Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Aug-2009 01:36 Email | Share | Bookmark
Scone Enak Berperisa & Riang Ria Di Utama Bowling,Bt 1 BSB

 
 
 
 
 
Untuk minum ptg 2 hari lepas buat scone cicah sos, ni kira edisi memanas enjin di dapur...cuba resepi mudah dulu...... Tak tahulah panas sampai tahap mana lepas ni...kut-kut takat suam-suam kuku...masakpun pakai versi campak-campak....
Resepi intai dari dapur k.Zai dgn sikit ubahsuai ikut stok yg ada kat dapur...tq k.Zai...



Quote:
Scone Enak Berperisa
Sumber; K.Zai@Dapur Impian

Bahan-bahan:
A
150 gm tepung naik sendiri
25 gm bijirin nestum- guna minuman nestum 3 in 1
2 camca teh serbuk pati ayam maggi

B
100 gm daging ayam yg dikisar - ganti 3 keping daging burger ayam - goreng dulu sekaligus daging burger dgn minyak yg sikit dlm kuali sambil dilenyek/cincang daging
25 gm lobak merah disagat halus
25 gm kucai,diotong sepanjang 1 cm- ganti daun bawang
25gm cendawan butang dihiris
1 labu kecil bawang besar diiris - letak 1/2 saja
4 camca besar jagung manis berkrim - x letak

1 cawan susu rendah lemak NESTLE
sos cili maggi-guna sos manis Thai
**tambah sikit garam

Cara:
1. Gaul ramuan A dalam mangkuk hingga sebati
2. Masukkan ramuan B dalam susu NESTLE dan kacau perlaha-lahan.Gaul sehingga menjadi adunan pekat.
3. Panaskan kuali tidak melekat dan masukkan 1 camca besar adnan tersebut.-sy lenserkan sedikit minyak.
4. Masak atas api sederhana sehingga gelembung diatas permukaannya pecah.
5. Terbalikkan dan masak bahagianyang sebelah lagi
6. Hidang panas dengan sos cili jika mahu


Riang Ria Di Utama Bowling

Kisah bawa anak2 pergi tengok bowling ni dah lama.....beberapa minggu sebelum bersalin. Ada perlawanan persahabatan antara persatuan Malaysia di sini iaitu PKMS,PWM dan HICOM(Kedutaan M'sia).... mr husben pun join sama main.



Mama pergi sekadar temankan anak2 dan jadi tukang ambil gambar...mana boleh main tgh sarat.....nanti bukan bola yg tergolek, mama yg tergolek kat lantai... . Anak2 pula ceria...main tolak2 bola dan tengok org main. Mrk nak mainpun mana larat nak bawa bola yg berat itu.







Lepas main seketika anak2 mengadu lapar....maklumlah keluar rumah awal...tak sempat dinner di rumah....jadi bawa anak2 makan di fast food Jolibee yg terletak tempat bowling itu. Jolibee ni byk juga cawangan di Brunei....menunya lebih kurang macam KFC tp ada makanan lain spt spaghetti dll.Order set ayam&nasi dan cheesy fries. Sambil mkn anak2 main gelungsur yg ada kat situ.



Waktu di bowling tu tak nampak kat mana maskot Jolibee. Kebetulan masa jln2 beberapa hari kemudian sambil tunggu Syafiq habis sambut birthday kawannya lalu dkt Jolibee....ternampak maskot Jolibee...minta Syazrin posing kat situ.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net