Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Mar-2009 22:31 Email | Share | Bookmark
Roti John,Udang Masam Manis & Persembahan Tadika Syafiq

 
 
 
 
Roti John

Roti John ni buat beberapa hari lepas utk minum ptg.Dah plan sehari sebelumnya nak buat, jadi siap beli awal-awal roti. Anak2 mmg suka makan roti john...kalau pergi pasar mlm atau gerai dekat rumah roti John yg mereka suka beli....tak kiralah saiz baby John ke..papa John ke...janji roti John...
Bila buat roti john sendiri ni boleh letak apa yg kita suka....letak sayur2an lagi sedap dimkn. Untuk anak2 tak letak sayur sbb mereka tak suka sayur. Sorok cam na pun sayur dlm makanan...kalau nampak akan dibuangnya.Tak tahulah bagaimana nak bagi mereka suka sayur.....


Quote:

Roti John

bahan;
Roti hot dog secukupnya/roti burgerpun boleh-belah tgh
3 keping daging burger dicincang/daging cincang
2 btg sosej-potong tipis
1/3 labu bawang besar
5 biji telur
1 btg daun bawang-potong pendek
serbuk lada hitam,garam, minyak
sos tomato/cili , mayonis
Jika suka boleh letak salad,timun dan buah tomato

Cara
1.Tumis bawang besar, bila bawang layu masukkan daging. Goreng sampai separuh masak, masukkan sosej.
2. Masukkan lada hitam (anggaran 1/2 st) dan garam secukup rasa.Goreng lagi sampai masak.
3.Pukul telur, campur dgn sikit garam,1/3 lada hitam dan daun bawang...campur semuanya.
4. Masukkan daging dlm campuran telur tadi, kacau.
5.Panaskan kuali, letak sikit minyak. curahkan adunan daging dgn telur memanjang ikut bentuk roti. biarkan sekejap...baru letak roti yg bah bawah.
6.Goreng telur sampai masak. angkat roti yg dah bersalut telur...
7. Jika suka letakkan sayur2 . Paipkan sos tomato/cili dan mayonis


Udang Masam Manis

Selain udang masak lemak.... udang masam manis juga jadi kegemaran. Selalu masak di rumah tapi kali ni baru nak posing kat Fp..


Quote:

Udang Masam Manis

BahanĀ²
1/2 kg udang - bersih dan gaul dgn sikit garam&serbuk kunyit
1/2 " halia-tumbuk
1/2 labu bawang besar-potong
4 ulas b.putih-tumbuk
1/2 mangkuk sos cili dan tomato
1 sb sos tiram
1 sb cili boh/cili kering blender
minyak,garam ,gula
2 biji tomato dibelah 4 , 2 biji cili merah potong serong tipis

Cara membuatnya
1. Goreng udang hingga separuh masak, ketepikan
2.Panaskan minyak, tumis bahan yg tumbuk halus dan cili boh/kering
3. Masukkan bawang besar, gula,sos cili dan tomato,sos tiram serta garam
4. Masukkan udang yg digoreng kedalam kuali sos ini, kacau rata.
5. Masukkan tomato dan cili merah. Kacau dan sedia utk dihidangkan.


Persembahan Tadika Syafiq (Kelas Kg1 2008)

Persembahan Syafiq di tadika ni sebenarnya gambar Nov thn lepas semperna hari ulangtahun ke 10 penubuhan Tadika di sekolahnya, Sek Yayasan Sultan Haji Hassanol Bolkiah. Setiap kelas tadika mengadakan persembahan...kebykkannya tarian dgn pelbagai lagu termasuk kelas Syafiq .
Syafiq bersama kawan2nya mempersembahkan tarian secara berpasangan lagu Ku Pakai Kaca Mata...lagu 60 an kalau tak silap...tu yg siap pakai spek hitam....
Masa hari persembahan Syafiq,badan tak begitu sihat...jadi cakap kat Syafiq mama tak boleh pergi tengok Syafiq menari, abahpun kerja. Syafiq cakap"habis sapa nak ambil gambar Syafiq nanti ...tak ada org nak tengok Syafiq nari"...aduhai sian pulak bila dia cakap gitu.... Akhir pergi jugak tengok dia buat persembahan.
Terhibur tengok aksi kanak2 menari...ada yg ke kiri wpun kawan2 kekanan..ada yg tak nak menari bila naik pentas......berdiri tegak aja.... pakaian pula beraneka warna, mmg menghiburkan...



Susah sikit nak ambil gambar yg elok semasa budak2 menari..sbb mereka byk bergerak..lagi satu dok jauh. Kenalah klik byk2..pilih yg elok kemudiannya..nasib baik ada juga yg ok...boleh buat kenangan.



Masa persembahan ramai2 ni Syafiq tercari2 mama ......nasib baik masa ni dah pindah duduk dkt sikit. Jadi senang dia nampak bila mama lambai tangan kat dia...senyum Syafiq dpt tengok mama ....

**Buat teman-teman yg bercuti semperna cuti sek...selamat bercuti dan yg balik kg atau memandu ke mana2 destinasi percutian berhati-hati memandu..semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net