Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Feb-2009 09:52 Email | Share | Bookmark
Puding Karamel Dan Septg di Persiaran Damuan

trek jogging
Istana
trek jogging
Syakim main di playground
Syazrin di playground
trek jogging
org memancing
Syamil tgh main masuk lubang tayar
dah nak balik
Syazrin posing sorang
view persiaran Damuan
 
 
 


Suka buat puding karamel sbb bahan2nya ringkas dan senang membuatnya. Kalau nak lagi sedap simpan dlm peti ais dulu beberapa jam barulah dimakan dingin.....
Quote:

Puding Karamel
Sumber; Srs Fekah...tq Fekah kongsi resepi..

Gula Hangus
1 cawan gula pasir - guna 3/4 cwn gula aja
1 cawan air - mak Fekah ckp ‘better’ guna air panas

Puding
4 biji telur
1 tin susu cair
2 SB esen vanilla
2 SB tepung jagung/kastard

1-sediakn gula hangus-asingkn
2-sediakn pengukus
3-* ‘blend’ telur hg kembang
3-masukn susu cair + ‘blend’ lg
4-masukn esen vanilla & tepung jagung/kastard + ‘blend’ lg
5-tuangkn sebahagian gula hangus dlm loyang
6-lps tu tuangkn adunan puding td ke dlm loyang
7-kukus selama 15-20 minit - tambah masa kukus kalau perlu

***bila dah sejuk masa nak hidang barulah ditelungkupkan puding ke dlm pinggan.
terbaca di internet; kalau nak puding yg elok
-tapis adunan sebelum kukus
-buang sikit2 buih dipermukaan
-kalau perlu tutup permukaan loyang dgn alumium foil
- sapu loyang dgn sedikit marjerin



Septg di Persiaran Damuan

Ptg ahad lepas kami sekeluarga beriadah di Persiaran Damuan...dah lama tak bawa anak2 beriadah. Persiaran Damuan terletak bersebelahan kawasan istana merupakan salah satu lokasi jogging yg terkenal di sini.
Selain tempatnya redup dan menghijau...trek joggingnya pula terletak di sepanjang sungai. Sesekali ada bot yg lalu di sungai ni.
Anak-anak mmg suka bila di bawa ke sini sbb mereka boleh bermain di playground yg diterdapat di sini...sampai susah nak ajak balik...


Trek jogging....


Bgn macam kubah sayup di belakang Syazrin itu adalah istana Sultan Brunei


View trek jogging, tempat exercise dan playground


Syazrin di playground....abg2nya susah nak diminta posing sibuk nak main...


Waktu utk pulang....mukapun dah merah..berpeluh. tengok Syazrin dah tak larat jln naik dukung belakang.....


Ini pula gambar lama view Istana dari Persiaran Damuan di waktu senja..air sg hampir kering masa ini.Gambar diambil pd thn 2007 semasa ke sini..ada dlm entry awal2 dulu..

Quote:
Tag Dari Zaiy
Nasib baik pendek Tag ni....

::Rules::
Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos.Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it.Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Gambar 4 hero mama yg diambil pada bulan Jun thn lepas di LCCT semasa balik cuti di Semenanjung.

** gambar ni gambar ke 6 dlm memory card yg sdg diguna skrg sbb semua gambar yg diambil tak simpan dlm folder di PC... Tak nak tag sapa2...semua selamat...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net