Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-May-2009 23:50 Email | Share | Bookmark
Masak-masak Masa Mak Dtg

 
 
 
 
 
Ni entry tertangguh juga....masak2 masa mak dan famili abg dtg berkunjung hujung March lalu. Masak yang simple2 aja ...famili dtg sekejap dan masa byk bawa mereka jalan2. Mulanya plan nak masak macam-macam tp bila tiba masa mmg tak sempat....disamping itu ada yg beli biar famili rasa masakan kat sini pula.
Gambar2 di bawah antara yg dimasak utk famili yg belum ada dlm entry......yg lain2 tu menu ulangan jadi tak ambil gambar antaranya ayam bakar, mee kari,udang lemak nenas dan lain-lain.

Kek Coklat Tanpa Butter



Baking kek utk anak dan anak buah makan......baking guna loyang lebar sbb nak potong macam brownies....senang sikit budak2 nak mkn.
Nampak kek ni di dapur K.Ummi..terus berkenan nak cuba sbb resepinya lain sikit tak letak butter....guna minyak dan susu coklat.
Kat rumah kalau baking kek coklat mmg laju aje anak2 makan......

Quote:
Kek Coklat Tanpa Butter
Sumber; Fendi 75 @ My resepi

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

* 2 biji telur
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan gula perang
* Bahan A
* 1 sudu kecil vanila
* 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
* 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
* Bahan B
* 2 sudu kecil sodium bicarbonate
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 cawan tepung gandum
* ==============================
* ** Topping **
* 1/2 cawan koko van hauten
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 sudu besar minyak masak-tambah beberapa sudu minyak masak sbb topping pkt sgt

Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Ikan Tiga Rasa

Resepinya ikan 3 rasa copy dari dapur lama Hajar....intai resepinya ada letak serai dan daun limau purut....tak sama dgn resepi yg lain, kebetulan kedua2 bahan ini ada di rumah....itu yg nak cuba. Tk Hajar kongsi resepi..... Hajar pun dah pulang ke tanah air tentu sibuk skrg...moga sihat dan semuanya selamat .

Yg silapnya sbb buat sikit aja bahan2nya jadi ikan tu tak berenang2 dlm kuahnya..... Lain kali kena lebihkan bahan2nya........



Quote:
Ikan Masak Tiga Rasa
Sumber; Fp Hajar

Bahan2 ( sukatan bhn agak2 le ye)
ikan seabass/siakap-garam kunyitkan, gaulkan ngan tepung jagung...goreng-guna ikan bawal
bawang merah-mayang
bawang putih-mayang
halia-hiris halus
serai-hiris
daun limau purut
cili padi-ganti ngan cili merah hiris nipis
tomato-potong dadu
sos tiram
sos manis cili thai
sos ikan-tak letak sbb habis stok

Cara

1. Tumis bawang, halia, serai hingga berbau wangi
2. Masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau sebati
3. Masukkan daun limau purut, cili padi dan tomato
4. Tambahkan sos ikan, gaul mesra
5. Angkat tuangkan keatas ikan yg telah digoreng tadi


Ikan Tenggiri Singgang

Ikan tenggiri singgang ni request dari mak......mak geram tengok ikan2 segar yg dijual di pasar Pantai Jerudong. Mak cakap beli kepala ikan tenggiri sbb mak terasa nak mkn singgang kepala ikan. Cakap kat mak...tak pa kita beli sekor sbb bah isinya nanti boleh masak kemudian....yg bestnya ada telur ikan...besar pulak tu....



Ketam Rebus Serai

Ketam ni request dari SIL....juga beli di Pasar Jerudong. SIL nak makan masak yg simple aja....ratah gitu. Sebelum ni mmg tak pernah rebus ketam letak serai jadi tanya SIL dan mak letak apa...caranya sama dgn buat singgang ikan. Wpun simple bahan2nya sedap jugak ketam masak gini bila ratah... terasa betul isi ketam sbb tak byk bahan2 sampingan.....


Quote:

Ketam Rebus Serai.

Bahan2
1 kg Ketam
2 btg serai- ketuk
4-5 ulas bwg putih dihiris tipis
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara
Rebus semua bahan kecuali ketam sampai mendidih.
Bila mendidih masukkan ketam. Rebus hingga ketam masak...

Singgang ikan di atas mak yg masak ....mama masak ketam sbb nak cepat...maklumlah balik dari jln2 dah dkt pukul 11.30 tgh hari....nak ambil anak sek lagi dan famili nak ke airport jam 2 ptg. Nasib baik sempat famili lunch dgn ikan dan ketam sebelum bertolak pulang ke M'sia....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net