Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Mar-2009 22:34 Email | Share | Bookmark
Cuti di Kuala Lumpur Dec 2008

 
 
 
 
Sebelum jalan-jalan ke Indonesia kami bercuti ke KL dulu....sekejap saja sehari semalam. Percutian ini tak dirancang...kebetulan BIL di Perak mengajak kami sama2 ke KL bermalam....terus saja setuju sbb hero2 mama mmg rapat dgn sepupu mereka, anak2 BIL....bolehlah mereka jumpa sbb masa balik Trg hari tu tak puas mereka main sama-sama.



Bertolak dr Trg belah pagi tp taklah awal sgt. Sampai di KL dah senja....jadi terus ke KLCC tempat dimana kami janji akan berjumpa di foodcourt KLCC. BIL sekeluarga dahpun ada di situ ..... SIL dari Gombak sekeluargapun ada...meriah 3 famili berkumpul sambil makan malam.Anak2 lagi seronok berjumpa sepupu2 mereka.
Lepas makan SIL sekeluarga terus balik Gombak. Famili kami dan BIL pusing kejap aja dlm KLCC sbb badanpun dah penat seharian dlm perjalanan. Then kami sama-sama ke hotel penginapan, PNB Darby Park apt yg terletak tak jauh dr KLCC.....hotel di mana BIL dah tempah awal....tq ajak kami sefamili menginap bersama di sini.... Selesa apt ni....2 bilik besar,ruang tamu dan dining area yg luas, dapur dan 3 toilet.



Selepas sarapan anak-anak tak sabar nak terjun kolam....mama pula tak bawa baju swimming mereka..... Tapi swimming tetap jadi,mana boleh tahan tengok sepupu2 nak berendam. Jadi mereka pakai seluar pendek dan tak berbaju.....seksi sikit hero2 berempat.....
Turut sama swimming anak2 SIL dari Gombak.....SIL dtg dgn 4 org anaknya belah pagi itu. Riuh-rendah bila hero2 dgn sepupu-sepupu mandi-manda sama-sama ...12 org semuanya.

Aquaria KLCC

Selepas swimming....kamipun bersiap2 utk check out hotel. Masa ni SIL dari Shah Alam sefamili pula sampai. Perancangan kami seterusnya ke Aquaria KLCC.....



Tiga famili ke Aquaria KLCC termasuk SIL dari S.Alam....SIL yg dok Gombak tak ikut sama sbb ada hal. Ni pertama kali bawa anak2 ke situ. Ramai juga org beratur nak masuk Aquaria maklumlah cuti sekolah.

Sementara beratur minta Syazrin posing dpn banner finding Nemo...dah klik 3-4 kali dtglah staf Aquaria yg bawa kamera cakap tak boleh ambil gambar kat banner tu sbb kat situ hanya boleh bergambar dgn kamera mereka, kena bayar kat mereka..
Cakap kat staff oklah kalau gitu. Tak adalah nak bayar....lagipun dah siap ambil gambar Syazrin...tp abg2 tak sempat posing kat situ. Sebenarnya tak perasanpun apa2 notis yg ditulis tak boleh ambil gambar kat situ....

Anak2 mmg seronok dpt tengok macam2 ikan kat situ ...apatah lagi dpt jln dgn sepupu-sepupu...



Keluar Aquaria kami masuk kejap tempat pameran barangan China di dewan berdekatan....sekadar cuci mata. Selepas tu masing2 dah nak bertolak balik. Kami sekeluarga pula menuju Putrajaya....berkunjung rumah sepupu husben yg dah beberapa thn tak jumpa.
Tamatlah kisah cuti thn 2008.......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net