Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Mar-2009 00:05 Email | Share | Bookmark
Mee Rebus Penang & Tamat Kisah Cuti2 Indonesia

 
 
 
 
Sebelum ini dah masak Mee Rebus Udang, kali ni ubah selera sikit cuba resepi Mee Rebus Penang.
Kebetulan ptg sebelumnya buat cucur udang utk minum ptg....ada lebihan cucur hidang dgn mee rebus yg dimasak utk sarapan esok paginya hari cuti hujung minggu.Mee rebus ni dah masak 2-3 minggu lepas,baru entry ni sempat update..
Kuahnya dibuat agak pekat.....kalau nak makan ramai boleh ditambah lagi air dlm kuahnya....



Quote:

Mee Rebus Penang..
Sumber; Sajian Di Perantauan (vol2)

Bahan- celur
600 gm mee kuning
300 gm taugeh
1 pokok sawi-tak letak

Bahan-bahan utk kuah
450gm daging hiris tipis- guna 300 gm saja
8-10 ekor udang basah saiz sederhana
3 ekor ketam @ 5 btg isi ketam-guna isi ketam
2 ketul ubi keledek saiz kecil-rebus hingga empuk dan kisar dgn air
*10 tangkai cili kering (tumbuk)-guna 3 sb cili kering dah blender
*3 biji buah keras -ditumbuk
*6 biji bawang merah -tumbuk
*3 ulas bawang putih - ditumbuk
*2 sb ketumbar biji-goreng tanpa minyak dan kisar
1/2 cawan kacang tanah-goreng dan tumbuk kasar-letak 3/4 cwn
garam , minyak

bahan utk tabur
4 biji telur rebus-belah
4 keping tahu-goreng dan potong dadu
5 ekor sotong basah(gaul garam kunyit ,goreng &potong)-ganti isi ketam
4 biji cili merah
4 keping cucur udang
5 biji limau kasturi
daun bawang,daun sup,bawang goreng

Cara
1.Daging rebus dlm air yg byk hingga empuk.letakkan garam dan simpan air
2.Rebus udang dan ketam/isi ketam dgn kulit2nya.selepas itu belnder dan kisar semuanya hingga hancur.tapis dan simpan airnya.
3.Panaskan minyak,tumis bahan2 tumbuk * hingga naik baunya.
4.Masukkan hirisan daging,air rebusan daging dan udang,keledek dan kacang tanah.letak garam. tambah air ikut kepekatan yg diinginkan.Biar kuah mendidih perlahan2.
5.Hidang-taruhkan sawi,taugeh atas mee dan letakkan dgn bahan tabur.

*keledek digunakan utk memaniskan kuah.Jika digantikan dgn kentang rasanya tidak sama.



Quote:
Award dari K.Zai@Dapur Impian, tima kacih byk2 K.Zai.....





Award ni nak kongsi dgn kawan2 semua.....gantung kat rumah masing2...


Tamat Kisah Cuti-cuti Indonesia - 25 Dec 2008-1 Jan 2009

Tamat sudah kisah cuti-cuti di Indonesia selama seminggu,lama juga kami sekeluarga bercuti hingga melangkau tahun....pergi thn 2008 balik 2009... Mlm sebelum bertolak tidur agak lewat sbb anak2 nak tengok bunga api semperna thn baru...bukan keluar kemana2pun tp tengok dari laman rumah Ummi saja. Dari rumah Ummi di Sentul mmg dpt lihat dgn jelas bunga api yg dipasang oleh penduduk sekitar...byk pula tu.
Pukul 3 pagi bangun dah siapkan anak-anak. Pukul 4 pagi kami dah bertolak ke airport.Perjalanan lancar sbb awal pagi......sampai di airport jam 5 pg kaunter check-in baru saja di buka....suasana di airport masa tu lengang. Tiada masalah semasa check-in...semua berjln lancar.



Tepat jam 6.55 pg pesawat bertolak ke KLIA. Dalam pesawat MAS kami dihidangkan sarapan pilihan roti boom dgn kuah dal atau roti bakar dgn jem. Semua pilih roti boom..... bolehlah tahan ok rasanya.Sampai di airport....lega rasanya sbb percutian telah selesai dgn selamatnya. Syafiq anak yg ke 3 cakap...bestlah jln2 naik flight...tq abah bagi kami naik flight...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net