Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Oct-2008 23:21 Email | Share | Bookmark
Hari Raya 11 Syawal 1429

Menu yg dihidangkan
Kerabu Suhun
Marblecheesecake&biskut raya
kuah soto&laksa penang
Ayam goreng berempah
nasi minyak
Antara tetamu yg hadir
Antara tetamu yg hadir
Antara tetamu yg hadir
Neng&anaknya, Syakim dan Syafiq
Family K.Mon turut dtg
tetamu menjamu selera
Syafiq&Puteri kawan kelasnya
tetamu dtg beraya
Mama&abah Puteri
Biskut comel dr K.Mon
puding kastad &air minuman
biskut raya
tetamu dtg beraya
tetamu dtg beraya
leka budak2 dgn PS2
 
 
 
 
 
 
 
Masih citer raya dan acara makan-makan. Petang semalam ada masak serba sikit sbb husben menjemput beberapa rakan setugasnya,jiran dan mama jemput kawan yg sama-sama ambil anak di tadika dan juga K.Mon@ Nina Suria sekeluarga. K.Mon bawa buah tangan biskut cawan comel...kejap aja anak2 habiskan biskut... .tima kacih byk2 K.Mon.. Tapi tak sempat sembang lama dgn K.Mon kerna kebetulan masa K.Mon dtg serentak pula dgn tetamu yg lain. Nanti dating lain kali ya K.Mon boleh kita sembang mesra ..... Sebelah malam kami pula keluar beraya di rumah kenalan.

Menu raya yg dihidangkan untuk tetamu semalam nasi minyak,nasi putih, ayam kurma, ayam goreng berempah, ikan dori goreng madu&bijan,kerabu suhun, laksa penang, soto dan laksam. Selain itu sediakan puding kastard dan marble cho cheese cake. Utk puding kastad ni sbb nak cepat.....hanya sejukkan dlm bekas 4 segi, masa nak hidang potong kastad bentuk kiub kecil dan terus masukkan dlm kuah puding. Resepi ada di link sebelah...
Abg Syamil dan Syafiq rajin pula menolong kali ni....tolong susun kuih raya dll dlm bekas. Seronok anak-anak bila kawan2 dtg beraya...ada juga kanak-kanak yg dtg tak nak balik leka bermain sama..

Sebahagian gambar-gambar tetamu yg dtg beraya





Menu yang dihidangkan untuk tetamu







Quote:

Nasi Minyak
Sumber; Sajian Di Perantauan

Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 senduk minyak sapi
*2 labu bawang besar (hiris)- guna 1 1/2
*2 ulas bawang putih- tumbuk
*2 cm halia - tumbuk
garam , lada putih, serbuk kunyit
*3 kuntum bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga
*2 in kulit kayu manis

Hiasan
1/4 cawan kismins
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang

Cara
1. Panaskan minyak sapi. Tumis * hingga rempah penimis bau wangi.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api.masukkan kismis dan karih nasi dg perlahan - kismis mama tabur masa hidang
4. Taburkan bahan hiasan masa hidang.

Tip memasak nasi minyak dan beriani yang baik:
1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.

Quote:

Jumpa resepi Pop Corn Bites Dengan Madu dan Bijan di Fp Mak Lang di mana resepi asal dari Chef Wan. Ubah suai resepi guna ikan dori. Tapi terlebih tabur bijan...tu yg nampak memutih atas ikan.....

Ikan Dori Goreng Madu Dg Bijan

Bahan
1 peket Popcorn Bites (any brand)/ 3-4 kpg ikan dori – goreng sehingga kekuningan dan ketepikan
*gaulkan ikan dori dtg tpg segera,telur dan tpg beras terlebih dahulu barulah digoreng
1½ camca besar tepung jagung – dicampur dengan sedikit air

Sos Madu:
6 sb sos cili- campur juga dgn sos tomato
6 sb madu
1 sb lada putih
sos tiram

Bwg Putih - cincang
Bijan - dibakar - mama goreng tanpa minyak
1 biji cili bengala merah }- guna cili biasa
Buah tomato } potong dadu
½ cawan nenas }-guna nenas dlm tin

Cara
Panaskan minyak dan goreng bawang putih dahulu. Masukkan bahan-bahan sos yang lain dengan sedikit air. Renihkan perlahan-lahan.
Masukkan cili benggala, tomato, nenas dan juga Pop Corn Bites/ikan dori yang telah digoreng tadi. Pekatkan sos dengan sebatian tepung jagung masukkan garam secukup rasa. Taburkan bijan ke atas ayam/ikan .



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net