Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Jun-2009 13:26 Email | Share | Bookmark
Happy 11 th B'day Syamil !

 
 
Pada 28 Mei..khamis baru lepas cukup 11 thn umur abg Syamil....buah hati mama yg pertama. Kelahirannya 11 thn lepas dinantikan setelah 3 thn lebih berkahwin. Lahir abg Syamil bukan saja sbg anak sulong tp cucu sulong kedua2 belah keluarga.
Masih ingat lagi sepjg mengandung bila setiap kali scan doktor kata bakal dpt baby girl. Wbp dari segi persiapan mmg tak beli warna pink atau baju girl...takut juga kut2 scan doktor tak betul..... Tapi nama mmg siapkan nama utk girl....nama utk boy mmg tak ada dlm senarai lagi pada masa tu....
Sakit bersalin tak lama....mulai sakit sikit-sikit pukul 12 mlm...terus pergi hops K.Trg. Dalam pukul 8-9 pagi dah selamat bersalin...... doktor cakap dapat baby boy... Alhamdullilah, wpun bukan baby girl yg penting baby selamat dan sihat. Abg Syamil masa lahir agak berat jugak...4 kg...antara big baby pada hari tu...syukur dpt bersalin normal.



Berbalik kisah birthday abg Syamil...dah cakap abg Syamil yg mama nak buat kek coklat utk birthdaynya...dia cakap ok. Sebenarnya tak larat nak hias kek guna bc...lama ambil masa nak deco, maklumlah sesekali aja mengodek bc. Kek birthday hanya buat hari Jumaat sbb hari khamis baru pergi beli brg2.
Masa buat kek ni...Syazrin tanya ni kek baby ke...Syazrin bahasakan dirinya baby..... Taklah ni kek besday abg Syamil, Syazrin sejak buat kek birthday nemonya hari tu....tiap kali nampak mama baking...dia akan tanya tu kek dia ke...
Syafiq pulak tanya napa kek besday abg Syamil tak ada kartun ke...gambar ke....cakap kat dia, abg Syamil dah besar tak letak kartunpun tak apa......
Adik-adik tumpang seronok sambut birthday abg mereka.....dan yg utamanya mereka tak sabar nak makan kek coklat tu....



Resepi kek coklat moist ni dah lama print tapi asyik tertangguh nak mencuba. Kebetulan masa jln2 Fp Yati@Damira beliau ada buat kek coklat ni utk tempahan,tq Yati kongsi resepi. Jadi terlintas nak cuba resepi ni utk sambut birthday abg Syamil....letak topping ganache dgn hiasan coklat dan buah ceri. Kek ni mmg moist dan yummy......kejap aja dah tinggal separuh.....

Quote:
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber; Bro Rozzan, copy dr Fp Yati@Damira

Bahan-Bahan
6 oz butter
14 oz gula castor - boleh kurangkan kpd 12 oz
3 biji telur ayam

Bahan-Bahan Yg DiBancuh Bersama:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco/paste atau oil-tak letak

Bahan-Bahan Yg Diayak Bersama:
8 oz tepung high protein (tpg roti) - boleh juga guna tepung gandum
2¼ oz serbuk koko - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
½ sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1½ sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais

Cara membuatnya:
1. Dgn menggunakan mixer (high speed), pukul mentega dengan gula sehingga kembang (kira-kira 15 minit)
2. Masukkan pula telur satu persatu. (medium speed). Pukul lagi hingga kembang dan sebati lalu masukkan campuran Nescafe, esen vanilla & chocolate emulco. Setelah proses ini, jangan gunakan mixer lagi.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dgn kaedah "fold-in method". Kacau pelan2 – satu arah jer.
4. Selanjutnya, masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 9" persegi yg telah dialas dan di gris dgn mentega pada dasar dan keliling loyang. Bakar dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1½ jam. -bakar 1 jam

CREAM COKLAT / GANACHE
-resepi asal
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar mentega
½ cawan fresh cream/whipping cream

Cara:

1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

**** oleh krn coklat yg digunakan jenis cepat beku maka ubah suai sikit resepi di atas;
250 gm cooking chocolate
1 1/2 sudu besar mentega
1 ½ cawan whipping cream
1 sb madu
cara; cairkan coklat double-boil.campurkan semua bahan...kacau rata.Tuangkan atas kek.


Selesailah sambutan birthday ke empat-empat buah hati mama.....tunggu thn depan pula... Buat abg Syamil...happy birthday dari mama & abah...rajin2 belajar ya.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net