Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Aug-2009 13:37 Email | Share | Bookmark
Lauk masa pantang...

 
 
 
 
Sekadar berkongsi lauk yg dimakan masa pantang tempoh hari......lauk ringkas saja. Tak bolehlah lauk yg special ...nanti bertambah lepas sepinggan..sepinggan lagi..... susah berat nak turun... kut lagi naik ada....
Makanan dlm pantang yg mana boleh dan tak boleh mkn bergantung pada individu jugak kan....ada yg kita mkn..ok aje tp org lain tak boleh..jadi ikut kesesuaian badan masing-masing....

Sebelum tu nak kongsi info ttg;
Quote:

Pemakanan Seimbang Semasa Dalam Pantang.
# Nasi panas sederhana lembut / lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
# Sayur-sayuran yang boleh dimakan ialah bebawang merah, putih, besar, karet, ulaman pegaga, lemuni, daun dan bunga kunyit, brokoli, dedaun pudina dan kari.
# Ikan yang segar iaitu ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
# Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes), bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal / wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
# Buah-buahan yang boleh dimakan ialah epal merah, oren manis (limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh sebabkan batuk), jus epal, ribena dan sirap.
#Minuman berkhasiat iaitu, susu, kacang soya, horlicks, milo
#Gunakan gula merah, gula perang, raw sugar dan madu lebah.
# Banyakkan minum air.
(sumber; blog nonaku.com )


Masa berpantang org tua-tua cakap elok mkn halia utk buang angin dan lada hitam....elok utk segar dan panaskan badan. jadi lauk yg dimkn ada kedua2 bahan ni dan letak juga kunyit....cuma beza cara masak saja.
Wpun tak pantang boleh mkn juga mkn lauk yg letak byk halia dan lada hitam sbb ada khasiatnya selain menyedapkan masakan. Utk kebaikan halia,kunyit& bawang putih boleh klik sini.

Nilah lauk yg diulang2 mkn sepjg pantang...



Quote:
Daging Halia

Bahan
300 gm daging-potong tipis..seelok2nya guna bhg daging yg tak berlemak
-boleh ganti dgn hati ayam jika suka
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak

Cara
1.Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
2. Tuangkan minyak,kacau daging rata2. masukkan kicap,sos lada hitam dan lada hitam.kacau rata.
3.Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam. goreng sampai bawang besar layu.siap utk dimkn.




Quote:
Ikan Bawal Kukus Halia

Bahan
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Cara
1.Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.perap seketika.
2.letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil,siram baki perapan kicap atas ikan
3.tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
4.kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
**senang sekali masak ada lauk dan sayur jimat tenaga dan gas....




Quote:
Ikan Pindang Kicap
Sumber;Resepi Makanan Ketika Berpantang

Bahan
2-3 ekor ikan (ikan merah/jenahak/selar kuning/kerisi/siakap)-selalu masak dgn ikan merah atau kerisi.boleh juga ganti dgn daging
*1 ulas bawang putih --tumbuk-lebihkan letak 3 ulas
5 ulas bwg merah
1-2 btg cili merah-tak letak
*5 cm kunyit- tumbuk
*5 cm halia muda-mayang
*5 cm lengkuas-ketuk
1 btg serai-ketuk
1-2 helai daun salam-tak letak
3-4 kpg asam gelugur
1-2 sudu teh kicap manis
4 cwn air, garam
semua bahan * potong tipis aja

Cara
1.Panaskan minyak sikit tumis bawang dan halia.
2.Masukkan air.biarkan mendidih dan masukkan bahan lain dan ikan.rasakan garam.
**nak mudah mama masukkan air dan semua bahan kecuali ikan buat stail singgang. Bila mendidih baru masukkan ikan.




Quote:
Ikan bilis Lada Hitam
Bahan
1 gengam ikan bilis
1 1/2 inci halia-potong bulat tipis2
1 sudu mkn lada hitam-tumbuk kasar
sedikit minyak

Cara
1.Goreng ikan bilis dlm minyak yg sikit. bila hampir garing masukkan halia.
2.Kacau sekejap dan angkat. Gaulkan ikan bilis halia tadi dgn lada hitam.Siap utk dimkn.
**kalau nak tumbuk ikan bilis dan haliapun boleh.

****Resepi ikan bilis ni sumbangan arwah mak bidan yg mengurut sepjg pantang baru-baru ini. Beliau yg dikenali dgn panggilan Mak Dara telah kembali ke Rahmatullah pada pagi selasa minggu lepas setelah seminggu koma. Terkejut juga dgn berita pemergian arwah sbb kali akhir dtg rumah semasa minggu ke 5 pantang beliau sihat walafiat. Semoga roh arwah dicucuri rahmat . Al fatihah......****

Quote:
Utk Jassnani & Zuelia yg bertanyakan ttg netbook@laptop mini;
Netbook mmg senang nak bawa kecik molek sebesar handbag... semua fungsi sama dgn laptop biasa.model yg digunakan ni ada built-in camera. Cuma kelemahannya perlahan...tak selaju laptop biasa...kena tunggu bila buka satu2 page.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net