Buat bingka untuk dibawa ke rumah kawan yg mengadakan majlis doa selamat. Bakar dlm 2 loyang sbb tak nak tebal sgt....senang sikit nak potong dan letak dlm bekas acuan kertas.
Terimakasih MaDiha kerana sudi kongsi resepi...ada pelbagai resepi bingka di FP MaDiha kalau kawan-kawan nak cuba.......
Quote:
Bingka Kastad Sumber; Fp MaDiha..resepi asal dr Fp K.Liza...tq K.Liza..
Cara membuat : 1. Panaskan oven 180 C selama 10 minit.
2. Gaulkan semua bahan sebati dan tapiskan.
3. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1jam pada suhu 180'C.
5. Bila dah masak taburkan bijan. Biarkan sejuk. Potong dan hidangkan
Biasanya guna tepung segera aja utk masak ayam rangup gini.....tapi terajin sikit nak buat adunan tepung sendiri guna resepi crispy chicken ni. Dah 2-3 kali jugak buat sbb anak-anak suka ayam goreng..mereka ratah aja...
Quote:
Crispy Chicken Sumber; Choppy My resepi
Bahan-bahan
* 6 ketul ayam
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan tepung kanji
* 2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil serbuk cili
* 1 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1 sudu kecil serbuk jintan putih
* 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
* 1 biji telur
* 1/2 cawan susu(fresh milk)
** tambah 2 sudu breadcrump
Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.
Ketam ni menu ulangan...cuma kali ni tak letak nenas. Pasar sini senang nak dpt ketam dan lain-lain seafood...selalu ada jual...hargapun boleh tahan tak mahal sgt. Ketam saiz besar yg 4-5 ekor sekg dlm Bnd6(RM14.50). Resepi asal Ketam Masak Nenas ada di link sebelah..
KLCC di Waktu Malam
Gambar-gambar ni dah lama diambil iaitu semasa bercuti di KL pada bulan Jun lepas. Suka tengok keindahan bangunan KLCC yg bermandikan cahaya dan pemandangan air pancutan depan KLCC . Ramai jugak org yg posing kat kawasan air pancut tu terutama pelancong dan duduk saja-saja melihat pemandangan.....
Quote:
Award dan Tag
1. Award dari Shima dan Haniss....timakacih ya sudi kongsi.....
2.Tag dari Rinzura.....
Breast Cancer ~ Cegah Sebelum Parah
Kanser Payudara...merbahaya utk wanita..ramai yg tdk mengambil berat tentang benda nie.Dan ramai juga antara kita yang malu utk membuat pemeriksaan..
>> gambar fountain tu mmg cantik...
>> twin tower ni mmg mencabar kesabaran diri ku...
>> sebab setiap kali ambil setiap kali itu jugalah tak berapa menjadi...
Sun 9-Nov-2008 15:01 Posted by:<< jeff >> - [Link]
Sun 9-Nov-2008 16:50 Posted by:jamie fathira1976@yahoo.com
alamak..ketam...alamtnya tgu thn depan ler kalau nk mkn ketam ni.. cantik klcc tu kan..mcm dulu2 lg ke,ada peningkatan?,bingka kastad tu rasa mcm custard jagung gak ke?lupa da rasa bingka ni.
Sun 9-Nov-2008 19:26 Posted by:ctnik
ohh.. t.kasih sudi cuba bingka kastard tu... tp yg sebenarnya resepi asalnya tu dari Kak Liza kita... cuma madiha adalah ejas2 sikit.. rasanya kalau guna acuan kecik2 (acuan kuih cara atau acuan bunga pecah lapan tu) tak payah kurangkan sukatan airnya.. sedang elok dah.. tp bila guna loyang besar.. kuih jd sedikit lembik.. pasal tu madiha kurangkan air pandan tu..
amboi byknye masakan update tertunda.... bingka tu cantik bila dialas dgn paper cup.ayam goreng dgn msk lemak ketam zila tu pun amat menyelerakan sekali .
mmg cantik sekali view klcc tu diwaktu mlm..kita yg dekat ni gi sesekali waktu siang je..tak sempat nak menghayatinye diwaktu mlm mcm pelancung tu....
lama x tgk klcc adoii rindu banget nk nk mkn sizzling kat situ eh ma, bila tgk bingka tingat kat my mum selalu wat bingka2 ni dulu i x bape suke tp since dah kawin ni kuih2 yg x bape suke tu laaa yg teliur terbayang2 dpn mata
cantik kuih bingka ni bila dah diberi pakai baju, kreatif mamasya ni..kalau saya tak terfikir plak nak buat mcm tu.
crispy chiken tu kalau ratah sedap tu memang superb la kamera dan shot mamasya ni,,nampak mcm diamond je lampu2 klcc tu, untung ada kamera canggih cenggini, puashati.
kamera buruk saya tu kalau amik gambar malam2 memang ampess..
nampak kelassss pulak bila bingka kastad dipoyong dan disusun dalam paper cup cenggitu......
puashati tengok gambar KLCC waktu malam...
kamera saya pun macam zaiy jugak kut.......takat nampak lampu tepi jalan tu boleh laaaaa...ishhhh nak kena cari kamera canggih jugak ni.....
salam...anak2 saya suka kuih bingka..apa2 bingka pun...senang nak buat juga..kan.
tengok gambar KLCC teringat tanahair(cheewah)....dulu kalau hubby outstation kl selalu duk kat hotel kecik kat klcc tu...the zone kot....senang nak jln2 kat klcc hihihi...
salam .. akak. .. apa kabar? rajin akak memasak.. klcc waktu malam ye? em, stakat ni tgk gambar je.. tak penah tgk live waktu malam.. siang ari tu biasalah.. kena g amik gambr waktu malam pulaklah.. mmg cantik siut...
Salam mamasya..lama x dgr citer..bz ke? Kadang2 susah sikit nk msuk fp Mamasya ni, line wat hal jek, nk tinggal jejak pun xleh.. Kak pun bz jugak tambah2 anak dara duk peksa SPM ni..hehe..sedap tgk bingka kastad tu..tp kalu buat ada ke org nk makan..akak sorang je la hentam kot.. Apapun semoga ceria selalu..salam sayang..muahhh
salam mamasya.... menariknya kat sini.. boleh jadi lagi satu tempat nak melepak...
Sat 15-Nov-2008 10:41 Posted by:yus yus5478@yahoo.com - [Link]
Salam ...lama betul Yah tak singgah kat sini,sejak balik Malaysia nii..begitu sibuk sekali ,nak berinternet pun tak sempat...sekarang ini musim cuti sekolah rasa lega sikit...jadi sempatlah ronda mah kawan-kawan.. cantik sekali KLCC pada waktu malam ya.. psst: jadikah blk pada bulan Dec nanti?.
Sun 16-Nov-2008 02:01 Posted by:masriyah
Salam MamaSya,
Lauk pauk sungguh mengancam ...
Klcc, tiada yang baharu sama aje...next Mnths Kita kesana lagi.. jenjalan...
alahai..lama tak nyinggah..pastu menyembang pun da lama tak on..windu la kat akak..ada byk benda nak cite ni..
Klcc tu amik la camne pun..sure nmpak lawo..
Salam mamasya, rindu kat mamasya sekeluarga nie...lama nur tak jenguk syazrin.
Dah banyak entry yg nur tertinggal...bukan nur tak nak singgah tapi akhir2 nie
kesihatan nur agak terganggu sedikit sejak raya minggu kedua kelmarin...nanti bila dah okay boleh lah nur berfotopage kembali. mamasya, crispy chicken tu kalau dpt
rasa mesti best kan...bila lah dpt merasa masakkan mamasya nie.
Fri 21-Nov-2008 05:39 Posted by:nur
salam mamasya...meh dtg blog saya ambil award utk akak
Sat 22-Nov-2008 14:23 Posted by:dapurimpian - [Link]
Salam mamasya...
Lama tak jenguk rumah mama...rindu le...seja k balik dr mesia haritu...mmg jrg2 saya update FP...tgk FP rakan2 terliur sungguh...resepi canggih2 belaka..ni dah nak masuk musim sejuk ni..kena try macam2 resepi le nampaknya lepas ni...asyik lapo je ehheh
UNTUK DIJUAL!!
Kami mempunyai perniagaan andaman yang beroperasi di rumah...Sekarang Ingin menjual barang2 pengantin, aksesori,baju2 dan kelengkapan andaman...sesiapa yang berminat atau baru mula menceburi bidang ini dialu-alukan...
Semua barangan masih baru dan ada yang masih belum digunakan.. Harga RM23,000-00 (nego)
salam mamasya..
kenapa sunyijer?? tapi ramai orang dah pindah blog sekarang!!
ketam masak apapun tetap peberet teman...
Hrtu lalu KLCC waktu malam, cakap gak dlm hati kalau ambik gambarni mesti cantiknyer.. tak yah lagiler dah puas tengok mamanyer gambar...
Salam ziela. Lama ni menyepiii. Pegi mana?memeang cantik gambar klcc tuuu. terliur sungguh tengok ketam tuuu. ari tu mkn habis 2 ekor tapi org lain yg masak. nak kena masak sendiri baru puas hati. Salam Aidil Adha buat ziela dan keluarga.
Fri 5-Dec-2008 05:15 Posted by:kak jie jie - [Link]
Sun 7-Dec-2008 01:33 Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com - [Link]
Sab pun letak gaks gambar ketam masak cili api yang sab try buat untuk pertama kali.. Alhamdulilah menjadi dan rasanya pun boleh dibanggakan.. **puji diri sendiri daaa...
Sab tak pernah berkesempantan amik gambar kat KLCC, tak kiralah waktu siang atau malam.. ehmm
lama nur tak masuk sini...rindu gitu..harap2 mamasya sihat yea jgn seperti nur....
tengok cam dah lama mamasya tak update...kenapa yea? Nur harap dan berdoa
mama sihat2 aje.. dan selamat hari raya aidiladha buat mamasya sekeluarga yea.
Thu 11-Dec-2008 12:32 Posted by:nur
salam kak...apa kabar?..lama x update Fp...bz yea?