Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Mar-2009 22:38 Email | Share | Bookmark
Kenangan Kunjungan Keluarga Ke Brunei(Nov 2008)

Pekerja mula psg bouncer
Pekerja psg bouncer
dahpun siap psg
ibu2 tukang tengok aja
seronok dah main
Syazrin kutip belon
 
 
 
 
 
 
Kalau di M'sia sedang cuti sekolah, anak-anak di sini akan mula cuti sekolah esok (Jumaat) selama seminggu....aduhaiiiii bingitlah rumah mulai esok spj cuti ni....nak ngadap PC pun tak senang....tak boleh lama2...

Citer ttg cuti sekolah nak kongsi gambar2 kenangan percutian MIL&BIL yg bongsu dr Trg dan BIL sekeluarga dr Perak yg dtg bertandang di rumah kami pada cuti sek Nov 2008 lalu selama beberapa hari. Sepjg di sini sempatlah bawa mereka jln2 di beberapa tempat sambil aktiviti bebas di rumah.....
Selepas keluarga pulang kami juga menerima kunjungan kenalan keluarga dr Trg yg turut bercuti di Brunei rumah sahabat mereka.



Gambar masjid Omar Ali Saifuddin @ dikenali juga masjid kubah emas dan kg Air yg sempat di ambil semasa jln2 ke bandar....



Sebelah pagi hari kedua tiba....bawa keluarga ke Taman Peranginan Tasik...antara tempat jogging tumpuan ramai di sini. Cantik dan nyaman tempatnya sbb ada tasik dan terletak dlm kws menghijau.Sepupu2 yg dtg berkunjung merupakan sepupu yg sama2 bercuti di KLCC Dec lalu.



Bawa jln2 ke Pantai Jerudong utk melihat nelayan2 pulang dari menangkap ikan dan bot menangkap ikan di sini. Sambil itu lihat gerai2 berdekatan yg menjual ikan segar yg baru di bawa balik oleh nelayan. Entry ikan di Jerudong pernah disiarkan dlm entry Pasar Jerudong sebelum ni.

Ceria main bouncer bersama



Ni pulak aktiviti bebas di rumah. Sewa bouncer 3 in 1....sekali dgn gelongsur,mini pool dan bouncer selama sehari. Sewaan sebahagian kecil turut disumbangkan sama oleh anak2 dr duit poket mereka...saja nak didik anak2 agar pandai berkongsi belanja utk kegunaan bersama jgn kedekut....
Pekerja dtg pasang bouncer di halaman dpn rumah seawal jam 7.30 pg. Bila dah siap psg semua tak sabar2 nak lompat dlm bouncer .....bagi peluang mereka main sepuas2nya.Yg mak bapak tukang tengok aja,teringin juga nak join tp takut roboh pulak bouncer tu....
Tgh hari semua penat berehat....belah ptg mereka sambung lagi main sebelum pekerja bouncer dtg ambil. Semua seronok dan puas hati dpt main sepuas2nya sampai tak larat dah.....



Citer ttg bouncer , kebiasaan di sini bouncer disewa bila ada acara besday party di rumah.....nanti kanak2 yg dijemput dipesan agar bawa baju extra utk main boucer. Tapi ada juga yg saja2 sewa utk main sekeluarga.


Citer ttg gambar di atas;
1. Dah selesai cuti...nak bertolak pulang ke airport.
2.Kunjungan kenalan keluarga...K.Aziah sefamili dr Trg ke rumah..dijamu dgn minum ptg.
3.Bawa famili k.Aziah jln2 melihat pejabat kedutaan di sini
4&5.Bermain badminton bersama. tak da tiang nak gantung net....gantung kat dahan pokok dan bonet belakang kereta...... Syazrin tukang pungut bola....
6. Tok Wan bersama cucu-cucu di lobi Empire Hotel...bawa mereka jln2 ke sana.
7,8&9. Aktiviti bebas dlm rumah....

****Habislah kisah kunjungan keluarga MIL dan BIL. Minggu depan ada kunjungan keluarga juga....kali ni kedatangan mak dan abg sekeluarga .......tak sabar rasanya nak bertemu mereka...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net