creamy peanut butter- *guna peanut butter with strip chocolate
1 tsp vanilla esen
B; 20gm tpg hoen kwee @ greenpea flour
1/2 tsp baking powder
160 gm plain flour
C; 100gm biscuit oreo (mesin; hancurkan)

bahan hiasan
200 gm cooking coklat
red candy topping- *guna rainbow&cho rice

Cara
1. Pukul bahan A dlm mixer hingga sebati.Masukkan bahan B dan C, gaul rata hingga jadi doh.
2.Letakkan adunan antara 2 helai plastik. Canai setebal 5 mm. terap guna acuan...letak sedikit gandum diacuan. Susunkan biskut di atas loyang pembakar yang telah dialas.
*adunan roll gitu tak letakpun plastik.loyangpun lupa nak alas,nasib baik tak melekat..
3.Bakar dlm preheat oven 180'C selama 15-20 min hingga masak. bila masak pindahkan utk disejukkan.
4.Setelah sejuk celupkan biskut dlm coklat yg telah dicairkan . letak hiasan.


Quote:
BISKUT GREEN PRINCESS
sumber : Fp K.Liza; majalah saji sept'07

Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni

Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net