Want your
own Fotopage?




























 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Mar-2009 09:29 Email | Share | Bookmark
Masak Nasi Kerabu Dan Kisah Kembar 8

 
 
 
 
Salam Maulidur Rasul buat semua....

Oleh kerana hari ni cuti umum dan tak kemana-mana dok rumah aja, utk lunch masak special sikit... nasi kerabu dgn setnya.. Dah 2-3 minggu dok rancang nak buat nasi kerabu baru jadi masak hari ni....kebetulan semalam masa ke pasar ada org jual ikan selayang segar dan cili hijau...terus beli....terbayang sedapnya buat ikan celup tepung dgn solok makan dgn nasi kerabu. Ini kira menu ulangan sbb sebelum ni dah ada entry nasi kerabu juga. Harap tak ada yg jemu jamu mata...

Nasi kerabu



Set nasi kerabu ni dihidangkan dgn ikan celup tpg, solok lada, telur asin,keropok,selain bahan utama sambal kelapa,sambal tumis budu dan ulam-ulaman.
Sambal tumis kali ni letak budu sbb stok budu masa balik kg hari tu masih ada....di sini tak ada jual budu. Manakala sambal tumis dibuat merah sikit..letak lebih cili kering. Utk resepi sambal tumis dan sambal kelapa boleh klik sini. Resepi solok lada pula boleh klik sini .
Utk nasi kerabu biru letak pewarna sbb tak ada bunga telang. Masak 2 1/2 cwn beras, 1st pewarna biru dan letak daun pandan utk bagi wangi sikit...masak spt biasa.

Quote:



Ikan Celup Tepung..
Sumber; FP K.Liza,tq k.Liza..
Bahan batter gorengan
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]- letak lebih 1/2 cwn sbb adunan nampak pekat
ikan ..[bersihkan saperti biasa]-guna ikan selayang
minyak yg banyak

Cara
1. Panaskan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
**kalau di Trg terutama tepi pantai terkenal org jual ikan celup tepung makan gitu saja cicah dgn sos..sedap....


Selingan sikit kisah ibu lahir kembar 8...
.

Tempoh hari ada tertengok dlm berita tv kisah ibu lahirkan bayi 8 tp masa tengok tu dah hujung citer...tak dpt tahu kisah sebenar camna dpt kembar 8. Tup..tup ada keluar dalam suratkhabar....rupa2nya hasil teknik penyuburan.
Kisah bayi kembar selalu juga tengok di channel DH&H .... kisah Jon and Kate Plus 8. Pasangan ni ada anak kembar 2 girls (7-8 thn) dan kemudian kembar 6 (3 psg, umur 3-4 thn)... suka tengok gelagat anak2 kembarnya dan cara Jon dan Kate melayan anak-anaknya...padat aktiviti harian mereka melayan anak-anak....

Sumber foto; lightchild.files
Quote:

Ni kisah Gempar Kembar Lapan….


Sumber; Harian Metro

NADYA Suleman menjadi ibu tunggal paling terkenal di dunia selepas melahirkan lapan bayi kembar beberapa minggu lalu, sekali gus menjadikan jumlah anaknya kepada 14.
Tetapi, dengan melihat kepada Nadya, tidak akan ada orang yang menyangka dia berada di tengah kontroversi seluruh dunia atau dapat membayangkan bagaimana dia akan membesarkan sebegitu ramai anak.
Nadya, 33, yang mempunyai enam anak lain di bawah usia lapan tahun, memeranjatkan dunia dengan sikap tenangnya. Bekas jururawat psikiatrik itu tersenyum sambil berkata: “Saya mempunyai rancangan — setiap hari saya akan lebih bersedia. Saya tidak fikir orang ramai yang memarahi dan menyelar saya akan membantu saya menguruskan 14 anak. Saya tidak akan membiarkan diri saya tenggelam dengan kecaman itu demi kehidupan anak saya. Menjadi anak tunggal mendorong Nadya yang berasal dari Los Angeles untuk memiliki begitu ramai anak.
Katanya : “Sudah menjadi impian saya sejak sekian lama untuk mempunyai ramai anak, keluarga besar. Saya teramat rindu untuk mempunyai hubungan dan kaitan dengan orang lain, sesuatu yang tidak pernah saya peroleh ketika membesar.”
Hakikat bahawa bayi kembar lapannya diperoleh menerusi teknik penyuburan menyebabkan banyak tanggapan berbeza mengenai wanita itu. Kemudian, apabila media mendedahkan bahawa anaknya yang lain juga diperoleh menerusi teknik penyuburan, bermulalah satu perbahasan hangat mengenai tindakan wanita itu.
Nadya dan doktor yang membantu proses kehamilan cara itu diselar hebat.
Namun, sambil membelai kepala anaknya, Nadya tidak sedikitpun menunjukkan rasa kesal atau kecewa, jauh sekali tertekan.
“Ini Noah. Dia semakin sihat,” kata wanita itu perlahan.
“Ini pula Jonah. Dia mencetuskan masalah. Jeremiah pula menjalani rawatan sakit kuning....” Lapan bayi ajaib itu dilahirkan pada 26 Januari lalu. Pasukan perubatan seramai 46 orang di Hospital Kaiser Permanente mulanya menyangka hanya ada tujuh. Tetapi, tiba-tiba muncul bayi yang kelapan. Ia mungkin terlindung oleh adik-beradiknya yang lain ketika ujian pengimbasan.
Bayi itu pada mulanya dilabelkan ‘A’ hingga ‘H’ sebelum dinamakan Noah, 12.1 kilogram, Maliah, 1.24, Isaiah, 1.47, Nariah, 1.13. McCai 680 gram, Josiah, 1.24 kilogram, Jeremiah, 595 gram dan Jonah 1.21 kilogram.
Seorang demi seorang bayi itu akan dibawa pulang dalam masa beberapa bulan lagi ke rumah Nadya yang dikongsi bersama ibubapanya.
Keinginan Nadya untuk memperoleh anak bermula sejak dia berkahwin dengan Marcos Gutierres. Pasangan itu sudah bercerai. Nadya tertekan selepas mengetahui dia tidak mampu mengandung secara semula jadi.
“Saya berdepan dengan banyak masalah. Satu-satunya pilihan yang ada ialah menerusi teknik penyuburan,” kata Nadya.
Dia menjalani proses pengeluaran benih sementara seorang teman lelaki bersetuju mendermakan sperma dan embrio pertama berjaya dimasukkan pada 2001.
“Kemudian, apabila dilahirkan dan anak saya semakin membesar, saya sedar dia perlukan adik. Saya lahirkan tiga lagi selepas itu sebelum melahirkan bayi kembar dua pada 2006,” katanya.
Nadya menggunakan wang bantuan untuk orang kurang upaya bagi membiayai rawatannya.“Saya juga bekerja dua syif sehari. Saya berjimat. Selepas yang keenam, terlintas di hati saya untuk memiliki lebih ramai lagi anak.”

Kerana tidak mahu membazirkan baki enam embrio, Nadya meminta doktornya menanam semua embrio itu pada dirinya. Dia tidak sangka semuanya akan hidup dan dua daripadanya akan membentuk dua lagi pasangan kembar.
“Orang ramai mungkin tidak menyedari mengenai hal ini. Nisbahnya amat rendah untuk satu embrio menjadi bayi. Yang paling banyak yang saya jangka hanyalah kembar dua,” kata wanita itu.
Hanya sebulan selepas proses penanaman embrio itu, perut Nadia sudah membesar luar biasa. “Saya menjalani ujian pengimbasan dan pada mulanya mereka hanya melihat lima. Saya begitu gembira dan terharu,” katanya.
Malah, ketika doktor menerangkan bahaya dan ancaman kesihatan yang dihadapinya dan juga kandungannya, Nadya masih tidak bimbang atau takut.
Tetapi dia mengaku, ketika tarikh melahirkan kandungannya semakin hampir, dia berasa bersalah, bimbang dan kecewa terhadap dirinya.
Bagaimanapun, proses melahirkan itu berjalan lancar.
“Ia sungguh menakjubkan. Semuanya berjalan lancar, tenang dan tersusun. Tetapi tiba-tiba berlaku hiruk-pikuk. Orang ramai marah dan mengutuk saya. Ketika itu saya mula menangis. Saya begitu terkejut.”
Walaupun Nadya bertegas menyatakan dia gembira untuk menukar 250 lampin seminggu dan menyuapkan makanan 320 kali kepada anaknya, ramai pakar sangsi keupayaannya. “Sepanjang 30 tahun saya tidak pernah memberi rawatan penyuburan kepada wanita yang sudah mempunyai enam anak. Saya juga tidak pernah mendengar ada doktor lain yang melakukannya,” kata pakar sakit puan, Dr David Adamson.
Pakar sakit jiwa, Jenn Berman pula berkata: “Mustahil bagi satu orang untuk memenuhi kehendak semua 14 anaknya.”
Ibu Nadya begitu marah dan berkata dia sungguh kecewa dengan tindakan anaknya.
Pelakon, Naomi Watts berkata, dia tidak tahu bagaimana Nadya akan membesarkan anaknya.
‘Keluarga yang mempunyai dua anak juga sudah boleh dianggap ramai,” kata pelakon itu.Namun, Nadya Suleman tidak bersetuju.

Cam na Nadya nak melayan kesemua bayinya yg lapan org ni...belum campur anak2 yg lain,mampu ke dia...kalau bayi-bayinya nangis...yg mana satu nak dukung dulu...pujuk dulu...

***Citer pasal kelahiran baby ni...nak ucapkan tahniah buat kawan Fp...Madiha@Ratna yg baru dpt baby girl 5 Mac lalu...tahniah.... ***

wah ada infomasi terkini berita hangat kembar 8 ni. Mon 9-Mar-2009 11:45
Posted by:unnamed  - [Link]
sedapnyaaaaaaaaa.......
bilalah nak merasa nasik kerabu..nak buat sdiri rasanya tak mungkin..adehh
Mon 9-Mar-2009 12:11
Posted by:zaiy  - [Link]
ALAMAK...kecur air liur gue yg tgh pose.kak..kaler biru tu kan,akak mix blue+black,nanti hasilnya mcm kaler bunga naisk kerabu tu...beshnya solod lada tu..adei.. Mon 9-Mar-2009 12:42
Posted by:ctnik
Salam kak...
Wah sedapnya menu hari ni...
Dah lama liyana tak mkn nasi kerabu...teringin lah pulok...
Syoknya klu dpt anak kembarkan...
Mon 9-Mar-2009 13:59
Posted by:Liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
akum... hai kak ziela... aduh sodap ya nasik kerabu tuuuuuuuuu

hehehe kembar 8 kalau kat malaysia nie mcm mana la tu yeaa.. dengan harga barang yg maki naikkkkkk...
kena minta subsidi ngan k'jaan nie
Mon 9-Mar-2009 15:32
Posted by:rinzura  - [Link]
->nasi kerabu mmg pavorite saya nih, maklum lah org pantai timur kan...
-> respect sgt bila bc kisah bayi kembar nih...penah juga ada impian nk anak kembar....
Mon 9-Mar-2009 16:23
Posted by:aida aida@kolejshahputra.edu.my  - [Link]
salam perkenalan dr tasmania aussie, yumna link fp akak kat my fp yer http://yumnayusouf.fotopages.com
Tue 10-Mar-2009 00:22
Posted by: yumna yumna_musliha@yahoo.com.au
i mmg suka beli nasi kerabu..ltk daun tu byk2...bestttt!!!
>>ambil proses penyuburan ni mahal...tabik pada org yg ramai anak, tp penuh sabar melayan...
>>masa memula keluar cerita nadiya suleman kat TV3, dorg ada sebut, dia ni asal m'sia...tatau betul ke x...
Tue 10-Mar-2009 01:34
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
Salam,
Photo scrap with me for your lovely family... come visit http://photoscrap2u.blogspot.com ... u might love it!
Tue 10-Mar-2009 01:52
Posted by:ladyinspired ladyinspired@gmail.com  - [Link]
salam mamasya..lama tak jenjalan sini..sedap nasik kerabu tu Tue 10-Mar-2009 03:52
Posted by:zuhri
salam mamasya sedap nampak nasi kerabu set tu...
tak leh nak byg camne ade bayi 14 org...
mai amik gift ya kat blog kite...
Tue 10-Mar-2009 05:57
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
wah ziela masak special hari tu ye...sedap sgh nmpk set nasi kerabu tu...selalu beli je...kalau nk buat tu x taulah bila...siap ada ikan celup tepung lagi...
***citer ttg anak kembar ni...mmg kena byk kesabaran nya...akak sendiri pun dah mengalaminya,..anak kembar yg skrg dah meningkat remaja..tp cuma 2 org je...itu pun xtau nk cakap..byk kesabaran nk membesarnya..tp rasa bersyukur pd yg maha esa atas kurniannya tu....
Tue 10-Mar-2009 05:59
Posted by:k.zai  - [Link]
salam mama..ahad lepas baru jer saya mkn nasi kerabu tau..tp beli jer arr..saya mmg suke giler ngan nasi kerabu tp nak menyediakan tu leceh arr skit..mmg menguji kesabaran.. saya suke meratah solok lada tu..mmg sodap!! Tue 10-Mar-2009 06:58
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
salam mamasya...yummm nasi kerabu...buat saya teringat kat kg je...

takleh nak bayang macamana nak besarkan anak kembar 8 tu ye...saya anak 4 org pun dah rasa penat giler...
Tue 10-Mar-2009 07:51
Posted by:suzi  - [Link]
Sedapnya! Ikan selayang fresh buat celup tepung mkn petang2 pun best kan? Bestnya if dapat anak kembar, coz tgk my brothers yg twins membesar seronok! But my dad & my mom pernah ckp, jgn mintak dpt kembar...sebab mmg susah nak jaga..tu baru kembar 2..kalau 8, hohoho...pengsan! Tue 10-Mar-2009 09:21
Posted by:IreneYaya  - [Link]
salam...mama tak sabar rasanya nak mkn nasi kerabu (lagi 2 bulan nak balik msia nih)...seronok juga tgk kembar 8 ni, memang kagum dgn ibunya, begitulah kasihnya ibu...berkorban apa saja... Tue 10-Mar-2009 09:50
Posted by:Hajar  - [Link]
wuish birunya nasi kerabu mamasya. akak suka gak nasi kerabu, tapi akak suka nasi tu dgn sayur nya yg byk dan sambal...terlior le plak, sok pagi nak gi beli lah Tue 10-Mar-2009 14:18
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
Salam mama...sedapnye tengok set nasi kerabu tu...kmalpun selalu gak tgk kate 8 plus tu...baru 2 hari lepas tgk gelagat kembanr 8 ni kat Astro..hai...tak tahu le mcmana depa jaga kembar2 tu. Tue 10-Mar-2009 14:22
Posted by:Kak Amal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
salam maulidur rasul zila, baru aje dpt news dari ryn, masuk sini dah ade kembar 8 .. zila nak kembar brapa kalo manyak kakmOn nak mintak satu, buat mainan leynah Tue 10-Mar-2009 15:32
Posted by:kakmOn  - [Link]
salam mama...sedapnyaaaaa....mmg tak tahan la tgknya..sedap sungguh... Tue 10-Mar-2009 16:21
Posted by:nor  - [Link]
>> favourite juga nasi kerabu ni...
>> bukan selalu dpt peluang tu...
Tue 10-Mar-2009 17:38
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam mamasya..
sedapnyerr tgk set nasi kerabu tuuu
lama dah x wat...kitorang mmg hantu nasi kerabu...
ikshh nampak ulam ma masyuk betoi siap der solok n kacang botor lg tuh! waduh2...
Tue 10-Mar-2009 21:25
Posted by:shima27  - [Link]
salam....
kakliza suka makan nasi kerabu..
pernah buat tapi anak2 kurang suka..so tak meriah...
le ni kalau nak makan..kkliza just beli kat Pasar Minggu..
sedap..dan murah..
senang citer....

pasal anak kembar 8 tu..
kakliza boleh bayangkan dia akan sibuk tahap gaban melayani anak2..
dari segi belanja..biar dia yg fikir la..malas kkliza nak fikirkan..
Wed 11-Mar-2009 01:15
Posted by:kakliza  - [Link]
SEDAPNYER NASI KERABU MAMASYA TUHH...AZUE BARU JERK BALIK DARI JERTIH HAA....TP ARITUH MAKAN NASI KERABU AYAM BAKAR...SAMBAL DIER X TUMIS...X SEDAP..HUHUHUHU... Wed 11-Mar-2009 01:30
Posted by:AZUE  - [Link]
sedapnya nasi kerabu tu...feberet ana ni
re: thanks zila diatas birthday wish kat ana tu...dan juga doa tu..amin..amin...
MIL ana still admitted lg..diabetes still not well controlled...
Wed 11-Mar-2009 03:33
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
salam mamasya,

cantik nya nasi kerabu tu...warna biru...biru mata hitam ku tengok nasi kerabu tu...
nampak sedap nasi kerabu tu...hulur sepinggan kat sini mamasya.

kembar 8....waduh tak tau bagaimana penat nya dia menjaga dan mendidik anak
kembar tu....
Wed 11-Mar-2009 11:28
Posted by:nur  - [Link]
amboi amboi amboiiii.....nasi kerabu biru sampai kat brunai dahhhhhh. Sedapnya ziela cukup lengkap gitu. special nasi kerabu tuuu. cuma 1 lagi tak cukup........daging bakar. hi hi hi hi saje nak menyakat ziela.
hish kalu akak dapat kembar 8 entahlah....tapi Allah tu maha adil setiap yang diciptakan pasti ade kelebihannya. Kita tak boleh meramal masa depan. semuanya ketentuan dari Allah. Moga kita diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin
Wed 11-Mar-2009 12:10
Posted by:kak jie jie  - [Link]
ketinggalan linda dgn n3 mamasya ttg jalan ke Indon..bestnya..tingin nak pi..tapi tak tersampai lagi... Wed 11-Mar-2009 12:34
Posted by:kaoricake linda@kaoricake.com.my
wah, terliurnya tgk nasi kerabu ni........
sya selalu beli je sbb remeh rasanya nk membuatnya...heheh...
lg pn sya sorang je yg suka...hubby ngan anak mmg x gemar......
seronok tgk kembar 8 tu...sekali beranak je pn dh cukup kalo kembar 8........
Wed 11-Mar-2009 13:25
Posted by:baayah  - [Link]
sodap eh nasi kerabu..
lamo doh x makE..
besar sgt perut si nadya tu ms preggy kmbr 8..
Thu 12-Mar-2009 17:36
Posted by:srsfeqah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.