Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Jun-2009 03:19 Email | Share | Bookmark
Menu Dinner Utk Tetamu

 
 
 
 
Hari ni anak2 dah mula cuti sek.......cuti selama 2 minggu. Cuti kali ni kami tak pulang ke sem, cuti di sini saja kebetulan abg yg sulongpun ada extra kelas sepjg cuti ni. Tak rancang lagi apa aktiviti mereka sepjg cuti ni, rasanya aktiviti bebas aja kut.....
Bila cuti ni aktiviti memasak di dapur bertambah sikit... sbb bila anak2 bercuti, kejap-kejap mereka masuk ke dapur...cari apa yg boleh di ngap..



Berbalik pada entry kali ni.....kira-kira 3 minggu lepas, kawan mr husben iaitu Dr H dtg dr sem dan bermlm di rumah kami semalaman. Beliau dtg krn ada urusan di sini. Jadi masaklah extra sikit utk dinner....iaitu nasi beriani warna-warni, daging dendeng, kurma ayam,udang masam manis, acar dan utk cuci mulut puding kastad. Resepi nasi beriani warna-warni dan puding kastad ada di link sebelah.



Quote:
Dendeng Daging

Daging dendeng sebelum ni dahpun masak tp tertangguh utk masuk dlm Fp...bila tetamu dtg masak sekali lagi utk hidangan. Sebelum masak daging ni ada juga tengok lain2 resepi daging dendeng dari internet....di dapur kawan2pun intai jugak..... ...ada pelbagai versi rupa2nya..mungkin diubahsuai ikut citarasa masing2... Tapi utk kali ni nak cuba resepi dr buku masakan yg dah lama tersimpan.
Menurut komen pelanggan utama di rumah...sedap rasa daging masak gini........ Kalau sedap boleh masak lagi...... .



Dendeng Daging
Sumber; Sajian Perantauan Edisi 2

Bahan;
1/2 kg Daging
5 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
4 sb cili boh - 4 sm lada kering yg dah blender
2 st gula merah-nak guna gula melakapun boleh
2 sb kicap pkt
6 sb air asam jawa
1 st lada sulah/lada hitam
sedikit kunyit
garam, minyak utk mengoreng
**yg ditambah; 1/2 labu bawang besar potong, 2 biji cili hijau-potong, 1 sb sos tiram

Cara
1. Daging dipotong nipis-nipis, gaulkan dgn garam,kunyit serta lada sulah. Perapkan sebentar. Goreng sampai garing. Ketepikan
**daging yg dimasak ni lambat empuk...jadi rebus dulu selepas diperap biar betul2 empuk,barulah digoreng...kalau tidak daging liat.
2.Tumis bawang merah,bawang putih dan cili boh hingga wangi.
3.Masukkan gula merah, kicap,sos tiram dan kacau selama 2 minit-lebih sikitpun tak apa
4.Masukkan daging dan air asam jawa.Biarkan agak kering dan pekat . masukkan bawang besar dan cili hijau.kacau boleh diangkat.


Kuih-muih dari Tetamu

Kuih-muih ni dr tetamu, Dr H yg bawak dari sem....iaitu kuih lapis,kuih bom dan kuih serimuka sbg buah tangan...macam tahu2 aja tuan umah jarang betul buat kuih tapi rajin membeli.... . Utk anak2 ada juga dibawakan coklat. Puas jugak makan sbb byk kuih-muih yg dibawa oleh beliau......




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net