Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Feb-2009 22:29 Email | Share | Bookmark
Cuti-cuti di Indonesia - Bogor

 
 
 
 
 
Pusing-pusing Bandar Bogor

Sepanjang berada di Sentul sempat 2 kali pusing bandar Bogor....kali pertama masa ptg sampai, jln2 ke Tajur dan sehari sebelum balik. Bogor terletak antara Jakarta dgn Puncak...... boleh terus ke Bandung selepas melepasi Tmn Safari kemudian Puncak. Tapi jauh sikit perjalanannya berbanding laluan lebuhraya terus dari Jakarta ke Bandung.



Bogor ni macam Bandung padat dgn org ramai, kereta....kereta kuda penumpang serta angkutan kota. Gambar-gambar yg diambil dari mobil sahaja sbb susah nak parking tepi jln. Dalam bandar Bogor ada Kebun Raya...taman yg besar dan Istana Presiden..bangunannya macam White House...cat warna putih dan dipagar dlm satu kws pdg yg lapang dan ada byk kijang dilepaskan dlm pagar. Hanya pusing2 kws luar sahaja tak berhentipun....gambar dr luarpun lupa nak ambil..rugi tul....


Tempat shopping di Bogor tak sebanyak dan sebesar di Bandung. Masa pusing2 tu tengok ada beberapa FO..factory outlet tp tak berhentipun sbb tak plan nak beli apa2 di FO. Cuma minta supir bawa kami ke pasar yg jual kain baju.....jadi Supir bawa ke Pasar PGB....Pasar Grosir Bogor.
Pasar PGB kecil sahaja..2-3 tkt. Pakaian di lantai satu. Byk juga blouse-blouse yg pelbagai corak macam dlm gambar kat atas tu. Blouse di sini boleh tahan juga cantik2..bersulam. Harganya agak murah dlm RP80,000-Rp150,000..RM25-40 sehelai. Yg tulis obral tu harga istimewa,tak boleh tawar lagi...blouse2 biasa yg nak dihabiskan stok. Rambang mata betul bila tengok blouse-blouse kat sini.....
Selepas pasar PGB kami singgah ke BSM..Bogor SuperMall. BSM ni shopping centre ...ada byk tingkat juga yg menjual macam2...pakaianpun byk dijual di sini tp tak semurah spt di pasar PGB.
Tempat2 shopping lain ada lagi di Bogor tp tak pergi...kakipun dah lenguh byk jln2...rupiah dlm beg pun dah susut.....



Dalam perjalanan balik sepanjang jalan lihat ramai penjaja menjual ubi keladi dan sengkuang...nampak segar dan elok ubi yg dijual. Masa melalui depan pasar utama yg menjual brg2 basah dll...tengok ada org jual buah avocado tepi jln ingat nak beli tp tak boleh berhenti tepi jln sbb pak polisi pula ada dok jaga kat situ.
Selain itu sempat tengok juga orang ramai sdg mengadakan tunjuk perasaan dgn memegang sepanduk anti Israel dkt sebuah tugu di tepi jln sambil mengedarkan risalah.


Sepetang di Gedung Tas(beg) dan Rumah Sepatu Tajur, Bogor

Gedung Tas...Tas Tajur dan Sepatu Tajur ni agak terkenal di Bogor sbg tempat jualan beg dan kasut. Laluan ke Tajur perlu melalui kws pekan yg sempit di mana sepjg jln byk kedai2 yg menjual beg2 tangan.
Mula-mula masuk gedung tas..tengok org punyalah ramai dgn byk beg berlambak atas lantai....ingatkan beg yg atas lantai tu tawaran murah rupa2nya tidak. Tapi beg2 yg dipilih pelanggan dan tak letak balik atas rak....staf kat situ tak sempat nak kemas. Beg yg dijual ada macam2 design tp bukan beg kulit. Masa mamanya masih sibuk dok belek2 beg...hero2 berempat dah siap angkut beg sorang satu.....beg nak bawa ke sek kata mereka....
Rumah Sepatu di hadapan gedung tas tak sempat masuk sbb masa keluar dr gudang tas dah tutuppun rumah sepatu...tutup pukul 6 ptg.




Depan Tajur terdapat restoren dan pelbagai permainan outdoor spt bola air, go kart dll. Byk permainan yg menarik tp kwsnya tak begitu terjaga sgt...byk sampah dan air kolampun nampak keruh....tapi ramai pula org berkunjung ke sini.
Anak2 nak main juga permainan kat situ termasuk bola air..dimana org masuk dlm bola besar dan bergolek2 dlm air di kolam tp tiket kaunter dah tutup memandang hari dah lewat ptg.




Citer ttg gambar di atas..
1.Bulat besar tu bola air....budak kecik..budak besar..dewasa semua boleh masuk.Sapa berani bergolek dlm bola tu....
2.Abg Syakim posing sorang.Yg pegang Syazrin baju kotak2 tu pemilik mobil yg kami sewa,anak bongsu Ummi tempat kami menginap di Sentul.
3.Air kolam yg agak keruh....kat atas tu ada org tgh main flying fox..
4.Budak-budak kecik tgh beratur nak cuba flying fox...ada yg dlm umur 4-5 thn, berani betul mereka..
5.Lagi view dpn Tajur.. tengok ramai tul org...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net