Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Apr-2009 22:19 Email | Share | Bookmark
Apa Aktiviti Di Dapur Hari Ahad Semalam ?

 
 
 
 
Entry famili bercuti disini akan bersambung nanti.... letak entry makan2 dulu...
Ni aktiviti Ahad semalam,tak pergi kemana2 jadi masuk dapur...masak-masak....makan-makan dan menambahkan saiz badan....

Sarapan Pagi...Laksa Johor..

Masa jln2 jamu mata di dapur K.Zai @ Dapur Impian nampak K.Zai hidangkan laksa Johor.... nampak sedap...pantang tul nampak laksa...mmg favorit tak kira laksa apa. Kebetulan dah lama tak masak laksa Johor. Terimakasih K.Zai kongsi resepi....
Mkn letak sambal....sedapnya...special sikit sambal ni sbb mak yg buat, mak bawa masa dtg hari tu ... sambal dtg dari semenanjung naik pesawat..naik feri.....

Waktu sarapan tak cakap kat anak-anak ni laksa Johor sbb anak no 2,Syakim kalau sebut laksa mmg dia tak mkn...sbb dia tak suka ikan. Bila dia tanya ni apa, ni mee ...kuah macam mee kari...mama bohong sikit.... Bila dia makan...dia komen napa lain rasanya...yalah lain ni mama cuba resepi baru,kena cuba dulu mkn....ok tak rasanya. Diapun sambung makan tanpa byk soal lagi...habis jugak semangkuk....
Itulah taktik yg sesekali kena guna utk hero2 di rumah bila nak suruh mereka makan masakan baru.......



Quote:
Laksa Johor
Sumber; K.Zai @ Dapur Impian
Bahan2 :
2 kotak spaghetti - rebus 1 pkt
Air secukup nya
sedikit garam

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk + sedikit garam dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang.
2.Bila dah kembang toskan airnya utk mengelakan ia melekat bolih disiram dgn air paip.
*** tambah sedikit minyak masak utk kurangkan melekat

Bahan kuah:
5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang-guna 1/2 kg ikan kembung
200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus
udang kering- rm2.00
50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa
1 sudu besar jintan manis ,1 sudu besar jintan putih , 2 sudu ketumbar
1 inchi kunyit , 1 inchi halia , 1 inchi lengkuas
4 batang serai ,5 biji bawang kecil, 3 biji bawang putih
sepotong belacan ,2 biji buah keras
4 cawan santan(2 cawan cair/2 cawan pekat) - atau 2 kotak santan kotak(campur dgn air rebusan ikan) - guna 1 pkt santan debu;kurangkan sikit kuah
10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa - 2 sb cili kering dah blended
2 sudu besar kerisik
Sedikit minyak utk menumis, asam gelugor dan garam secukup rasa

Bahan 2 ulam:
2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat
Kacang panjang- jika suka
250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur
Daun kesum - dihiris
sedikit daun selasih - dihiris
Limau kasturi
Sambal belacan- cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air

Cara:
1.Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah
2.Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan
3.jintan manis dan putih,ketumbar,bwg putih,bwg merah,udang kering,serai,buah keras,belacan,kunyit,lengkuas,halia dikisar halus.
4.Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi,masukan serbuk kari sehingga naik baunya.
5.Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata,kemudian tuangkan santan,kerisik,asam gelugor dan garam.Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak.
6.Sebelum dihidangkan,hias spaghetti dgn ulaman.Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba...

**masak 1 pkt spaghetti saja dan kurangkan kuantiti kuah maklumlah mkn anak-beranak saja.Ulang lagi mkn belah malam....


Lunch....Nasi Ayam Madu versi bakar

Nasi ayam ni menu ulangan...dah byk kali ulang tayang,harap tak ada yg jemu ...
Kali ni ayam dibakar....letak ayam dlm oven....sambil2 tu tengok tv...terleka pulak.....dah hitam legam ayamnya...nasib baik ayam dipakaikan baju masa bakar...buang baju yg dah gelap tu... . Nak cover lagi biar nampak cun posing siram dgn sos cili manis Thai...

Untuk resepi klik di sini.




Minum Ptg.....Marble Cheese Brownies

Wpun dah pernah buat 2x Marble Cheese Brownies sebelum ni tp bila tiap kali Meen tayang Marble Cheese Brownies...telan air liur dibuatnya..nampak yummy sungguh... tak boleh tahan ni...mesti godek jugak kat dapur... Maka pagi semlm selepas sarapan...godeklah brownies ni. Kalau dkt boleh order dulu dengan Meen.
Mmg sedap dan moist sgt brownies ni......tak rugi mencuba. Anak yg sulong minta simpan utk bawa bekal ke sekolah. Tq Meen kongsi sudi resepi...
Cuma tak ada idea nak lorekkan cam na marblenya...pakai garis2 aje....



Quote:
MARBLE CHEESE BROWNIES.
Sumber; Meen @ Jasmeen Fp

Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-

1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...




Masa tgh potong brownies Syazrin yg baru bangun tidur dtg tengok...mula2 minta nasi sbb dia belum lunch. Tapi bila tengok brownies terus cakap nak kek. Bagi 2 kpg dulu...dah mkn 1/2 kpg ...cakap mama doa. Dah makan baru ingat nak doa.... Oklah mama bacakan doa makan. Baru suku baca doa.....Syazrin dah Amin dulu....tak sabor-sabor nak sambung mkn....aduhai...tergelak mama dibuatnya ...
Pastu tlg potongkan brownies dlm mangkuknya sbb susah tengok dia dok potong...dia merajuk tak bagi sbb nak potong sendiri....tp merajuk jap aja..lepas tu sambung balik makan....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net