Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Aug-2009 04:23 Email | Share | Bookmark
Ayam Bakar,Spaghetti Ala Kyros & Septg Di Pantai Muara

 
 
 
 
 
 
Bila enjin dah panas..mulalah bagi oven kerja semula, maklumlah ovenpun dah lama rehat sama berpantang dgn tuannya ......
Bakar ayam seekor hari Jumaat lepas utk lunch sekaligus dg dinner...bahan2 ringkas saja...letak lada hitam..biar panas sikit badan. Ayam terhangit sikit....itulah mentang2 dah lama tak bakar ayam...lupa nak intai ayam masa bakar..


Quote:

Ayam Bakar
Bahan
1 ekor ayam - potong 4
4-5 sb bbq sos
1 sb madu
2 sb lada hitam-tumbuk kasar
garam secukupnya

Cara
1. Perap ayam 2-3 jam dgn semua bahan
2.Bakar selama sejam dgn suhu 200' C atau sampai masak.Jgn lupa ayam dibalik2 masa bakar.Boleh mkn cicah sos.

Fried Spaghett Ala Kyros @ Black Pepper Spaghetti
Masak spaghetti keesokkan harinya. Spaghetti blackpepper ni sesuai jugak utk org berpantang sbb letak lada sulah dgn ayam bakarpun ada lada sulah. Hanya buat 1/2 sahaja dr resepi ...tupun dah byk tp lebihkan ayam....guna 1/4 ekor ayam bahagian dada yg dimasak sehari sebelumnya spt resepi di atas. Lagi byk ayam lagi sedap....


Quote:

Fried Spaghett Ala Kyros @ Black Pepper Spaghetti
Sumber; Copy dr Fp Zahara; resepi asal Mas RNet

Bahan
500gm spaghetti- rebus seperti biasa+letak sikit minyak
400gm ayam debone-marinate dgn bbq sos dan coarse black pepper selama 3 jam
***ayam dibakar ikut resepi di atas

3 Tb olive oil-guna corn oil
3 Tb butter
1 bawang besar-potong 4,hiris
4 bawang putih- hiris
2 Tb coarse black pepper
6 Tb black pepper sos
garam,air sikit
1/2 red capsicum - hiris memanjang ) - letak brokoli,karot,tomato
1/2 green capsicum - hiris memanjang )
**kita tambah 2 sb sos tiram

Cara
1. Ayam yang telah diperap digrill dalam 160C dalam 40 minit, selepas 20 minit balikkan ayam tersebut. Biar garing sikit.
2. Lepas, masak hiris ayam memanjang dan tepikan.
3. Panaskan olive oil dan butter, tumis bawang besar dan bawang putih sekejap.
4. Masukkan black pepper kasar dan sos black pepper&sos tiram
5. Masukkan capsicum, spaghetti dan ayam tadi dan gaul hingga sebati. Kalau kering sangat tambah air sikit. 6. Hidangkan.
Nota: nak lagi pedas tambahlah lagi black pepper.


Sepetang Di Pantai Muara

Baru-baru ni bawa anak ke Pantai Muara...tak jauhpun dari rumah...dlm 20 min driving. Bila sebut nak ke Pantai Muara anak2 cukup seronok sbb dah lama tak pergi. Yg menarik di situ, jika anak2 bosan main di taman boleh ke pantai main pasir....pantai terletak betul-betul depan taman .
Biasa kalau hujung minggu ada org camping dan picnik di situ...ada tempat khas utk didirikan khemah. Selain itu ada laluan berbasikal,main skateboard, gelanggang bola sepak pantai,bola tampar,wakaf dll kemudahan....sesuai sgt utk beriadah.
Baby Syakirah dari mula sampai di Pantai Muara hingga balik.... tidur saja..angkat dukungpun tak sedar.....nyenyak betul dia tidur diulit angin pantai yg sepoi2 itu......










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net