Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Apr-2009 00:42 Email | Share | Bookmark
Happy 8th Birthday Syakim!

 
 
 
Dalam bulan April ni selain Syafiq menyambut birthday....Syakim hero no2 pun menyambut birthday pada 16 April lalu.Dan seorang lagi...hero mama paling bongsu , Syazrin pula akan sambut birthday next week..berderet anak2 sambut birthday bulan ni... Abg Syamil...yg sulong sorang sambut birthday hujung bulan Mei.

Lewat sikit update entry birthday Syakim sbb kek birthday baru buat hari sabtu lepas.Semlm seharian bawa anak jln2 meraikan mereka..
Birthday Syakim buat di rumah saja....tak sambut dgn kawan2 sekolahnya macam thn lepas. Dia ada minta nak buat di sek macam Syafiq tp cakap kat dia kita raikan dirumah saja...sbb thn ni belum adapun kawan2nya yg sambut di sek...kalau thn lepas mmg dah ada beberapa org kawan sekelasnya yg sambut di kelas. Satu hal lagi...thn ni kelasnya dah pindah ke blok paling hujung...dahlah hujung tkt 3 pula tu...aduhai tak larat nak angkut brg2 ke kelasnya dari tempat parking.Lagipun kalau buat birthday... buat dlm kelas....kena atur meja dan makanan before rehat...cikgupun masih mengajar masa tu........leceh sikit. Lain kelas Syafiq di ground floor dan ada tempat mkn di luar kelas...senang sikit.
Mula2 dia merajuk juga......pujuk dia cakap wpun tak buat di sekolah nanti belikan juga hadiah utknya.....barulah dia ok.Syakim ni tak pandai merengek minta2...tp cepat merajuk... dok diam sorang2 tepi kerusi...tp bila pujuk sikit... cepatlah baiknya.....



Syakim tak jangka mama akan buat kek birthday utknya....sbb mmg tak cakap..konon2 nak bagi surprise kat dia..... Tapi tak sempatlah nak tunjukkan kek yg dah siap kat dia...masa dok hias kek...dia dan hero2 lain masuk dapur tanya ni kek utk sapa. Cakaplah ni kek birthday utk Syakim...tak ada idea nak kelengtong... . Tersenyum lebar dia seronok...mulalah ulang alik masuk dapur tanya bila kek birthday dia nak siap....
Anak2 mmg suka citer garfield tu yg diaorg suka bila tengok mama dok hias kartun garfield atas kek....entah ada rupa garfield ke tidak ni...... Tapi birthday boy dan hero2 lain tak komen rupa garfield ni....ok kut...ke ko..




Masa nak tiup lilin....aduhai pakat berebut nak tiup pulak....Syakimpun cakap birthday dia org lain sibuk2 nak tiup lilin.....bagitau dia tak palah yg lain tolong Syakim...kan byk lilin tu..... Tengoklah bila disuruh posing....hero2 lain biasa aje...Syafiq yg lebih...... macam2 aksi.....



Ni gambar Syakim masa umur 3 1/2 thn.....gambar diambil di Angsana Jb. Syakim sorang lahir di JB semasa kami tinggal di sana..selalu usik dia cakap dia anak Johor...
Buat Syakim happy birthday dari mama dan abah....semoga jadi insan yg berjaya kelak dan anak yg soleh.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net