Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Apr-2009 22:34 Email | Share | Bookmark
Keluarga Cuti-cuti di Brunei (Pt 2)-Tamu Kianggeh&Kg Air

 
 
 
 
 
Dah 2-3 hari mak balik...anak-anakpun dah tak byk tanya ttg nenek mereka...busy semula dgn aktiviti sekolah. Syafiq pula sesekali melayan video gambar2 masa lawatan keluarga.....suka dia tengok.
Sambung balik citer Keluarga Cuti-cuti di Brunei, kali ni aktiviti belah siang hari kedua iaitu ke Tamu Kianggeh, Kg Air dan Masjid Omar Ali serta pusing-pusing bandar.

Tamu Kianggeh

Tamu Kianggeh terletak di tebing sungai dlm bandar Seri Begawan yg dibuka awal pagi hingga tgh hari setiap hari..paling ramai hujung minggu. Tamu atau pasar ni merupakan pasar tempat menjual sayur2an,brg2 dapur,brg kraftangan dan makanan...macam pasar Tani. Kebykkan penjual merupakan org2 kg yg dtg berniaga di sini menjual hasil tanaman mereka.....ada yg dtg dgn bot jauh dari Temburung. Ada juga pembeli terutama yg tinggal di Kg Air dtg membeli di sini menaiki bot yg betul2 berhenti depan pasar. Byk bot yg menghantar dan mengambil penumpang dari pasar ni.
Untuk lain2 gambar dan citer Tamu Kianggeh boleh tengok di sini entry yg terdahulu.







Kampung Air

Kg Air terletak berdekatan dgn Tamu Kianggeh yg juga terletak dkt bandar. Dari tebing sungai boleh nampak rumah-rumah, sekolah dan masjid yg terdapat di Kg Air. Byk bot yg berhenti di jeti-jeti utk mengambil dan menurun penumpang di sepjg tebing sg. Walaupun seorg penumpang bot akan terus membawa penumpang ke destinasi....tak payah tunggu bot penuh....pantas dan cepat bergerak...satu lagi bot ni mmg laju. Kalau nak pusing2 dgn bot, kena bagitau pemandu bawa perlahan..kecut perut kita nanti...
Kenderaan penduduk dan org ramai yg nak pergi ke Kg Air akan diletakkan di sepjg jln di tebing sg...tak kira siang dan malam. Kalau nak sewa bot pusing2 Kg Air boleh ambil bot di jeti tepi sg ni atau dari Tamu Kianggeh.
Setiap bot penumpang ada yg diberikan nama...tengok gambar bertanda A di bawah ; Botnya diberi nama Harimau Alam dan satu lagi DarahKula....waduh nama bot bukan sebarangan...tak takut ke org nak naik bot ni....
Untuk lain2 gambar dan citer Kg Air boleh tengok di sini entry yg terdahulu.






Ketika dok ambil gambar di Kg Air nampaklah penumpang2 sedang tunggu bot dgn pakaian baju kurung dan yg lelaki baju melayu siap bersampin lengkap...rasanya mereka nak ke tempat kenduri di Kg Air. Di sini kalau ada kenduri tak kira kenduri apa org lelaki baik kanak2 atau dewasa lazimnya akan berbaju melayu siap bersampin macam hari raya, jarang jumpa yg pakai t-shirt atau kemeja.
Kemudian ternampak beberapa org tengah sibuk memunggah bekas makanan... dari van ke bot. Baru tahu begitu caranya kalau ada kenduri di Kg Air...makanan ditempah dan siap dimasukkan dlm bekas hidangan utk dimuatkan dlm bot...kalau letak dlm periuk besar tentu tak muat bot..lagipun susah nak angkut ke dlm bot dgn keadaan bot yg bergoyang2 itu. Kalau nak masak di Kg Air rasanya kws rumah di sana tak ada kws yg cukup utk memasak.


Masjid



Selepas kg Air menuju Komplek Yayasan dan Masjid ;
A&C ; Masjid Omar Ali Saifuddin yg terkenal dgn kubah emas yg terletak di bandar
B ; View Masjid Omar Ali Saifuddin dari Bangunan Komplek Yayasan
D; dpn masjid Masjid Omar Ali Saifuddin , tak sempat ambil gambar di kws masjid tengok bah luar saja.
E; Pintu masuk Masjid Jamek Asri di Gadong....

Selepas bandar bawa keluarga ke Gadong. Gadong ni tempat beli-belah...ada Mall dan kedai2... tp tak ambil gambar. Lain-lain gambar famili bercuti di Brunei akan bersambung dlm entry akan dtg....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net