Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-May-2009 00:04 Email | Share | Bookmark
Entry Tertangguh - Cuti2 di KL Jun 2008

 
 
 
 
 
 
 
Tiada kisah masakan kali ni. Nak kongsi kisah cuti hampir sethn lalu...kisah cuti Jun 2008 iaitu masa kami sekeluarga pulang bercuti ke sem selama 2 minggu...di mana antara aktivitinya bawak anak2 jln2 di KL.
Entry ni tangguh punya tangguh dah dkt setahun....dah basi...lapuk kisahnya..... Tak tahulah napa boleh tertinggal entry ni.....
Biarpun dah lapuk citernya nak update gak di Fp sbg kenang-kenangan.......

Menginap Di The Zon Apt



Kami bermlm di sini selama 3 hari 2 mlm.....penginapan ditempah oleh BIL yg ada urusan di KL. Kebetulan masa ni MIL buat rawatan di HUKM...senang kami nak melawat.
Apt ni mmg dkt sgt dgn KLCC...jln kaki beberapa minit aja. Nak mknpun mudah sbb ada warong berdekatan dg apt yg jual sarapan hingga lunch.Macam biasalah kalau sebut bercuti...biarpun duduk apt ada dapur lengkap utk memasak...mmg tak masaknya... beli... tukang masakpun nak cuti gak.....



Kalau dah nampak swimming pool tu mmg anak2 tak sabar nak berenang.... Itupun janji dg mereka kena breakfast dulu baru boleh swimming. Seronok anak2 main air..tambahan pula masa tu mmg tak ada org di kolam...bukan musim cuti sek di M'sia.
Syafiq yg pada mulanya tak nak swimming..pakai baju tshirt aja dok tepi kolam...tak tahulah napa dia tak nak swimming. Tapi bila tengok abg dan adiknya happy main air..... tergugat jugak dia.....turun dlm kolam dgn berbaju......

Berjaya Times Square



Antara aktiviti masa di KL bawa anak-anak ke Berjaya Times Square sbb plan nak bawa mereka masuk Cosmo World Theme Park bah kanak2 kat situ. Dari hotel kami minta van hotel hantar sbb tak payah fikir nak parking dan takut jln sesak. Di Times Square pusing2 kejap...cuci mata aja....
Semasa nak beli tiket tu...tengok harga tiket seorg dewasa RM32..kanak2; RM22 macam tak berbaloi pula sbb ada rides yg ditutup. Jadi cakap kat anak2, kita pergi Petrosainslah ....sbb tak pernah lagi masuk situ. Kalau theme park ni mereka pernah masuk beberapa thn lepas . Anak2pun ok ikut aja.......



Dari Times Square kami naik LRT utk ke KLCC. Dah lama janji nak bawa anak2 merasa naik LRT....ni pertama kali mereka naik. Mamanyapun baru 2x naik...dah lama dulu. Pada mulanya anak2 teruja menunggu LRT.....tp bila dah dpt naik mereka spt tak seronok pula sbb org terlalu ramai dlm LRT. Turun satu station....lupalak kat mana...jln kaki..naik satu lagi LRT...ke org panggil apa yg train bawah tanah tu..... Train ni lagi sesak...anak2 mmg pegang erat takut terlepas....ramai betul org nak ke KLCC.

Petrosains KLCC




Sampai KLCC ...terus ke Petrosains. Masa ni tak ramai sgt org...yg ada rombongan sekolah...jadi tak lama beratur beli tiket. Tiket dewasa RM12...kanak2 bawah 12 thn RM4...bawah 4thn FOC. ...murah tiketnya.
Macam2 permainan interaktif kat dlm tu...semuanya anak2 nak cuba...ada yg tak sempat dicuba sbb byk sgt kat dlm tu. Antara yg menarik peluang naik simulator helicopter...nak naik helicopter ni beli tiket dan siap menunggu di boarding area cam nak naik flight betul..... Satu lagi yg best tengok movie kartun 3D,setiap org dibekalkan spek ....cam real aja kartun depan kita.....bukan aja anak2 suka...mamanya pun suka sama tengok......



Masuk dlm pukul 11 lebih....tak perasanpun jam dah dkt pukul 3 ptg. Ajak anak2 keluar sbb belum lunch.. lagipun dah tak jauh dr pintu keluar...anak2 cakap kejaplah lagi tak puas main kat situ. Tahan mereka tak makan sbb seronok kat dlm tu..... Pujuk mereka...ada peluang kita dtg lagi bila cuti ke KL......skrg ni kita makan dulu. Bila keluar tu barulah semua merungut...penat dan lapar..kat dlm tadi semua cergas tak ingat nak makanpun......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net