Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Mar-2009 09:14 Email | Share | Bookmark
Keluarga Cuti-cuti di Brunei - Pt 1

 
 
 
Mak dan abg sekeluarga dah selamat bertolak pulang ptg semalam.....kejap aja mereka dtg. Rasa tak puas pula bermesra dgn keluarga...sedihpun ada bila mereka bertolak pulang semlm... Betul kata kawan2...seronok masa keluarga nak dtg yg tak tahan masa mereka nak balik... sob..sob....

Antara anak2, Syafiq yg 6 thn paling terasa bila semua berangkat pulang. Dia tanya; Napa mok (anak2 panggil nenek mrk, mok ) K.Fifah (anak abg yg sulong) dan semua org nak balik...nanti tak ramailah org rumah kita. ..tak best.
Mama cakap; Semua kena pulang rumah masing2...k.Fifah dan adiknya nak kena gi sekolah ...abah & mama k.Fifah nak kena gi kerja...
Syafiq sambung lagi; Mama, kalau kita ada magic kan best....kita buat mok dan K.Fifah ada semula kat rumah kita disini....(ada-ada aja idea Syafiq ni.....)
Mama; aaaa...kan Syafiq...kalau ada magic kan best..
Syafiq cakap lagi; semua dtg lagi tak sini?
Mama; Mama tak tahu....tp bila kita balik boleh jumpa semula semua famili ....

Pjg lagi soal jawap Syafiq dan abg2nya dok tanya napa mak dan famili abg kena balik cepat.....puaslah mama dok explain pjg lebar kat mereka.
Belah ptg masa abah mereka pulang.... Syafiq dgn Syakim berlari ke tingkap nak tengok abahnya pulang. Kemudian kedua2nya cakap...betullah mok dah balik...mok tak ada dlm kereta... abah dah pergi hantar mok ke Airport. Tak tahu nak cakap apa... mereka spt tak percaya nenek mereka dah pulang..wpun sebelumnya masing2 tengok abah mereka pandu kereta hantar keluarga ke airport... sedihnya mama ....



Mak dan abg sekeluarga dtg ikut Labuan dan naik feri ke Brunei...cuma 1 jam aja naik feri. Tapi balik dr Brunei naik pesawat terus ke KL. Kalau ikut perancangan asal mereka tiba tgh hari Jumaat tp sbb tiket feri sold out....terpaksa bermlm di Labuan.Pagi sabtu baru naik feri ke sini.
Bangunan terminal Feri Serasa di Brunei ini baru siap thn lepas....selesa sikit berbanding yg lama .... dibuat dr bangunan kayu.




Sementara menanti..Syazrin posing dulu dpn gambar ikan di balai ketibaan...



Sebelah ptg baru bawa mereka jln2....tempat pertama yg dituju adalah Persiaran Damuan......tengok Istana Sultan dari tepi sungai. Sambil bawa anak2 main kat playground di situ. Lepas itu bawa ke pasar malam untuk melihat makanan2 yg terdapat di Brunei pula.
Sepjg mak dan famili abg berada di sini anak2 mmg seronok...dpt bermesra dg nenek dan sepupu2 mereka
...sambil bawa mereka jln2. Kebetulan seminggu anak2 cuti sekolah ...ni baru kami bawa mereka jln2. Ada lagi gambar2 akan di update dlm entry2 akan dtg...tak larat nak masukkan semua skrg...

Quote:
Kongsi Info napa berlaku Photobucket bandwidth exceeded
Photobucket(Pb) masih belum ok...jadi nak senang buka akuan PB yg baru. Tertanya2 jugak napa boleh jadi bandwidth exceeded sedangkan dah delete byk foto2 lama dlm akaun Pb. Dan satu lagi bila nak ok semula. Cari info ttg masalah ni, dptlah jawapannya;
A.Why do I see a 'Bandwidth Exceeded' message?
If you have a Photobucket account:

1. Log into your Photobucket account.
2. Click the account options link at the top right. The Account Options page displays.
3. Check your Monthly Bandwidth usage in the Account Dashboard. If it is exceeded, the logo replaces your images.

B.How often does my bandwidth usage reset?
Bandwidth resets each month on the anniversary of the day you originally registered.
Example: You registered on the 5th of June, and your bandwidth will reset on the 5th of each month thereafter.
You can view your original registration day, as well as your current bandwidth usage, in the Account Options page. Click the account options link then review the Member Since and Monthly Bandwidth fields in the Account Dashboard section of your Account Options page.
Utk info detail boleh rujuk di sini
Quote:
Re entry di bawah;

Ada kawan2 yg bertanya bagaimana nak bakar tauhu nak buat tauhu bakar...
Tauhu yg digunakan ni tauhu putih biasa dan bakar dlm grill oven selama beberapa minit hingga nampak kuning dan hangit2 sikit...balik2kan....tak lama membakarnya.Tp tengok kat pasar mlm mereka guna tauhu dah siap goreng..bakar atas arang kejap.

Ttg nak tengok statistik bil harian pengunjung ke Fp masing2,
Statistik harian boleh dilihat dgn double clicks pktn Statistics yg terletak sebaris dgn pktn Overview di bahagian atas Fp masing2.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net