Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Feb-2009 06:06 Email | Share | Bookmark
Nasi Dagang Lagi Dan Aktiviti Ptg Jumaat

Syafiq di besday kawannya
tempat besday kwn Syafiq
ceria Syafiq dgn kawan2
Yayasan Komplek
Masjid Omar Ali Saifuddin
Masjid Omar Ali Saifuddin
 
 
 
Aktiviti Pagi Jumaat....masak nasi Dagang lagiiiii...



Rehat dulu dari entry jln2 makan angin....jamu mata dulu dgn menu nasi dagang.... Ni menu ulangan sebab sebelum ini dah ada entry nasi dagang Ganu, cuma kali ini cuba resepi gulai ikan lain pula. Untuk resepi nasi dagang boleh klik kat link sebelah.
Masak nasi dagang ni pagi Jumaat lepas...masak lebih sikit utk sarapan dan langsung utk lunch sekaligus...
Quote:


Gulai Ikan Nasi Dgang
Sumber ; Chef Norz; Buku Masakan Pantai Timur

Bahan
1/2 kg ikan tongkol - rebus hingga masak
650-700 ml santan-dr sebiji kelapa ; guna 1 pkt santan debu
60 ml minyak masak - tak sukat agak2 saja
2 sm ketumbar- disangai dan tumbuk halus
1 st jintan putih - disangai dan tumbuk halus
1 btg serai -ketuk
1 kpg asam keping
1 sm kerisik
2 biji cili merah&2 cili hijau -belah 2
garam dan gula secukupnya,

bahan2 kisar
7-8 tangkai cili kering-rendam
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm lengkuas, 1biji buah keras

Cara memasak:
1. Panaskan minyak, Tumiskan bahan A,bahan dikisar dan sedikit garam sehingga wangi.
2. Masukkan santan,serai,asam kpg,gula,kerisik dan garam. Kacau sehingga mendidih dan keluar minyak
3. Biar selama 2 min kemudian perlahankan api. Masukkan ikan.
4. Kacau kerap hingga mendidih sekali lagi.Tambah garam secukup rasa dan bbuh cili hijau dan merah. Angkat .




Aktiviti Ptg Jumaat

Sebelah ptgnya hantar Syafiq ke majlis birthday kawan sekelasnya yg dibuat di restoren makanan segera di Komplek Yayasan kat Bandar. Tinggalkan Syafiq dlm restoren bersama dgn kawan2nya. Sementara menunggu majlis selesai jln-jln dlm komplek Yayasan dgn Syazrin...dah lama tak dtg sini.
Komplek Yayasan terletak di tengah bandar merupakan antara tempat membeli-belah di sini. Berhadapan dgn Komplek Yayasan adalah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yg terkenal dgn kubah emas. Gambar masjid ni pd waktu mlm pernah ada dlm satu entry thn lepas.


Ceria Syafiq bermain dgn kawannya...


Bangunan Komplek Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin telah dibina oleh ayahanda Sultan Brunei skrg, Sultan Omar Ali Saifuddin III, in 1958. Masjid ini terletak di depan Komplek Yayasan..

Award 4 in 1 dari K.Zai@Teratak Impian, terima kasih byk2 K.Zai....
Quote:





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net