Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Feb-2009 12:10 Email | Share | Bookmark
Tmn Safari Indonesia Pt1

Pintu masuk ke Safari
budak2 tgh jual karot
sekumpulan gajah
gajah tgh berkubang
karot dijual tepi jln
sekumpulan gajah
kudang belang sdg rehat
lagi gajah
hippo dlm kandangnya
sepsg unta posing
kunyah karot
gajah kutip duit
nah ambillah
binatang di pondok rehat
cepat ambil karot
tgh cari sapa yg hulur karot
dpt mknpun
sepasang girafah..
singa ni tidur
kumpulan singa
rimau tidur
pondok rehat binatang
syaxrin hulurkan karot
abg syamil hulurkan karot
laluan berair dlm safari
kambing gurun berehat
kambing gurun berehat
makan karot
zebra yg cute
anak kancil rasa ni
hippo
rimau tidur
beruang
kumpulan beruang
 
org utan
sedapnya
gajah bawa pengunjung
gajah bawa pengunjung
unta
pemandangan dlm safari
burung unta rasanya ni
rimau tgh rehat
seladangkan ni
rimau tidur atas pangkin
Nilah tempat yg ditunggu-tunggu oleh anak-anak utk dikunjungi iaitu Taman Safari Indonesia yg terletar di Bogor. Terletak lebih kurang 1 1/2-2 jam dari Jakarta dan 45 minit dari tempat tinggal kami di Sentul....ni kalau jln tak sesak dan bukan hujung minggu.
Waktu pagi kami pergi tu...lebuh raya sesak teruk sbb byk kenderaan nak menghala ke Safari dan Puncak utk bercuti. Jadi Pak Supir kami ambil laluan kg....mmg laluan kg betul sbb lalu ikut bendang padi...depan dan belakang rumah org..sesetgh laluan tu satu lorong saja....nasib baik tak bertembung dgn kenderaan lain. Tapi Pak Supir kami mmg dah biasa bawa pelancong ikut laluan kg ni....jadi dia dah tahu mmg tak byk kenderaan yg lalu ikut situ kecuali motor.


Dua org budak ni menolong maknya menjual karot di tepi jln,maknya tgh menyusun karot.Karot muda yg kecik saiznya ni mmg segar sbb daunnya masih hijau...

Sepanjang tepi jalan masuk ada peniaga2 yg menjual karot segar yg masih berdaun lagi. Singgah kejap beli karot utk diberi kpd binatang dlm Safari nanti. Karot dijual dgn harga Rp10,000 (RM3.30) utk 3 ikat...tp Pak Supir kami tlg tawarkan dpt 5 ikat Rp10,000....

Tiket masuk utk org Indonesia murah sikit dari pelancong asing. Oleh kerana Pak Supir yg tlg belikan jadi kami dpt tiket harga org Indonesia.... Harga tiket utk umur 6 keatas dan dewasa Rp50,000;pelancong Rp70,000 sorang. Manakala kanak-kanak 5 thn ke bawah; Rp40,000,pelancong Rp60,000. Harga tiketnya mmg berbaloi sbb termasuk sekali dgn persembahan binatang dan cowboy dan utk lihat macam2 lagi binatang dlm zoo yg ada di situ.

Selain zoo dan persembahan binatang..percuma ada juga rides kat dlm tp rides ni kena bayar asing serta zoo malam. Safari dan zoo ni mmg luas...kalau betul2 nak pusing semua tempat seharipun mungkin tak sempat. Dalam Safari juga ada disediakan penginapan dan byk tempat makan dan cafe utk pengunjung.

Sepanjang laluan dalam Safari kereta pengunjung akan melalui beberapa kawasan utk melihat binatang. Ada beberapa tempat, kereta akan melalui jln berair yg mana air mengalir dari tanah tinggi ke jln raya...macam anak sungai kecil.

Dalam Safari sesetengah binatang dibiarkan lepas bebas hingga ke jalan tapi ada pengawal yg akan dtg menghalau binatang ke tepi bila menganggu laluan. Binatang pula jinak.....pandai aja halakan muncung ke cermin kereta cari karot..... Anak-anak seronok betul bila berjaya bagi karot kat binatang2 yg lalu tepi mereka.

Bila masuk bahagian singa dan rimau, pungunjung tak dibenar turunkan cermin dan berhenti sbb rimau dgn singa mmg dilepaskan dan berada dkt dgn laluan jln kenderaan. Kalau ada kereta berhenti...peronda mereka akan bagi amaran dgn pembesar suara supaya kereta terus jln.

Lepas habis ronda2 dgn kereta....kami sekeluarga ke bahagian zoo....utk lihat lain2 binatang dan persembahan...ni sambung Taman Safari Pt 2.....

Sesi makan...bagi makan dan ngunyah karot.......


Syazrin dok hulurkan karot kat kuda belang..


Abg Syamil jugak hulurkan karot kat kuda belang...sekaligus 2 btg karot kuda ni makan...


Comel pulak tengok zebra ni...teringat citer Madagascar....


Sedapnya dpt makan karot....


Besarnya gigi......


hulur lagi karot.....tak pastilah nama binatang ni..rasanya kancil...


macam tak sudi pulak rusa ni nak makan karot....malu ke dah kenyang...


kunyah...kunyah..dah tinggal pucuk karot ni......


makan satu dulu..satu tu nanti ambil lagi....


nak karot..nak karot jugak ..tak da yg sudi hulur ke....


Lain-lain gambar penghuni Safari......


Gajah tgh ambil duit dr cermin tingkap kereta dgn belalainya. gadingnya dah kena potong..mungkin utk keselamatan. Gajah ni pandai, kutip duit yg diberikan oleh pengunjung. bila hulur karot ni dia tak nak...


Tengok dkt sgt gajah dgn kereta kami.....gajah ni tgh cari rupiah....


Gajah-gajah yg ni tak dibiarkan lepas di jln ....


Posing berdua..sama pulak gaya posing...sehati sejiwa betul unta ni....


Zirafah ni dlm pagar dawai....jadi tak dpt hulurkan karot...


sekumpulan kambing gurun tengah berehat atas batu sambil tengok kereta yg lalu ...


Mr hippo tak keluar ke jln...dok kat kwsnya saja


Ngantuknya singa ni.....tidur lena atas pangkin di bawah rimbunan pokok buluh..


Rimau nipun lena tidur atas rumput...


Tengok rimau ni tidur dkt sgt dgn jln tempat laluan kereta pengunjung...sekali lompat mmg rimau ni dah landing kat kereta....


Menarik bentuk tempat rehat seladang dll binatang ni..bentuk macam cendawan besar.

Dari 5 ikat karot yg dibeli...yg habis 4 ikat..satu ikat bawa balik boleh makan sendiri pulak ... Lagipun supermarket kat Bogor mmg jual karot jenis kecik gini .


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net