Want your
own Fotopage?








 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Feb-2009 22:24 Email | Share | Bookmark
Yong Tau Foo dan Penginapan di Sentul, Bogor

Depan rumah
depan rumah
view dkt rumah
rumah2 bersebelahan
depan rumah
depan rumah
depan rumah
view belakang rumah
Syazrin dgn Umi
view belakang rumah
Pak Supir dgn Syazrin
Anak2 di ruamg tamu
view sekitar taman
view sekitar taman
view sekitar taman
view sekitar taman
laman belakang rumah
Syazrin dgn cucu Umi
Umi dgn Syazrin
tgh main PSP
Umi yg cergas dan peramah
Syakim dgn baby
Leka main PS2
Suka betul Syazrin bila tengok baby
set nasi kabuli
set nasi kabuli
nasi kabuli
Umi posing dg hidangan yg disediakan
 
 
 


Yong Tau Foo

Dah lama tak letak gambar makanan....jadi entry kali ni letak menu yg paling simple yg dibuat minggu lepas iaitu sos yong tau foo. Sos yong tau foo ni makan dgn fish ball,prawn cake,crab stick,kangkung dan tauhu.Puas hati kali ni makan.... sbb masa balik tempoh hari beli kat pasar mlm Ganu sosnya pedas dan tawar....puas ngunyah nak perabih..last2 cicah dgn sos cili...
Quote:


Sos Yong Taufu
Sumber;Minami; My Resepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 10 tangkai cili kering- guna 3 sb cili kering yg dah blender
* gula melaka atau kurozato-masukkan 2 1/2 sb gula apong
* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)
* 1 s.k garam
* 3 cm belacan
* 300 ml air
* 1 sudu besar minyak
* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto- tak letak
tambah 1 sb sos tiram

Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


Penginapan di Sentul Bogor

Sepanjang di Bogor 4 mlm 5 hari kami sekeluarga menginap di rumah teman kami Dr A.R di sebuah perumahan baru di Bandar Baru Sentul. Oleh kerana beliau skrg tinggal di Brunei maka ibunya yg tinggal di situ.

Dari station K.api Gambir,Jakarta terus ke Sentul...belum sempat lunch lagi, ingat nak keluar beli nasi selepas tiba di Sentul nanti sbb perutpun dah keroncong. Tapi bila sampai di rumah kat Sentul dah terhidang nasi kabuli ayam..siap dgn kari daging dan salad yg dimasak oleh ibu Dr.A.R yg mesra dipanggil Umi. Berselera sungguh makan......sedap...sampai bertambah-tambah.... Hari terakhir kami di sana Umi masak lagi nasi kabuli tapi kali ni kabuli kambing....nipun sedap jugak.

Nasi kabuli yg Umi masak ni lain sikit dari yg pernah makan di Brunei...nasi ni Umi kukus..manakala ayam/daging dimasak setgh masak terlebih dahulu dan kemudian dikukus atas nasi dlm periuk. Tapi itulah lupa pulak nak minta resepi penuh dgn Umi...rugi betul..


Hidangan nasi kabuli ayam yg dimasak oleh Umi....sedap....

Ketika di sana kami dilayan mesra oleh Umi dan anak cucu yg kebetulan ada di situ sbb cuti sekolah... 4 org cucu perempuan yg ada di rumah masa tu. Umi wpun umur hampir 70 thn tp cergas...rajin betul dia melayan hero mama berempat . Umi membahasakan dirinya jaddah...ni bahasa Arab, kalau bm maknanya nenek dgn hero mama dan cucunya. Sbb dulu Umi sekeluarga pernah tinggal di Kuwait dan menurut Umi kesemua anak-anaknya pernah belajar di Kuwait.

Umi melayan mesra hero-hero mama spt cucunya mungkin dia teringat cucu-cucnya juga 4 hero iaitu anak Dr A.R yg berada di Brunei. Umi juga rajin ke dapur...sampaikan anak yg sulong cakap...jaddah wpun dah berumur tapi rajin masak...mana taknya tahu2 dia tengah siapkan roti bakarlah...pastu nasi gorenglah...mee dll utk anak-anak walaupun makanan lain dah siap terhidang.

Terharu betul dgn layanan baik Umi terhadap kami sekeluarga wpun baru sgt kenal...tak terbalas oleh kami...hanya Tuhan yg dapat membalasnya. Entah bila dpt bersua lagi....

Oklah kita layan gambar-gambar yg diambil di sekitar rumah di Bandar Baru Sentul, Bogor. Sentul ni perumahan baru buka...rumah-rumah di sini cantik bentuknya dgn setiap depan rumah siap laman berumput dan rumah tak berpagar.....wpun tak berpagar tapi nak masuk kws perumahan ini kena melalui 2 pos kawalan di mana salah satu pos dijaga oleh tentera. Kebanyakkan rumah dimiliki oleh org Jakarta yg dtg berkunjung hujung minggu sbg rumah rehat.


Depan rumah kami menginap...dari luar nampak 2 tkt tp rumah ni sebenarnya 4 tkt(termasuk di attic dan lower ground)


Anak-anak posing dgn Umi dan cucu-cucu Umi


Rumah-rumah sebaris dgn rumah Umi..


Pemandangan sekitar rumah


View belakang rumah..menghijau dgn bukit dan pokok pine..nyaman betul


Di laman belakang rumah; ruang tamu dan dapur terletak di bahagian belakang di lower ground.


Anak-anak di ruang tamu.....


Syazrin suka betul tengok cucu Umi yg kecil ni.....


Syazrin senyum lebar dpt riba cucu Umi..tp baby nangis pulak masa ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net