Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-May-2009 00:27 Email | Share | Bookmark
Menu Lunch Hari Minggu

 
 
 
Ni masak-masak 2 minggu lepas..... cuti mingguan hari Jumaat,teringin nak makan yg bakar-bakar...lauk ikan dan ayam...serta masakan ala kg. Buatlah ikan cencaru sumbat, ayam bakar lada hitam dgn madu,masak lemak pucuk paku dgn ubi keledek dan kerabu perut dgn mangga.
Ikan cencaru sumbat dan Ayam bakar lada hitam dgn madu ni menu ulangan...resepi ada di link sebelah.



Kerabu Perut Dgn Mangga

Oleh kerana ada lebihan kelapa...teringin nak buat kerabu....kalau buat kerabu suka letak kelapa goreng sikit. Pada mulanya nak buat kerabu pucuk paku dgn perut tp tak jadi sbb tak ada masakan yg berkuah... tukar masak lemak pucuk paku.
Dlm peti ais pula ada lagi baki mangga muda yg beli di pasar mlm.....campurlah dgn perut. Kalau kerabu ni tak kira kerabu apa mmg favorit,apatah lagi campur dgn mangga muda.....sedap ratah.....



Quote:
Kerabu Perut Dgn Mangga

Bahan
250 gm perut
2 biji mangga muda - racik/potong tipis
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
(boleh guna kelapa kering utk kuih-campurkan kelapa dgn sedikit air panas...anggaran kelapa cukup basah,kacau dan panaskan 1-2 minit dlm microvawe (high).keluarkan dan kacau.....dah jadi spt kelapa muda. then boleh goreng
1/3 labu bawang besar-potong
2 biji cili merah/hijau dibuang biji dan potong tipis
2 biji tomato-potong
garam dan gula secukup rasa.
***cuka atau limau tak payah sbb mangga dah masam
**boleh guna kelapa kering utk kuih -campurkan kelapa dgn sedikit air panas...anggaran kelapa cukup basah,kacau dan panaskan 1-2 minit dlm microvawe (high).keluarkan dan kacau.....dah jadi spt kelapa muda. then boleh goreng

Cara-cara
1.Perut bersih , potong dan rebus dgn sikit garam sampai empuk
2.Campurkan semua bahan .


Acar Ikan

Acar ikan ni dimasak pada hari minggu juga tp bukan hari yg sama dgn menu di atas. Mood rajin sikit hari ni terus sekaligus update utk entry kali ni..
Masakan acar ikan sesuai utk yg suka masam dan nak jimat masa tak yah masak sayur lain.......


Quote:
Acar Ikan
Sumber; Sajian Di Perantauan Edisi 2

Bahan
300 gm ikan yg disukai - guna ikan bawal
1/4 st serbuk kunyit
*3 biji bawang merah - hiris
*2 ulas bawang putih-hiris
*1 in halia-mayang
*2 biji cili merah/hijau - belah memanjang
1 in kunyit hidup
70 ml cuka - tambah kurang ikut selera masing2
1 sm gula- tambah kurang ikut selera masing2
1sm bijan- lupa nak letak
minyak utk mengoreng, garam secukup rasa
air secukupnya
sayur; bahan * dan 1 btg timun,1 btg karot,2 biji buah tomato, 1/3 labu bawang besar - potong panjang (sayur2 ni ikut suka pilihan kita nak letak apa yg sesuai utk acar)

Cara
1.Keringkan semua sayur.gaul ikan dgn kunyit serbuk dan goreng hingga keemasan.
2.Goreng bijan hingga keemasan
3.Panaskan 3 sm minyak dlm kuali yg bersih,goreng kunyit hidup beberapa minit utk mendptkan bau dan warna.Masukkan cuka,garam,gula dan air secukupnya.Biarkan mereneh selama kira-kira 5 minit.Sejukkan.
4. Setelah kuah sejuk,masukkan ikan,bijan dan sayur-sayuran..kacau.
5.Biarkan 1/2 hari supaya masakan 'mesra' sebelum dihidagkan..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net