Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Apr-2009 03:48 Email | Share | Bookmark
Kebab Simple & Mee Sizzling

 
 
 
Quote:
Terimakasih buat semua teman yg wish birthday utk Syafiq....
Sambung sikit citer besday Syafiq....keesokkannya lepas birthday Syafiq...ada lagi kawan2nya yg bagi hadiah.....ada jugak yg bagi duit..... terimakasih buat kawan2 Syafiq..... Duit Syafiq dpt dia bagi kat mama... katanya; Syafiq bagi duit utk mama sbb mama tak ada duit.....
Syafiq kalau masuk kedai...tak kiralah kedai runcit ke...supermarket ke...pantang nampak mainan terus minta belikan ... padahal di rumah dah byk mainan. Baru kemas dah sepah balik...jenuh nak kemas... Abg2 dan adiknya tak sgt nak membeli mainan. Jadi buatlah helah cakap yg mama tak ada duit nak bayar sbb mama tak kerja... Helah ni menjadi sbb skrg ni dia mmg jarang minta belikan mainan......kalau masuk kedai cuma tengok2 saja......


Kisah entry kali ni pula....masa beli roti pitta ni konon2nya nak buat kebab guna mince meat macam kat kedai.....dah 2-3 hari berlalu...kebab tak jadi2 jugak... rotipun dah nak tamat tempoh. Jadi utk segera goreng daging burger aja...letak dlm roti...jadilah kebab simple......
Sedap jugak mkn gini.....tak beza sgt dgn kebab yg beli....kenalah puji sbb malas nak buat kebab yg asli.......


Quote:

Kebab Simple

Bahan2
3 Roti pitta
3 kpg daging burger
sos tomato & mayonis
kubis,salad dan timun -potong halus2

Cara-mudah saja....
Roti pitta dipanas kejap ikut spt arahan diplastik....roti yg beli ni panaskan 5 min dlm oven. Goreng daging burger,bila masak potong. Letak sayur dan daging burger serta mayonis&sos tomato atas roti pitta. Dah siap...senang aje.....



Masak sizzling mee ni utk sarapan...dah lama tak mkn mee yg basah2 gini. Kebetulan ada stok cendawan shitake dlm peti ais.....dah beberapa hari beli...beli yg segar dlm pkt kecil...selebihnya goreng buat sayur campur utk lunch. Sizzling mee masak dlm kuali aja...tak ada sizzling pan. Suka pulak Syafiq dan Syazrin makan mee ni...nanti boleh buat lagi....
Quote:


Mee Sizzling
Sumber; Myresepi - Lilydvalley

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

* 2-3 sanggul (gulung) yee mee- guna egg noddles
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
* 3 biji cili kering- potong 2
* 2 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1/2 in halia- hiris nipis
* Serbuk lada hitam
* garam- secukup rasa
* Beberapa titik Minyak bijan- tak letakpun
* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
* sedikit minyak utk menumis

** mama tambah - crabstick, sawi , buah tomato dan telur&tabur bawang goreng masa hidang mee

Cara-cara
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


Quote:
Kali ni nak gantung bunga sakura yg dihadiahkan oleh Aishah nun jauh di bumi Sakura....terimakasih ya Aishah....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net