Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-May-2009 07:01 Email | Share | Bookmark
Swiss Roll & Kari Kepala Ikan

 
 
 
Swiss Roll Batik Coklat

Swiss roll ni ramai yang dah buat... dah habispun musim demam swiss roll.....kita baru aje berjangkit..... Masa ramai kawan2 buat tempoh hari....hati berkenan tp tak yakin nak cuba...nampak cam susah. Satu lagi malas nak godek bc....kalau inti lain tu kurang laku kat rumah ni, tu yg bertangguh wpun resepinya dah lama print....copy dr FP Mamafami..tq mama..
Swiss roll ni buat bulan lepas.....iaitu selepas birthday anak2...ada lebihan bc tu yg nak cuba juga...dah cakap kalau tak jadi kira tak buat dah lepas ni....nasib baik elok jadinya. Anak2 tanya mama beli kek ni kat kedai ke......alahai mama penat2 godek di dapur, cakap mama beli pulak.......



Quote:
SWISS ROLL BATIK COKLAT
Sumber ;Mamafami Fotopages
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.



Swiss Roll Marble

Bila swiss roll yg pertama menjadi semangatlah pulak nak buat lagi.... Kali ni buat warna-warni...ala2 kek marble. Guna resepi yg sama dgn swiss roll coklat sbb suka keknya lembut , cuma ubah suai sikit resepi di atas;
Quote:
*utk kek swiss roll marble tak perlu keluarkan tpg. tak guna serbuk koko
**adunan selepas dicampur dgn butter cair dibahagikan 3....letak warna yg disuka ke dlm adunan
***letak selang seli dgn senduk yg sama saiz bagi setiap lapisan.Gerakkan sedikit loyang agar adunan sekata. barulah dipaip dgn adunan putih dan lorek.barulah dibakar.




Kari Kepala Ikan Tenggiri

Kari kepala ikan tenggiri nipun dah lama buat....dah beberapa kali gak masak cuma kali ni baru nak posing dlm Fp.... Ikan yg dibeli nipun ada telur....terus masuk sekali dlm kari... Kalau masak kari anak2 suka....tak kira kari ikan atau kari ayam. Resepi kari ikan ada di link sebelah.......




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net