Want your
own Fotopage?








 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Jan-2009 10:55 Email | Share | Bookmark
Cuti-cuti Indonesia-Bandung,Jakarta&Bogor (25.Dec.08-01.01.09)

Taxi dpn airport
Baru keluar dr Airport
masih kws airport
tol di hway
melewati Jakarta
kitchen Rumah Tubagus
anak-anak nunggu sarapan
posing dlm bilik
sekitar jln Tubagus
sekitar jln Tubagus
Restoren Padang
Restoren Padang
sekitar jln Tubagus
Dlm Angkutan kota
di foodcourt Pasar Baru
Dr Yudi melayani hero2
Dr Yudi dok layan Syazrin
Dr Yudi dgn Syazrin
 
 
 
 
 
 
 
 
Cuti2 Indonesia Pt1- Bandung (25-28 Dec 2008)

Percutian di Indonesia kali ini merupakan percutian kali ke 2 kami sekeluarga selepas 2 thn lepas melawat Surabaya,Banyuwangi dan Bali. Mula-mula ingatkan tak dpt pergi sbb asyik tak sihat tp bila dah balik cuti di kg... sihat elok. Jadi perancangan percutian dpt diteruskan. Cuma selepas balik cuti kami sekeluarga tak sihat....anak2 muntah dan pening kepala,nasib baik berlaku bila dah balik...kalau kat sana susah jugak nak jln2. Ubat2 mmg ada bawa bersama-sama sbb terbaca di internet yg elok bawa ubat takut tak sihat kat sana.
Semasa kami berada di sana kebanyakan tempat padat dgn orang Indonesia sendiri yg bercuti pjg semperna cuti Krismas hingga thn baru...jln di mana2pun macet...
jammed sesak dgn orang dan kenderaan.

Airport Jakarta

Kami bertolak dgn pesawat MAS dr KLIA jam 7 pg. Tiba di Soekarno-Hatta Jakarta Inter Airport kami terus mencari kaunter Primajasa Bus yg terletak sebelah restoren McD di kiri pintu keluar airport.

Di kaunter bus Primajasa kami menempah sebuah mobil utk terus ke Bandung yg mengambil masa 3 jam ikut tol...org sana panggil lebuhraya tol.Bas Primajasapun ada terus ke Bandung dgn harga tiket Rp70,000 seorg kalau tak silap dan perjalanan bas 1/2 jam sekali.
Sewaan sebuah mobil dari airport terus ke Bandung Rp750,000. Mobil yg disediakan utk kami agak selesa iaitu toyota fortuner baru cuma kurang selesanya......
sambung kisah nanti....
Tadi dah taip pjg-pjg...entah tertekan apa semuanya hilang.....
Kena type semula citernya......Dlm perjln kami dibawa lalu ikut airport domestik...mula2 ingat mmg kena lalu ikut situ tp supir mobil cakap dia nak ambil 2 org lagi penumpang.... biar betul pak supir ni....kan kami menyewa sebuah mobil... Wpun ada seats kosong tp kami sewa sebuah utk keselasaan kami sekeluarga...mana boleh senang-senang dia nak ambil kesempatan angkut lagi penumpang. So husben cakap kat supir tu dia tak boleh nak ambil penumpang lagi sbb kami sewa satu mobil. Pak supir tu cakap oklah dia ambil sorang aja. Husben dgn tegas cakap...kalau nak jugak ambil penumpang lain bawa kami ke kaunter Primajasa semula....tak puas hati dgn tempahan mobil ni. Pak supir tu diam....dia berhenti jugak kat dpn airport tu...ada 2 org + sorang budak menunggu...dia pergi cakap dgn mereka...entah apa yg dicakapkan. Bila masuk dia tak cakap apa terus bawa kami pergi.
Tak berani rupanya supir tu nak ambil kesempatan bila kami bertegas....so pengajaran pertama kami kat sana... kena hati2 dgn supir atau sapa2 yg nak ambil ambil kesempatan dgn kita sbg pelancong.....

Lama juga dia mendiamkan diri....barulah nak bercakap,mungkin dah segan. Sepjg perjln jln sesak dgn kenderaan biarpun ikut laluan hway 3 lorong. Dlm perjlnan tak singgahpun tempat rehat sbb anak2 dah ketiduran dlm mobil kepenatan...lagipun dah bekal siap2 roti dan minuman ringan mkn dlm mobil. Nampak tepi jln tu ada RnR, ada yg nampak elok tempatnya tp byk jugak yg sekadar gerai-gerai kecil tp ada disediakan toilet dan surau.



Penginapan di Guesthouse Rumah Tubagus

Kami tiba di Rumah Tubagus dlm 3.30 ptg....disambut mesra oleh Ms Kanti pemilik rumah TuBagus. Sebaik saja bertolak dr aiport Jakarta lagi dah call Ms Kanti maklumkan pukul berapa kami jangka tiba.
Rumah Tubagus ini dah booking lama sebelum pulang bercuti lagi...booking melalui emel shj dgn Ms Kanti...beberapa kali juga kami berhubungan dgn emel sebelum bertolak ke Jakarta. Info ttg Rumah Tubagus ni dpt semasa search ttg guesthouse di Bandung dlm internet....baca komen org2 yg pernah menginap di sama semua cakap ok, tu yg terus booking. Saja cari kelainan menginap di guesthouse utk percutian kali ni...selalu dok hotel aja.
Selesa menginap di sini utk kami sekeluarga....ada 2 bilik, mini kitchen dan 1 toilet(hot&cold)...tempatnya bersih dan disediakan breakfast di taman yg terletak betul-betul depan pintu bilik....pukul 7 pg sarapan dah sedia. Sepjg 3 pagi di sana kami bersarapan di taman dgn nasi goreng, mee sup dan pagi terakhir sandwich roti. Turut disediakan snack ringan, air mineral dan serbuk teh kopi setiap hari. Selain tu kalau beli nasi bungkus kami sekeluarga mkn kat taman sbb lapang tempatnya.

Ms Kanti tolong call taxi bila kami nak keluar dan membantu kami bagi idea ttg tempat-tempat yg kami nak pergi di sana...dia yg masih muda mmg friendly orangnya ....senyum aja memanjang. Tqvm Ms Kanti... Kalau nak tau lebih detail ttg Rumah Tubagus boleh click sini...Rumah Tubagus






Restoren Nasi Padang berhampiran dgn penginapan Rumah Tubagus

Pasar Baru Bandung

Sepanjang di Bandung kami tak menyewa mobilpun sbb hanya jln sekitar Bandung... kalau nak kemana-mana kami call taxi..ada juga cuba naik angkut kota. Naik angkut kota ni saja nak bagi pengalaman anak2 merasa naik.....dptlah mereka tengok budak2 muda bertenggek di pintu angkutan kota sambil petik gitar dan menyanyi. Tp ada juga yg berdiri tepi tingkap taxi sambil main gitar...gesek biola dan nyanyi kemudian tadah tangan minta duit. Naik angkutan kota ni murah saja Rp2000-Rp5000 sorang tp berasak2 sikit bila ramai penumpang.

Hari kedua di sana kami ditemani jln-jln oleh Dr Yudi...doktor muda, anak buah kawan husben yg mmg tinggal di Bandung. Dr Yudi pernah dtg beraya di rumah kami masa raya puasa tempoh hari dgn kawan husben...jadi mmg kami dah kenal beliau.

Destinasi utama yg dituju semasa di Bandung adalah Pasar Baru yg mengandungi bangunan 7 tingkat .....mmg terkenal sbg tempat shopping pakaian, kain telekong, kebaya/blouse sulam, batik sarong dan macam-macam lagi di Bandung. Dibuka pagi hingga jam 5 ptg. Kws sekitar dan ground floor Pasar Baru mmg penuh sesak dgn orang ramai... tingkat atas sikit dah tak sesak sgt tp masih ramai orang. Mmg kena hati-hati jln2 dgn anak-anak kat sana.

Leka juga dibuatnya maklumlah byk gerai yg terdapat di sana. Masa pergi tu byk kedai kain pasang menawarkan diskaun. Harga brg kat sana mmg kena tawar-menawar kecuali yg tertulis obral sbb yg tertulis obral ni maknanya harga dah murah. Juling-juling mata tengok byk pakaian yg dijual kat sana ....

Sempat lunch kat foodcourt di tkt 7....lupa pula nama set nasi yg dipesan tp lebih kurang aja set nasi yg dijual dgn nasi dibungkus dlm daun pisang, pilihan ayam bakar/ goreng/ ikan goreng, ulam2an, sambal belacan dan kuah sayur asam.Order juga mee utk anak-anak dan ABC yg dicampur hirisan buah mangga. Di bakery kat foodcourt tu anak minta dibelikan roti buaya....bentuk macam buaya dgn inti coklat di dlm....suka pula mereka mkn roti tu wpun rupanya pelik....

Cuma nak balik dr Pasar Baru susah sikit nak dpt taxi sbb byk sgt kenderaan dpn Pasar Baru. Nasib baik ada pengawal kat situ yg tolong dptkan taxi utk kami..... macam biasalah kat sana kalau tolong tu kena hulur sikit imbuhan......bukan kami yg bagi tapi supir taxi yg hulurkan duit kat pengawal tu...tak bykpun cuma Rp1,000 saja (35 sen aja!)











tunggu sambungan Pt 2...masih citer di Bandung .....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net