Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Sep-2009 12:21 Email | Share | Bookmark
Menu Iftar 3 & 4 Ramadhan

 
 
 
 
 
Sedar tak sedar kita nak menghampiri separuh Ramadhan..sekejap masa berlalu. Sepjg bulan puasa spt thn2 lepas ...waktu persekolahan anak2 singkat, dari 7.40 hingga 12 tgh hari. Kelas tadika 6 thn hanya setakat 11.40. Anak yg sekolah tadika akan mula bercuti mula sabtu ni...abg2 nya ada lagi seminggu kelas....lepas ni mrk cuti sampai seminggu lepas raya...pjg juga cuti sbb cuti sekolah disatukan dgn cuti raya.
Bulan puasa spt biasa waktu kerja sampai pukul 2 ptg.....termasuklah klinik,pejabat pos dan semua pejabat Kerajaan. Kalau nak berurusan kena selesaikan sebelum tgh hari.

Menu Iftar 3 Ramadhan

Puasa dah 12 hari baru tayang juadah berbuka hari ke 3&4.....tak sempat nak update cepat Fp...mana nak ronda rumah kawan2 lagi.... Juadah berbuka ni kalau masak ikut resepi barulah rajin nak ambil gambar...kalau nak cepat masak versi campak2... gambarpun tak ambil... Utk iftar hari ke3, masak ayam goreng mamak,kerabu cekur,udang masam manis, apam balik dan masak lemak telur ikan. Telur ikan dah lama tak masak sbb sesekali saja ada jual kat pasar....bila jumpa tu terus beli.Beli tak bykpun 1/2 kg.....masa penjual ikan isi telur ikan dlm plastik tengok byknya letak...cakap kat dia nak 1/2 kg je. Penjual tu cakap...saja nak bagi lebih...sedekah bulan puasa....Alhamdullilah rezki kami sekeluarga.... Bila dah masak....hero no 3 dan 4 cukup suka..diorg ingatkan ayam.....nak ayam yg masak lemak ni...tak nak ayam goreng......




Dah beberapa kali masak ayam goreng mamak ni....serba ringkas dan sedap..

Quote:
Ayam Goreng Mamak
Sumber; Fp k.Liza...tq k.Liza

bahan
1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari ,garam ,minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia
** tambah 2sb tepung gorengan serbaguna

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.


Cekur bagus utk kesihatan terutama wanita yg lepas bersalin...mengeluarkan angin dari dalam badan.Daun ini juga boleh menghilangkan jerawat dan mengekalkan awet muda......
Quote:
Kerabu Cekur
Bahan
1 ikat daun cekur - potong tipis
1 genggam ikan bilis digoreng
1 genggam kelapa parut - goreng sampai merah dan tumbuk sikit.boleh guna kelapa kering yg dilembabkan dlm microwave dan goreng(pilihan)
1/2 labu bawang besar - potong tipis
1 biji cili merah -potong serong
1/2 btg karot- ricik/potong halus
2 biji tomato-potong
garam,gula,cuka

Cara
campur semua bahan.senang dah boleh makan....


Menu Iftar 4 Ramadhan

Iftar hari ke 4...hanya ambil gambar ikan dan bubur.....buburpun tak sempat hidang dlm mangkuk ,posing dlm periuk aje.......


Kalau sebelum ni pernah masak ayam tandoori...kali ni nak masak ikan tandoori pula. Kebetulan bahan2pun cukup. Ikan merah menyala sikit...dahlah guna warna merah terang...terlebih sukatan pulak....
Quote:
Tandoori Ikan
Sumber; www.resepi4u.com

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal (anggaran 1 kg) — Buang kepala dan ekor- guna ikan siakap saiz 1/2 kg
6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
Perahan jus dari sebiji lemon
4 sudu makan yogurt biasa
2 titik pewarna merah
Sedikit minyak sapi, buah pelaga dan serbuk cili -ganti cili kering blender

Cara penyediaan:
1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keselurhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
3. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
4. Bakar atau salai ikan atas dapur arang. Lumur minyak sapi dan taburkan buah pelaga yang telah ditumbuk dan serbuk cili.

**buat hanya separuh bahan sbb guna ikan saiz 1/2 kg
nak lebih perisa seeloknya perap lebih lama sikit
bakar jgn terlalu garing


Juadah manis berbuka buat bubur jagung....selain bubur kacang hijau,bubur jagung jadi favorit. Sesuai juga buat kawan2 yg tak ada idea nak masak juadah manis...nak cepat...guna jagung dlm tin buat bubur.....
Quote:
Bubur Jagung
bahan
1 tin jagung dlm tin – jenis yg biji2- whole kernel corn
2 sb sagu-siram air & toskan
1 cawan air
1 ½ cwn santan sed pekat – ½ pkt santan debu + air
Gula Melaka secukupnya
Daun pandan
Cara
1. Rebus air, mendidih masukkkan sagu . Kacau sagu
2.Sagu kembang masukkan gula melaka,daun pandan dan santan
3. Bila mendidih masukkan jagung.kacau seketika.siap


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net