Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Mar-2009 23:44 Email | Share | Bookmark
Daging Masak Merah,Kek Coklat & Hari Terbuka RTB

 
 
 
 
Daging masak merah ni favorit Mr husben.....selalu juga masak di rumah buat mkn sekeluarga. Senang dan mudah bahan-bahannya......


Quote:

Daging Masak Merah
Sumber; Dyna Myresepi
Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
* 1 bijik bawang besar dimayang
* 1 bijik cili capsicum hijau-letak cili merah
* 1 cm halia
* 2 ulas bawang putih
* 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.- boleh lebih2 kan ikut citarasa
* garam secukup rasa
* letak kacang buncis,daun bawang n daun sup-.letak jagung muda

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram.kalau kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka - tambah sikit serbuk lada hitam
4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
5. Masukkan cili capsicum hijau tadi, kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA




Dah lama betul tak baking kek..... rehat pjg oven kat rumah..... Masa belek2 majalah lama minggu lepas jumpa resepi kek coklat yg simple bahan2nya..tak guna susu tapi air. Kek tak berapa cun sikit jadinya kali ni...mungkin oven dah merajuk kut......
Kekpun tak make-up lawa2..sekadar curah coklat topping sbb malas nak hias lebih2. Anak-anak janji kek coklat mmg mereka suka tak kira make-up cam na pun....

Quote:
Kek Fudge Coklat
Sumber ; Majalah Keluarga September 2004

Bahan
175 gm mentega
250 gm gula kastor
3 biji telur
350 ml air
*280 gm tepung gandum -ayakkan
*80 gm serbuk coklat -ayakkan
*1 st serbuk penaik -ayakkan
*0.05 gm soda bikarbonat -letak secubit
0.05 gm garam-letak secubit

Cara:
1. Pukul gula dan mentega perlahan2 sehingga kembang .
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.Masukkan garam dlm air supaya larut.
3. Campurkan * dlm dan satu mangkuk dan masukkan kedalam adunan di atas perlahan2.
4.Pukul hingga sebati.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 45 minit.

**cara buat kek di atas dah edit ikut kaedah Kek Coklat Fudge yg pernah dibuat sebelum ni.. sbb ada typing error cara2 dlm majalah tu.


Hari Terbuka RTB (Radio Televisyen Brunei)

Kami sekeluarga ke hari terbuka RTB pada week end beberapa minggu lepas di Pusat Persidangan A.bangsa. Sempat tengok artis-artis tempatan sini tgh rehearsal dlm dewan untuk Malam Anugerah RTB 2008.....tp tak tengok lama sbb anak2 ajak jln2 di bahagian luar dewan.




Di bahagian luar ada gerai-gerai pameran dan jualan...tak byk gambar yg diambil. Hanya ambil gambar gerai kain. Entah apa yg ditengok oleh Syazrin.leka betul..ada kain yg berkenan kut...
Quote:

Ini tag Buat Teman dari Aishah yg berada jauh di Jepun...tk byk2 sudi kongsi tag ni...



tag ni nak kongsi juga dgn teman2 yg lain...sila bawa balik gantung kat rumah masing2...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net