Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Oct-2008 23:45 Email | Share | Bookmark
Fastest Cheese Cake & Beraya di rumah K.Mon

bersama anak K.Mon
dok tengok helicopter control
Syazrin posing sorang
dok tengok heli control
menu nasi rumah k.mon
 
 
 
cheese cake dah potong
 
 


Cheese Cake ni buat minggu terakhir Ramadhan sbb nak habiskan cheese yg hampir luput tarikh...ingatkan nak buat masa raya tp tak sempat. Dari membazir baik cepat2 keluarkan dari peti ais buat cheese cake...
Buat separuh adunan sahaja sbb cheese ada seketuii aja...tu yg nampak leper sikit cheese cake ni..... Utk basenya campur biskut Marie (coklat) dgn biskut oreo sbb biskut oreopun ada sikit aja kat rumah. Mulanya nak letak topping strawberry filing tp anak-anak tak suka masam...nanti mama kena perabih sorang2...jadi letak topping coklat....suka mereka makan.....

Quote:
FASTEST CHEESE CAKE
Sumber : FP K.Rinn , tq K.Rinn

Bahan-bahan :
500gm philadelphia cream cheese (2 ketul lah tuuu... )
1 cawan susu segar
1 cawan gula putih - ikut K.Rinn guna 3/4 cwn
2 sudu besar tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
4 biji telur
1/2 biji buah lemon yang warna kuning tuu..., perah jusnya

* Cheese cake ini tanpa base tapi Rinn bubuh juga base biskut oreo...***Patutlah tak jadi "Fastest" sebab dah curi masa sediakan base nya..

Cara-cara:
**Base biskut oreo
1 packet panjang biskut oreo dikisar halus. Cairkan 60gm butter dan gaulkan. Tekan dalam loyang 22cm or 23cm dan sejukkan dalam petisejuk.- campur biskut oreo dan biskut marie

1. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel.
2. Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula, susu, jus lemon dan tepung jagung. Terus putar sampai kembang.
3. Masukkan telur satu persatu. Selepas telur yang ke 4, putar lagi selama 7 minit.
4. Tuang adunan ke atas base biskut oreo.
5. Bakar secara water bath selama 1jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan dlm petiais selama 3jam - 4jam.
7. Hias ikut citarasa. Hidangkan.
*buat 1/2 adunan sahaja


Beraya di rumah K.Mon @ Nina Suria

Petang minggu yg baru lepas kami beraya di rumah K.Mon ...thn lepaspun pergi beraya rumah K.Mon. K.Mon yg asalnya kawan siber ..dah jadi kawan mesra. Minggu lepas masa K.Mon dtg beraya di rumah tak sempat nak borak panjang, kali ni di rumah K.Mon sempatlah berborak....lagipun dah lama tak sembang dgn K.Mon.

Petang itu kami dihidangkan dgn nasi minyak, roasted chicken, bake mussel,acar buah dan kari daging. Selain itu K.Mon hidangkan aneka kek dan biskut comelnya itu. Menyelerakan betul hidangan rumah K. Mon.....sedap....








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net