Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Mar-2009 23:59 Email | Share | Bookmark
Tauhu Bakar & Ikan Bakar Tomyam Bercili

 
 
 
Sebenarnya nak upload citer lain tp photobucket mamasya tgh KO skrg, tak tahu bila ok... jadi tayang dulu menu bakar2. Kali ni menu ikan bakar dan tauhu bakar...

Ikan Bakar Tomyam Bercili

Mulanya plan nak masak ikan bakar tomyam aje utk lunch tp bila tengok kat tv rancangan makan2... pengacara mkn ikan bakar penuh dgn perapan bercili..nampak sedap pulak. Jadi masuk dapur selongkar peti ais tengok apa yg ada... Campur aduk semua bahan....jadilah ikan bakar tomyam bercili...

Quote:

Ikan Bakar Tomyam Bercili

Bahan2..
1 ekor ikan siakap/pari atau apa2 ikan yg sesuai dibakar
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bwg putih
*2 cm halia
*2 cm kunyit
*2 sb cili kering yg dah blender
*1 btg serai- potong pdk
*1/2 sk belacan
* blender semua bahan dgn sedikit air
1/2 labu bwg besar
1 biji cili merah-potong..nak pedas boleh ganti cili padi
3 helai daun limau purut-hiris tipis2
1 sb pes tomyam
1/2 biji limau nipis
1 btg serai- potong tipis2
garam,gula, minyak

Cara...
1.Tumis bahan yg diblender * sampai wangi.
2.Masukkan bawang besar, cili potong,garam,gula dan pes tomyam.Kacau
3.Bila mendidih perahkan limau nipis dan masukkan daun limau purut dan serai potong.tutup api.
4. Letakkan ikan atas daun pisang/aluminium foil . Sapukan bahan2 yg dah dimasak tu pada ikan. Balut dgn daun pisang/aluminium foil.
5.Bakar hingga masak.




Tauhu Bakar

Selain YTF...tauhu bakar juga antara makanan yg suka dibeli bila pergi pasar mlm. Tapi pasar malam di sini tak ada jual YTF dan tauhu bakar...bila terasa nak makan kena buat sendiri. Tauhu bakar nipun mudah bahan2nya.
Cuma sos tauhu bakar yg dibuat ni tergelap sikit sbb lebihkan gula apong....tp tak kisahlah gelap asalkan sedap di mkn......


Quote:
Tauhu Bakar
Sumber; My resepi; Che Iza
Bahan-bahan ( 2 org )
* 4 kpg tahu
* 100 gm taugeh
* 1/2 btg timun
* 1/2 biji sengkuang
* * 3 sb lada boh / lada giling-guna lada kering
* * 1 ulas bawang putih dititik
* * 2 sb gula merah-lebihkan ; guna gula Apong
* * 1 sb gula pasir
* * 3 sb air asam jawa
* * 2 cwn air
* sedikit garam
* 1 sb bijan digoreng tanpa minyak
* kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Cara-cara
1. Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
4. Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
5. Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
6. Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur.. .
**Tauhu yg digunakan ni tauhu putih biasa dan bakar dlm grill oven selama beberapa minit hingga nampak kuning dan hangit2 sikit...balik2kan....tak lama membakarnya.Tp tengok kat pasar mlm mereka guna tauhu dah siap goreng..bakar atas arang kejap.


Quote:
Terimakasih buat semua yg sudi bertandang ke Fp ini terutama kawan2 siber yg rajin tinggalkan komen....moga tak jemu berkunjung lagi....



***Esok mak dan abg sekeluarga akan bercuti di sini beberapa hari....seronoknya... So busylah sikit... tambahan pula anak2 pun masih cuti sekolah. Ada kesempatan akan jln2 rumah kawan2 semua****


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net