Want your
own Fotopage?








 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Apr-2009 23:58 Email | Share | Bookmark
Nasi Bukhari & Ayam Bersusu

 
 
 
Quote:
Terimakasih buat semua yg sudi wish birthday utk Syazrin...... . Selesai birthday utk 3 hero pd April......tinggal abg Syamil birthday hujung Mei nanti...

Nasi Bukhari



Sudah 2 kali bulan April ini masak nasi bukhari....kali pertama nak cuba....sedap juga rasanya..... Buat lagi..sbb nak habiskan tomato puri. Mula tengok resepinya alahai panjang lebar jugak bahan2nya tp bila baca satu persatu.....semua bahan ada di rumah kecuali tomato puri....
Kali pertama masak guna beras basmati mkn dgn lauk ayam bersusu dan dalca.Cuma kali pertama ni tak puas hati sikit sbb susah nak gaul lauk dan nasi dlm rice cooker.....guna rice cooker kecil...jadi ada bahagian nasi yg tak bercampur dgn lauk daging.

Kali kedua guna beras wangi sbb malas nak ke kedai beli beras basmati. Nasinya digaul siap2 dgn lauk dlm periuk .....senang nak aduk semuanya...barulah dipindahkan ke rice cooker. Kali kedua masak guna daging kambing....stok daging kambing yg dah berzaman membeku dlm peti ais........ Lauk tambahan pula ayam masak merah dan kari terung. Mula2 nak buat acar sbb rasanya lagi sedap kalau ada acar mkn masam2 gitu tp stok sayur dah habis.
Nasi bukhari kalau tak ada lauk tambahanpun dah cukup sbb dah ada lauk daging dlm nasi...cuma letak kuah sikit kalau nak lagi sedap.
Respon dari keluarga......semua mkn dan suka nasi bukhari.... Anak2 lebih suka mkn dgn lauk ayam bersusu berbanding lauk ayam masak merah.....mungkin sbb ayam bersusu ni manis..masam sikit aja dan berlemak tu yg mereka suka......
Quote:



Nasi Bukhari
Sumber ; Sajian Di Perantauan (Edisi ke 2)

Bahan utk lauk
450 gm daging
1 sm serbuk cili
3 sm tomato puri
2 sm tomato sos
3 sm minyak sapi
1 st jintan manis
1 st lada sulah
2 biji cili merah - belah 2
2 biji tomato - belah 4
1/2 labu bawang besar-mayang
sedikit daun ketumbar-tak letak
bawang goreng,garam secukup rasa
sm= sudu makan

Cara masak lauk
1.Daging digaul dgn *serbuk cili,*tomato puri,*tomato sos , bawang besar dan minyak sapi. masak hingga empuk.
**tukar sikit caranya; tumis minyak sapi dgn bawang besar sampai wangi, barulah dimasukkan daging yg dah digaul dgn bahan *.
2.Masukkan lada sulah dan jintan manis serta garam. Masak hingga naik minyak
**sbb lambat empuk daging jadi campurkan dgn air sedikit demi sedikit 1-2 cawan utk pastikan daging benar2 empuk dan lauk berkuah sikit (spt dlm gambar di atas)....kuah jgn terlalu kering nanti tak cukup utk gaulkan dgn nasi. Bila empuk rasakan kuah... tambah garam ikut selera.
3.Padamkan api,taburkan bawang goreng,daun ketumbar ,cili dan tomato.


Bahan utk Nasi
3 cawan beras- basmati/beras wangi
3 cawan air
1 cwn susu segar
1 helai daun pandan
1 in kulit kayu manis,2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih,2 kelopak bunga lawang
garam secukup rasa

Cara masak nasi
1.Didihkan air bersama garam,kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga,serai dan daun pandan dlm periuk atas dapur.**pastikan sukatan air sama dgn beras.
2.Masukkan susu dan beras.
3.Apabila nasi telah separuh masak,masukkan lauk daging yg telah dimasak tadi dan gaul rata2.
4. Tutup periuk dan kecilkan api dan biarkan masak betul
**Nak mudah pindahkan nasi yg siap digaul ke dlm rice cooker...masak spt biasa.Utk pastikan nasi tidak mentah tutup periuk nasi dgn aluminium foil,barulah dgn tudung rice cooker.


Ayam Bersusu



Masak ayam bersusu sbb nak habiskan baki susu yg digunakan utk masak nasi bukhari.....sambil tu boleh mencuba resepi baru. Tak tahulah sepadan tak dgn nasi bukhari sbb dua2 letak susu ....... Tak kisahlah kan sepadan ke dua padan asal anak2 suka mkn...

Quote:
Ayam Bersusu
Sumber ; Sajian Di Perantauan (Edisi ke 2)

Bahan
1 ekor ayam - potong kecil
2 sm serbuk kari daging
3 sm sos tomato
3 sm sos cili
5 biji bawang merah hiris
3 ulas bawang putih-ketuk
1 in halia-hiris
1 labu bawang besar-hiris bulat
bahan2 menumis-kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)
1 cwn susu cair-susu segar
1 cawan air
*2 sm kismis,*2 sm gajus
*2 sm badam hiris-tak letak
*bahan tabur-tak letak pun tak apa
minyak utk menumis,bawang goreng,garam

Cara
1.Gaul ayam dg serbuk kari dan garam. Kemudian perap selama sejam
2.Goreng ayam tapi jgn terlalu garing,ketepikan
3.Tumis bawang merah,putih dan halia dan bahan2 menumis hingga kuning.Masukkan tomato sos dan cili sos. Masak selama 5 minit
4.Masukkan pula air dan susu, biarkan mendidih
5.Masukkan ayam goreng,gaul rata dan masak sampai pecah minyak dan kuah pekat.
6.Taburkan bahan tabur * dan bawang besar dihiris.biarkan sebentar sebelum angkat.
7.Semasa menghidang taburkan bawang goreng.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net