Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Jun-2009 00:22 Email | Share | Bookmark
Aktiviti Hari Jumaat....Besday Abg Syamil

 
 
 
 
Quote:
Terimasih buat semua yg sudi wish birthday utk abg Syamil.....

Masak-masak Utk Lunch Birthday Abg Syamil

Masih citer birthday abg Syamil.....utk lunch hari Jumaat.... masak special sikit meraikan besday abg Syamil, buat sup ekor lembu, ayam percik dan salad. Untuk salad kali ni campur udang kecil yg direbus dulu + brokoli celur dan karot + mayo.
Masakan sup dan ayam bakar favorit abg Syamil....sbb itu masak semperna birthdaynya.....tapi adik2nyapun suka jugak masakan gini.....



Sup Ekor Lembu Chef Wan

Teringin nak buat sup ekor Chef Wan bila tengok Zaiy hidang di dapurnya sup ekor.... Tertangguh nak masak sbb tak jumpa ekor lembu yg fresh. Tapi masa gi pasar last week nampak ada org jual....murah gak harganya sebtg dlm bnd5.5 (RM13).
Sup ekor ni campur sikit dgn baki tulang yg ada dlm peti ais. Sedap rasa sup ni.....ada kelainan sikit sbb letak tomato puri,serai selain rempah2.....
Tq Zaiy kongsi resepi.....



Quote:
Sup Ekor Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.


Ayam Percik

Mula-mula nak buat ayam bakar biasa.....tp tukar plan sbb rasa dah lama tak makan ayam percik.....dok terbayang2 keenakan ayam percik bila bulan puasa di bazar Ramadhan.... Jadi masak ayam percik..kali ni ikut resepi K.Liza.Masak sekor ayam, puas sekeluarga makan..


Quote:
Ayam Percik
Sumber; Fp K.Liza, tq K.Liza

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]-guna 2 pkt santan debu dan santan dilebihkan
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering-letak 5 sb cili kering yg dah mesin
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu] -
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.
***ayam dipanggang sekejap dan kemudian diletakkan di bawah grill biar ayam nampak garing sikit.baki kuah percik di masak hingga betul2 pkt dan disiram atas ayam selepas ayam masak.


Riadah Waktu Ptg


Ni pulak aktiviti anak2 belah ptg...bermain di laman rumah. Mereka suka main basikal.... bola dan badminton sesama mereka...nak main dgn anak2 jiranpun...tak ada yg sebaya dgn mrk. Biasanya pukul 5 ptg...redup sikit baru bagi mereka main di laman...abg Syamil biasa ikut main sama lewat sikit sbb kelasnya habis jam 5 ptg...5.30 baru sampai rumah.
Tengok aksi Syazrin main badminton....nak mulakan pukulan...ada gaya tak......



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net