Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Jul-2009 06:14 Email | Share | Bookmark
Syakirah Dah Sebulan & Kenangan Bersalin Di Hosp Ripas

 
 
 
 
 
Baby Syakirah sudah 1 bulan

Sekejap aja....dah sebulan berlalu....baby Syakirahpun dah 1 bulan usianya....
Layan aja gambar Syakirah.....harap2 tak ada yg jemu...maklumlah mama skrg ni tgh rajin ambil gambar model kecik mama ni.... .




Abg Syafiq dan Syazrin yg paling suka cium baby Syakirah.lepas main muka peluh2pun nak cium Syakirah....ada peluh tak boleh cium baby ya.... .

Kisah Bersalin Di Hosp Ripas

Sebelum bersalin dah tanya pengalaman kawan2 yg bersalin di hosp Ripas....mrk cakap ok layanan di sini wpun hospital kerajaan. Yg sambut kelahiran baby adalah nurse...doktor pompuan dtg selia saja....doktor lelaki tiada di bhg ni. Dan ternyata mmg ok layanan nurse .... baik dan peramah serta tak lokek membantu.
Masa mlm di wad tgh menyusukan Syakirah...nurse dtg tanya nak susukan baby sambil baring tak...tentu saja nak sbb lenguh duduk lama-lama. Jadi nurse tlg pasang besi tepi katil dan letakkan baby Syakirah di sebelah .....lega betul dpt baring dgn baby Syakirah atas katil.

Bila nak pindah ke wad perseorangan...nurse yg tlg tolakkan baby dan bawa trolley utk brg . Masa nak balik, bila minta wheelchair...nurse cakap tunggu di bilik nanti ada org hantar. Dlm 10 min dtg 2 org petugas wanita beruniform biru.....ingatkan nurse yg hantar wheechair...rupa2nya petugas tlg tolak wheelchair dan seorg lagi tlg bawa bag kita hingga ke ground floor tempat ambil pesakit. Syukur dpt layanan yg baik....


Citer di bilik bersalin....
1.Baby Syakirah selesai dibersihkan oleh nurse setelah selamat dilahirkan..
2.Nurse yg dukung Syakirah ni membahasakan dirinya nenek,tlg jaga Syakirah masa mama lunch
3.Suasana di luar bilik bersalin
4.Lunch yg dihidangkan di bilik bersalin; nasi putih dgn sayur air labu dan lauk ayam...mkn nasi dgn kuah sayur sikit saja....



Pada hari ke 2 pindah ke wad perseorangan sbb baru ada kekosongan. Sebelum itu duduk di bilik utk 2 pesakit. Jadi ajak abg Syamil temankan mama pd mlm tu. Abg Syamil bawa PC bolehlah dia main games sambil temankan mama.
Abg2 yg lain tak boleh dtg tengok baby di hospital krn hanya budak berumur 7 thn ke atas shj yg dibenarkan...abg Syakim yg 8 thn pula demam chicken pox masa tu...mmg tak boleh dtg. Skrg ni sejak kes HINI meningkat hanya budak2 yg berumur 12 thn ke atas shj dibenarkan melawat pesakit di hosp.


Antara menu Asian lunch/dinner yg dihidangkan.......
sebelah kiri, nasi putih + seafood soup + sayur taugeh + ayam kicap + buah mangga&strawberry
sebelah kanan, nasi putih + mushroom soup + kailan goreng + seafood kicap + buah naga,anggur&strawberry

Di wad perseorangan ni foodnya boleh pilih samada set Asian atau western utk lunch dan dinner....boleh tahan jugak menu yg dihidangkan berbanding di wad sebelum ni. Cuma set Asian lauknya kebykan seafood ....... utk sarapanpun nasi goreng letak seafood jugak....kalau tak pantang sure boleh licinnya.... ni tengok ajalah....
Minum ptg pula dihidangkan cheesecake dgn minuman panas.
Menu western utk lunch/dinner pula grill chicken dgn mushroom sauce, bake potato,salad dan fruit.....tak ambil gambar sbb kamera dah bawa balik rumah.

*** kredit to Mr husben yg tlg ambil semua gambar2 masa di hospital untuk kenang-kenangan...

Kunjungan Nurse Ke Rumah

Sehari selepas baby Syakirah di bawa balik ke rumah, belah ptgnya nurse dtg utk memeriksa baby Syakirah....bersihkan pusatnya dan periksa mama. Cepat juga nurse dtg sbb sebelah pagi Mr husben lapor kelahiran di klinik dkt rumah... ptgnya nurse terus dtg. Nurse dtg setiap hari iaitu selama 5 hari......hingga tali pusat Syakirah tanggal. Nurse yg dtg ke rumah ni dah pencen tp sambung bertugas semula....dah lebih 30 thn beliau berkhidmat.



Syafiq dgn Spongebob.....

Syafiq tuntut janjinya bila nak buat robot....jadi beberapa hari lepas tertunailah permintaannya nak robot....tp dia tukar tak nak robot nak Spongebob pula.... Spongebob ni senang aja...print gambar spongebob tampal kat kotak....siap...
Kali ni mama tukang balut kotak ....Mr Husben yg tlg lekatkan kotak.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net