Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Sep-2009 10:07 Email | Share | Bookmark
Menu Iftar; Kari Ikan,Sticky Caramel Chicken,Bilis Taucu Dll

 
 
 
 
 
 
Masih kisah menu berbuka....nak tayang biskut rayapun baru siap sejenis...tupun belum make-up..... Wpun belum make-up...dulang pertama dah licin....buat food testing oleh hero-hero di rumah.....

Jom layan menu berbuka yg tak seberapa ni.....



Mama dah ada assistant photographer......mama sibuk ambil gambar diapun sibuk klik2 juga.....

Sticky Caramel Chicken



Ini kali kedua masak ayam karamel.....kali pertama Ramadhan thn lepas.Resepi mudah saja..anak-anak suka..mkn ratah....

Kari Ikan Ala Penang



Resepi kari ikan ini lebih kurang resepi yg biasa dibuat....cuma resepi ini ditambah lada hitam dan jintan manis. Kari tak merah sgt sbb kurangkan serbuk kari,takut pedas....anak2 tak boleh mkn.

Quote:
Resepi Kari Ikan Ala Penang
sumber; Mesra.Net

Bahan
1 ekor ikan merah (dipotong mengikut citarasa)-guna ikan tenggiri
5 biji Bawang Merah
2 ulas bawang putih
1 camca makan halba campur
2 bungkus serbuk kari Allagapas - guna serbuk kari jenama lain
Jintan Manis - ditumbuk
Lada Hitam – ditumbuk
5 biji bendi, 2 biji tomato
2 tangkai daun kari,1 pokok daun bawang
1 ketul asam jawa, 50 sen santan pekat

Cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah kecil yang dihiris bersama jintan manis dan lada hitam yg ditumbuk bersama bawang putih. Sertakan daun kari, halba campur tumis sampai wangi.
2.Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili hijau yang dibelah tengah
3.Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin
memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.
4.Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat. Apabila mendidih masukkan bendi, garam, dan serbuk perasa.
5.Akhir sekali masukan tomato yg telah dibelah 4.
6.Taburkan daun bawang diatas gulai apabila selesai semuanya.
7.Gulai ikan ni kalau dipanaskan keesokan harinya dimakan dengan roti banggali lagi terangkat

Ikan Bilis Goreng Bertauchu



Resepi ikan bilis taucu ni wpun simple...sedap sbb ada rasa masin dan masam dan sikit pedas....tak rugi mencuba...kena dgn selera....

Quote:
Ikan Bilis Goreng Bertauchu
Sumber; Mesra.Net
Bahan
ikan bilis [ ikut suka ]
6-8 cili padi [ikut suka] - nak pedas ketuk sikit
1 sudu besar tauchu
1 ulas bawang besar
1 tangkai serai dititik
1 biji limau kasturi
sedikit minyak

Cara
Goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian keluarkan. Gorengkan cili padi, bawang besar. Kemudian masukkan tauchu dan serai. Kemudian masukkan ikan bilis tadi. Akhir sekali perah limau kasturi keatas ikan bilis tadi. Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi putih dan dimakan panas panas.

Jemput Ikan Bilis


Malas nak buat kuih...ada baki ikan bilis...buat jemput-jemput bilis. Kebetulan ada lebihan kuah kacang sate yg dibeli sebelum ini....boleh buat cicah dari terbuang..... membazir pula, selain itu cicah juga dgn sos.
Wpun ramai yg tahu buat jemput2,nak jugak letak resepi sbg sebahagian koleksi masakan dan rujukan anak-anak kelak..
Quote:
Jemput Ikan Bilis
Bahan
1 ½ cwn gandum
1 cwn air
1 sk kunyit serbuk
1 sk soda bikarbonat
Segenggam ikan bilis-belah
1 btg daun bawang-potong pendek2
minyak utk goreng

Cara
Campurkan semua bahan kecuali air....kacau rata.Masukkan air sikit demi sikit dan kacau agar semua bercampur sebati. Biarkan sekejap. Letak sesudu adunan dlm minyak semasa mengoreng.

Strawberry dgn Yogurt.



Melayan selera hero yg sulong.....mkn strawberry dgn yogurt...nak bagi nampak ceria tabur coklat rice dan tambah dgn coklat cair....yummy...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net