Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Aug-2009 05:20 Email | Share | Bookmark
Masak-masak sebelum Ramadhan...

 
 
 
 
Ada lagi menu yg dimasak sebelum Ramadhan yg belum sempat posing dlm Fp... Jadi tangguh dulu entry bulan Ramadhan....nak habiskan dulu gambar masak2 sebelum Ramadhan....lagi tangguh lagi basi gambar2nya... Tapi bulan Ramadhanpun boleh masak menu di bawah kalau nak tukar selera...

Lasagna


Anak2 kalau tonton citer Garfield mulalah tanya bila mama nak masak lasagna... selalunya jawap nanti dulu bila mama rajin... Tengok dlm lemari ada lagi baki lasagna sheet yg buat dulu....nasib baik masih elok.Bila bahan2 lain dah cukup masak lasagna utk dinner...saja tak nak mkn nasi.....
Resepi copy dari dapur Suzi...tima kacih Suzi......
Quote:

Lasagna
sumber; c&p dari blog Suzi..resepi asal Ros Tokyo

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - masak lebih dr 6 kpg nak habiskan stok. guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-
* 3/4 cawan daging cincang
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup
* 2 sudu besar olive oil-letak minyak masak biasa

Bahagian white sauce
* 1 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu kecil garam
* sedikit lada sulah
* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-tambah slice cheese
***white sauce ni kita doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan
* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.


Ni pula menu ulangan....

Laksam

Dah beberapa kali tayang laksam..maklumlah makanan kegemaran kami sekeluarga, harap tak ada yg jemu... Laksam ni buat pagi minggu sebelum Ramadhan... terasa nak mkn laksam, apalagi keluarkan kukusan...ngukus laksam. Dkt sejam jugak baru siap kukus.Utk kuah macam biasa suka guna ikan selayang sbb lagi sedap berbanding ikan lain. Tgh haripun lunch dgn laksam. Kali ni tak buat sambal sbb cili merah habis...lagipun masih pantang mkn pedas-pedas.Utk resepi laksam tengok di sini .



Mee Sizzling

Sebelah mlmnya pula masak mee sizzling...tp versi campak2... Kali ini guna stick noodles....pertama kali guna mee macam lidi ni....selalu tengok org beli berpeket2 kat kedai....tu yg nak cuba. Bila dah rebus stick noodles ...rupa dan rasanya lebih kurang macam mee kuning. Boleh beli buat stok ......senang sikit kalau anak2 nak mkn mee bila2 masa, tak payah nak pergi beli mee basah. Satu peket dpt sebekas spt di bawah. Mee goreng basah kat bawahpun guna stick noodles .
Anak-anak pula semasa tgh menumis masuk dapur tanya mama masak apa bau sedap....cakap masak mee.Bila mkn hero no 3 cakap macam mkn kat restorenlah mama....betullah tu kita makan di restoren mama..... tak payah susah-susah nak pergi mkn mee kat restoren lain....


Dah lama tak ambil gambar model masakan mama....sapa lagi modelnya kalau tak Syazrin yg cukup suka bila diminta posing......senyum melebar dia...

Olio Spaghetti

Masak waktu lunch sama hari dgn entry cuci kereta di bawah....sbb breakfast dah berat jadi lunch goreng spaghetti. Masak separuh saja....selain dari itu buat juga mushroom sup dan garlic bread.Teman-teman yg lainpun ada yg dah masak spaghetti ni....tk k.Amal kongsi resepi....


Quote:
Olio Spaghetti
Sumber; Fp K.Amal.
Bahannya:
1 paket spaggeti -
direbus dgn sikit minyak dan garam kemudian ditos dan digaul dgn minyak zaiton atau minyak sayur supaya x melekat.
*1 cawan daging kisar - buat spt n3 kat bawah ye.
3 biji cili yg sedang je, warna merah, kuning dan hijau - dipotong dadu
2 batang salery- dipotong dadu-tak letak ganti dgn sayur2
3 ulas bawang putih..dadu halus utk menumis
1 1/2 sudu kecil serbuk cili(letak ikut kepedasan)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam dan minyak zaiton/sayur-guna minyak biasa
* utk daging guna conned beef yg dah siap masak. jadi goreng kejap aja...rasanya kalau guna daging kisar lagi sedap...sbb conned beef kurang rasa dagingnya.

Caranya:
Panas minyak zaiton..tumis bwg putih hingga layu..masukkan 3 jenis cili capc dan salery, kacau hingga layu sikit kemudian masukkan daging kisar tadi..kacau lagi..masukkan spaggeti, serbuk cili dan serbuk lada hitam..rasakan garam..siap tak sampai 10 minit.
Olio ni sekejap je sebab daging tu dah dimasak spt n3 kat bawah.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net