Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Apr-2009 08:34 Email | Share | Bookmark
Happy 6th Birthday Syafiq!

 
 
 
 
Jamuan harijadi Syafiq yg ke 6 tahun diadakan di tadika sekolahnya pagi tadi. Birthday Syafiq sepatutnya pada 8 April yg lalu.....tertangguh beberapa hari. Sbb pada mulanya tak plan nak buat jamuan tp bila dah wish happy birthday kat dia hari tu,dia mula merengek minta nak buat besday party kat sekolah...
Sejak bulan Jan lagi... mula2 buka sekolah Syafiq dah tanya bila nak buat birthdaynya .... tak sabar betul dia... Bagitau Syafiq yg birthday tak boleh sambut ikut suka kena tunggu tarikh lahir tp setiap kali kawannya ada buat birthday party, tiap kali itu dia tanya bila birthdaynya...

Bagi menghilangkan rengekannya itu buatlah jugak jamuan ringkas di kelasnya pada waktu rehat.... Masa balik lepas habis kelas Syafiq cakap; seronok birthday....lepas ni Syafiq nak jadi good boy ya mama, cakap kat dia baguslah Syafiq nak jadi good boy... Syafiq cakap nak jadi good boy sbb beberapa hari lalu bila dia buat kerenah je mama cakap kat dia....kalau tak good boy mama tak nak buat birthday party.....bila cakap gitu baru dia ok tak macam2....



Kek birthday disiapkan mlm semalam.....dah lama tak jamah aising terasa keras kejung tangan....... Tak berani nak tanya Syafiq dia nak kek apa.... takut nanti tak reti nak buat...tp dia ada cakap nak kek cars. Cakap dgn Syafiq mama tak ada warna hitam nak buat tayar..tipu2 sikit.... Diapun cakap kat abgnya yg mama tak boleh buat kek car sbb tak ada warna hitam. Pastu Syafiq tanya lagi, habis nanti mama nak buat kek apa, Syafiq tunggu dan lihat saja nanti. Sebenarnya tak ada idea nak buat kek apa yg mudah...... Akhirnya deco kek dgn clown aja. Masa tgh deco anak2 dtg tengok....tanya; mama mana clown yg pompuan.. tak ada clown pompuan...semua clown lelaki kepala botak... Mrk tanya lagi napa semua clown ni baring.....cakap kat mrk...clown ni penat main belon sbb tu baring rehat.....
Wpun bukan kek yg Syafiq minta tp dia happy tengok kek clownnya yg ada belon2..... .



Waktu rehat kelas Syafiq pukul 9.30 a.m-10.00 a.m. Jadi agak tergesa2 belah pagi nak siapkan masak2 dan packing makanan. Nasib baik sempat...tiba di sekolah 9.10 a.m...by 9.30 semua dah siap dihidangkan...lagipun bukannya byk makanan.



Bila Syafiq dan kawan2 keluar rehat mereka semua tak sabar nak sambut birthday Syafiq....semua dah tahu sbb minta cikgu edarkan kad jemputan birthday Syafiq pada hari sabtu. Ada 24 org rakan sekelasnya...cikgunyapun turut sama membantu melayan anak2 muridnya makan. Abg Syamil dan Syakim serta Syazrinpun join sama birthday Syafiq....kebetulan masa rehat abg2nya sama.



Selain kek birthday, baking juga bronwnies, masak spaghetti, goreng kerpok udang dan fries serta sediakan air mongo. Tak byk jenis makanan yg disediakan sbb masa mereka makanpun terhad....rehat 1/2 jam saja. Masak spaghetti sbb ringkas dan cepat.....tengok semua kawan2 Syafiq makan...hanya 2-3 org yg nak bungkus bawa balik.
Sediakan juga goodies bag....ada trompet dan makanan ringan sorang satu tp bagi kat cikgu minta tolong cikgu edarkan.
Balik rumah Syafiq dah tak sabar nak buka hadiah.....cakap kat dia posing dulu dgn hadiah buat kenang-kenangan.... Wpun hadiah birthday utk Syafiq tp dia tak kedekut....semua hadiah birthday dikongsi sama dgn abg2nya dan Syazrin....tak tahulah berapa lama mainan ni dpt tahan....maklumlah semuanya pakar baiki membaiki mainan.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net