Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-May-2009 00:09 Email | Share | Bookmark
Puding Lapis & Ikan Pais Tempoyak

Pais Ikan Tempoyak
Puding Lapis
Puding Lapis

Dah lama tak buat puding..dlm cuaca panas terik skrg....teringin pula nak makan puding sejuk..simpan dlm peti ais...makan... nyamannya tekak..
Puding diletakkan dlm 2 bekas...satu loyang dan satu lagi bekas kecil dgn macam2 bentuk. Bila Syazrin tanya ni apa...cakap jelly sbb dia suka mkn jelly. Syazrin cakap tak...ni menan......ada keter...ada fish.....



Resepi puding dah lama copy dari Fp Masriyah....cuma cara2nya ubah suai sikit . Lama tak dengar citer dr Yah...Fp pun dah tutup moga Yah sekeluarga sihat.
Quote:

Puding Lapis

Bahan:
20 gm agar-agar - ni agar2 yg pjg rendam sebelum merebusnya
7 cwn air
gula - letak 1 cwn boleh kurang tambah ikut selera
1 tin susu cair
3 sb tepung kastad
pewarna - guna pewarna merah,hijau,kuning, coklat(campur 1sb serbuk koko dg air)

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur barulah dimasukkan gula.
2. Dah mendidih tapiskan.
3. Dlm bekas lain bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad ke dlm campuran agar2 dan kacau rata...biarkan mendidih kejap.
5. Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian sama byk dlm bekas berasingan, ikut jumlah warna yg ingin digunakan. Campur dgn pewarna pilihan.
6. Tuangkan warna pertama ke dlm loyang/bekas agar2. Biarkan keras sekejap. barulah lapiskan warna kedua.
8. Ulang sehingga semua adunan habis.



Ikan Pais Tempoyak


Masak ikan bakar kali ni campur dgn tempoyak.....resepi ni sesuai utk yg suka mkn tempoyak sbb mmg terasa betul tempoyak dlm masakan...... Bila makan tak jeling dah lauk lain.......


Quote:


Ikan Pais Tempoyak

Sumber; Majalah Rasa

Bahan
I ekor ikan patin-guna ikan talapia ; basuh dgn air asam jawa utk hilangkan hanyir
1/2 inci kunyit hidup-kisar
20 biji cili api(merah&hijau)-campur cili padi dgn cili besar-kisar
3 helai daun kunyit- hiris
3 btg serai-hiris
4 sm tempoyak
garam,gula secukup rasa
daun pisang utk balut ikan-guna aluminium foil

Cara
1.Campur bahan kisar,garam,gula dan tempoyak.
2.Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.pastikan keseluruhan ikan dilumur
3.Taburkan daun kunyit dan serai ke atas ikan.
4.Bungkus dan bakar hingga masak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net