Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-May-2009 01:03 Email | Share | Bookmark
Aktiviti Hujung Minggu & Selamat Hari Ibu

 
 
 
 
Quote:
Selamat Hari Ibu Buat Semua...... Semoga bertambah kasih sayang antara kita dengan anak-anak....jua dgn ibu yg tersayang. Terimakasih buat semua yg wish hari ibu.
Selamat hari ibu juga buat ibu tersayang di Kelantan dan ibu mertua di K.Trg... terimakasih atas kasih sayang yg dicurahkan......moga dikurniakan Allah kesihatan yg baik buat bonda berdua..


Lunch di PGS Cafe, Kiulap

Semalam bawa anak jalan2 dan lunch di luar.....semperna hari ibupun ya...sebab tukang masak nak cutipun ya jugak..... Tapi utk breakfast dah masak soto bihun...
Kalau makan di luar suka makan buffet di PGS Cafe yg terletak di Kiulap. Walaupun tempat mknnya tak besar tp suka suasana dlmnya seperti di rumah dgn perabot kayu dan bersih serta tak bising sgt. Selain itu macam2 menu ada utk dipilih samada utk lunch dan dinner.
Bersebelahan dg cafe ni ada juga 2 buah lagi restoren yg menyediakan buffet utk lunch dan dinner. Kedua2 restoren ni harga buffet sama dgn PGS Cafe iaitu Bnd6(RM14.40) utk dewasa dan kanak2 Bnd4(Rm 9.60).....murah harganya.



Masa masuk tu tengok byk meja kosong...oklah selesa nak duduk.....tapi rupa2nya kebykkan meja dah di tempah semperna hari ibu dan ada utk majlis birthday. Mula2 ingat tak dpt makan di situ....tp manager kata tak pa boleh duduk tempat yg ditempah sbb baru dpt call dr customer yg tempah mrk dtg lewat sikit. Lega dpt tempat duduk....

Sebelum ambil gambar2 di cafe ni dah minta izin dari managernya yg comel lote...mana tahu dia tak bagi. Setelah dpt keizinan barulah snap gambar.



Sekali tengok macam tak byk menu tp byk jenis sebenarnya cuma dihidangkan dlm bekas kecil dan ditambah dari masa kesemasa hingga tamat waktu lunch. Utk dinner biasa lauk diganti sebelah ptg lagi dgn lauk yg baru masak.
Lauk yg dihidangkan semalam ayam tomato, daging blackpepper,ikan bakar dgn air asam, tempe goreng petai dan sayur kacang,nasi putih dan nasi minyak warna-warni. Lauk-pauk ni tak sama setiap hari... setiap kali pergi bertukar masakan yg disediakan.
Menu tambahan spt mee kari,soto,kuetiaw goreng,bubur nasi, corn soup, salad, sushi, ulaman2 dgn sambal.Manakala utk cuci mulut ada bubur kacang hijau,kuih-muih dan buah2an...pilihan minuman sejuk dan panas.



Menu Dinner

Untuk makan malam....terasa nak mkn yg ringan sikit tak nak makan nasi. Buat mushroom soup mkn dgn garlic bread. Resepi garlic bread ni copy dari dapur Meen.... sedap dimakan cicah dgn mushroom soup...... Tq Meen kongsi resepi mudah ni.
Samping itu rebus juga makaroni....abg Syamil dan Syafiq mkn makaroni letak mushroom soup. Utk sarapan pagi hari inipun mereka minta makaroni letak mushroom soup....abg Syamil siap bawa bekal lagi ke sekolah. Nasib baik masih ada sbb buat byk semalam.



Quote:
Garlic bread snack
Sumber; Fp Jasmeen@Meen

Bahan :-
Beberapa keping roti sandwich - guna French bread

***Garlic butter
5 sudu besar butter / margerin
4 ulas bawang putih (cincang halus)-tumbuk
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
(semua bahan di atas, gaul sehingga sebati..)

Cara :-
1- Gelek roti smpai nipis & potong ikut suke- lupa nak gelek...
2- Sapu dgn garlic butter
3- Bakar dlm ketuhar selama 10 min..sehingga nampak garing & kekuningan...
4- Tunggu sejuk & bolehlah disimpan di dlm bahan kedap udara...

***edit semula sbb silap faham sebelum ni, rupanya garlic butter tu bahan2 yg disenaraikan di bawahnya bukan yg beli siap sbg tambahan utk sapu pd roti....sorry kesilapan yg tak disengajakan......


Quote:
Kad Hari Ibu

Kad Dari Kak Ina KL


Kad Dari Kak Zai @ Teratak Impian




Terimakasih buat K.Ina dan K.Zai.......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net